Wahi Abd Rashid

PENYEWA KERETA TERLALU LASAK

Salam artikel ini saya nak kongsi tentang soalan dari seorang pengusaha kereta sewa, beliau hadapi masalah apabila penyewanya menggunakan kereta dengan cara agak kasar atau lasak. Saya tak pasti bagaimana kasar atau lasak yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun saya ada pengalaman apabila ada penyewa yang menyewa kereta saya untuk mengangkut enjin kereta.

Pelanggan berkenaan datang secara tiba-tiba lengkap berpakaian seperti mekanik. Tanpa banyak soal, saya menyewakan kereta kepadanya. Setelah kereta dipulangkan, saya dapati bahagian dalam kereta penuh dengan debu dan pada bahagian bonet pula ada kesan karat enjin. Saya jangka kereta saya digunakan untuk mengangkat enjin kereta, sebab pelapik bonet ada kesan calar.

Saya juga pernah menyewa sebuah kereta kepada orang tempatan, saya dapati kereta saya digunakan untuk ke kebunnya. Apabila kereta dipulangkan, bahagian dalam kereta terlalu kotor. Saya sendiri nampak penyewa menggunakan kereta untuk mengangkut barang-barang kebun termasuk mesin potong rumput.

Pada peringkat awal, saya memang tiada pilihan, siapa saja pelanggan yang datang saya terpaksa layan. Kalau dapat pelanggan yang bagus saya bersyukur, kalau dapat pelanggan dari neraka, saya berserah.

Walau bagaimanapun hasil pendapatan daripada bisnes kereta sewa, saya laburkan  untuk membina jenama syarikat saya. Saya juga melabur untuk membina laman web syarikat yang bersistem dan profesional. Tanpa saya sedari ramai pula orang yang ingin belajar tentang bisnes kereta sewa.

Saya mula berkongsi pengalaman tentang bisnes kereta sewa dan ada yang berminat untuk menyertai syarikat saya. Saya mula membuka cawangan baru di seluruh negara melalui sistem licensing (macam francais). Apabila cawangan saya semakin banyak, saya dihubungi oleh banyak syarikat dari dalam dan luar negara yang ingin bekerjasama.

Green Matrix salah satu pembekal kereta sewa untuk Air Asia (rating 8.8/10)

Hasil antara kerjasama berkenaan, kalau anda perhatikan dalam laman web Air Asia dan Expedia, syarikat saya secara rasminnya menjadi salah satu pembekal kereta sewa untuk dua syarikat gergasi berkenaan. Sejak itu kami mendapat banyak tempahan dari dalam dan luar negara.

Sungguhpun begitu pada peringkat awal kerjasama berkenaan tidak mudah. Cabaran saya pada masa itu bagaimana nak pastikan setiap cawangan dapat memberikan servis yang terbaik dan seragam di seluruh negara? Justeru mahu tak mahu saya perlu memberikan latihan yang berterusan supaya setiap licensee sentiasa memberikan servis terbaik.

Green Matrix salah satu pembekal untuk Expedia (rating 8.8/10)

Hasil daripada latihan yang berterusan kami mendapat rating tertinggi di Malaysia berbanding syarikat kereta sewa yang lain. Pelanggan yang gembira dengan servis kami, turut  memberitahu kepada kawan-kawan dan keluarga mereka. Secara tidak langsung ia mengurangkan kos pengiklanan dan meningkatkan margin keuntungan syarikat saya.

Syarikat saya terus memberikan perkhidmatan kereta sewa terbaik kepada pelanggan setia kami, kami ada ratusan video testimonial dan sentiasa mendapatkan maklum balas pelanggan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Syarikat saya juga berjaya mengembangkan perniagaan ke Brunei dan Insya Allah kami akan tembus ke Singapura dan Indonesia.

Pelanggan-pelanggan kami sekarang lebih berkualiti dan ada dari kalangan selebriti. Setakat ini kami tiada masalah dengan pelanggan dan kebanyakan menggunakan kereta dengan baik. Sekiranya berlaku kerosakan akibat kecuaian pelanggan biasanya mereka akan membayar gantirugi seperti yang dinyatakan dalam perjanjian sewa.

Harap membantu.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code