Wahi Abd Rashid

MULAKAN BISNES KERETA SEWA DEMI CINTA PADA ISTERI

Tuan Saifful Nazri (tengah).

Salam artikel kali ini saya ingin kongsi kisah kejayaan licensee Green Matrix di Kota Bharu iaitu Tuan Saifful Nazri Md Nazir. Beliau menyertai program licensing Green Matrix pada Feb 2018. Sebelum itu beliau sudah memulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan. Tujuan beliau memulakan bisnes kereta sewa adalah kerana tidak mahu berjauhan dengan isterinya.

Untuk makluman, sebelum memulakan bisnes kereta sewa Tuan Saifful Nazri dan Isterinya merupakan penjawat awam. Beliau bekerja di Kelantan dan isterinya bekerja di Terengganu. Setiap hari isterinya terpaksa berulang-alik dari Kelantan ke Terengganu. Keluar awal pagi sampai rumah waktu malam. Ketika itu mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Tuan Saifful Nazri nampak kalau situasi ini berterusan, mereka tidak akan ada masa bersama dan anak-anak akan terabai. Justeru beliau mengambil keputusan untuk memulakan bisnes kereta sewa dengan harapan isterinya dapat berhenti kerja dan dapat fokus menjaga anak-anak sambil membantu beliau menguruskan bisnes kereta sewa.

Tuan Saifful Nazri bersama keluarganya.

Alhamdulillah bisnes kereta sewa yang beliau mulakan mendapat sambutan, cuma selepas setahun beliau tak tahu bagaimana nak kembangkannya lagi. Sambil tercari-cari ilmu tentang bisnes kereta sewa, beliau nampak  peluang menyertai program licensing Green Matrix. Setelah berbincang dengan isterinya beliau ambil keputusan untuk menyertai program licensing Green Matrix pada Feb 2018.

Daripada program berkenaan beliau mula belajar bagaimana menguruskan bisnes kereta sewanya dengan lebih teratur. Penggunaan jenama Green Matrix memudahkan beliau mendapatkan lebih banyak tempahan. Hasilnya pendapatannya pada Jan – Ogo 2018 (RM77,863) meningkat kepada RM134,671 pada Jan – Ogos 2019.

Perbezaan pendapatan Jan – Ogo 2018 vs 2019.

Sementara itu sekiranya dibandingkan pendapatannya pada tahun 2017 (sebelum menyertai Green Matrix) jumlah pendapatannya daripada Jan – Dis 2017 hanya RM73,936. Pendapatannya dari Jan – Dis 2018 pula meningkat kepada RM129,933.

Perbezaan pendapatan beliau 2017 vs 2019.

Perubahan Yang Berlaku

  1. Dapat kumpul RM20,000 untuk menunaikan umrah pada Oktober 2019.
  2. Dapat bayar gaji kepada isteri RM3,800 setiap bulan.
  3. Dapat bayar gaji kepada adiknya RM1,800 sebulan.

Itulah serba sedikit perubahan yang berlaku kepada Tuan Saifful Nazri semenjak menyertai program licensing Green Matrix. Untuk makluman anda ketika artikel ini ditulis Tuan Saifful Nazri masih bekerja di UITM Kelantan. Operasi bisnes kereta sewa dikendalikan oleh isterinya dan dibantu oleh adik lelaki beliau. Beliau hanya membantu ketika waktu cuti sahaja.

Moralnya di sini walaupun sibuk dengan kerja hakiki, beliau masih boleh membangunkan bisnes kereta sehingga boleh menjana pendapatan lumayan. Penyertaannya sebagai licensee Green Matrix membuatkan bisnes kereta sewa berkembang dengan lebih pantas. Apa pun semuanya berlaku atas usaha Tuan Saifful Nazri dan isterinya. Semoga kisah beliau menjadi inspirasi kepada anda semua.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code