Wahi Abd Rashid

PENYEWA TAK NAK BAYAR SAMAN

Arikel ini saya nak jawab soalan tentang penyewa tak nak bayar saman (maaf kalau ejaan tak tepat sebab saya copy & paste dari email saja).
Slm tuan…sy bru 3bln cburkn dri dlm bdang ni…kreta pn bru ada sbjik..mcmna sy nk slesaikn msalah brkaitan dgn sman…pnyewa msih blm slesaikn sman trsebut.
 
Wasalam
 
Pendapat saya, bukan semua orang kita boleh sewakan kereta. Tuan perlu fokus pelanggan berkualiti saja. Macam syarikat saya, kami ada fokus sasaran pelanggan tertentu. Bukan semua orang adalah pelanggan kami. Kami fokus pelanggan yang ada duit dan berkualiti saja.
Semakin tinggi kualiti pelanggan maka semakin mudah kita nak buat apa-apa tuntutan dari mereka. Kenapa pelanggan berkualiti boleh bayar? sebab mereka ada air muka. Kalau setakat 2 – 3 ratus atau 2 – 3 ribu mereka pejam mata bayar saja. Tak guna nak bergaduh, masuk kes polis dan viral, sebab air muka mereka lebih mahal.
Pelanggan tuan tak nak bayar mungkin sebab tuan tiada fokus sasaran yang jelas. Ada tuan tanya pelanggan seperti berikut?
  1. Nak sewa kereta untuk personal atau syarikat?
  2. Nak pergi ke mana?
  3. Boleh saya tahu tuan kerja di mana?
  4. Sewaan kereta ni untuk apa?
  5. Tuan datang sendiri atau dengan keluarga?
Daripada contoh soalan di atas tuan boleh tahu siapa pelanggan tuan. Tuan kena fokus siapa sasaran yang tuan nak. Cuma masalah kepada yang baru bermula, orang tidak kenal, jenama tak kuat, jadi susah sikit nak dapat pelanggan yang berkualiti.
Pelanggan berkualiti ni dia akan cari syarikat kereta sewa yang sudah establish. Mereka mahukan servis terbaik. Harga perkara kedua. Mereka tak mahu dapat sewa murah tapi servis tak seperti yang mereka harapkan.
Sekiranya tuan ada modal, tuan boleh daftar program Green Matrix Licensee (GML). Program GML ni macam sistem francais juga. Syarikat saya Green Matrix memang sudah established sejak 2006. Kami ada lebih 30,000 pelanggan tetap yang berkualiti.
Tuan tak perlu pening kepala dan buang masa nak bina brand baru kerana GML boleh terus guna jenama Green Matrix yang memang dikenali syarikat kereta sewa paling trusted. Sistem dan latihan kami sediakan selagi tuan masih aktif sebagai GML.
Selain itu kami ada team seluruh Malaysia dan Brunei. Sekiranya tuan ada masalah seperti kereta rosak di lokasi lain, tuan boleh maklumkan dalam group dan peserta GML terdekat sedia membantu. Kami berniaga secara berjemaah, jadi kerja lebih mudah.
Banyak juga booking dari Green Matrix dan GML yang kami terima. Jadi tuan boleh sewakan kereta kepada pelanggan yang lebih berkualiti. Walau bagaimanapun apabila tuan menyertai GML, tidak bermakna tuan boleh duduk goyang kaki. Tuan perlu juga buat pemasaran dan mencari pelanggan. Semua orang kena cari pelanggan.
Strategi pemasaran tanpa kos akan di ajar semasa sesi latihan yang diadakan di pejabat Green Matrix di Sepang Selangor. Latihan akan diadakan sebulan sekali dan tuan perlu hadir sekurang-kurangnya sekali selepas mendaftar.
Sekiranya tuan betul-betul tiada modal, mungkin tuan boleh minta pelanggan buat bayaran secara baik. Kalau pelanggan tak mahu bayar anggap saja tiada rezeki. Untuk syarikat saya, kami ada sistem CTOS di mana sekiranya pelanggan tak mahu bayar kami boleh senarai hitam pelanggan dalam sistem CTOS. Kos CTOS adalah RM6K setahun. Peserta GML dapat akses CTOS secara percuma.
 
Harap membantu.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code