Wahi Abd Rashid

BUAT DUIT DENGAN KERETA LAMA

Salam hormat

Terima kasih kerana berminat dengan projek buat duit dengan kereta lama. Beberapa bulan yang lepas, saya ada menerima  2 unit kereta lama yang tidak digunakan. Sebuah Honda City 1.5 (A) 2008 dan Perodua Myvi 1.3 (A) 2005. Nak jual sayang kata pemiliknya.

Honda City 1.5 (A) 2008 (dah siap repair)

Jadi pemilik kereta minta syarikat saya ambil dan uruskan. Kalau dapat sewa ok, kalau tak dapat sewa pun tak kisah katanya sebab kereta tu dah lama tersadai di rumah. Mula-mula kami testing dulu kereta tu, then kami buat anggaran berapa kos untuk bagi elok balik kereta tu.

Untuk kereta honda ni, keadaan agak teruk juga sebab kena cat baru, banyak part kena tukar, kos cat dan tukar alat ganti baru dalam RM6,500. Lepas siap repair, kereta nampak baru balik. Dalam tempoh 4 bulan (Jul – Okt 2017) kutipan sewa dapat dalam RM2,476.45. Masih tak untung lagi, sebab banyak modal guna untuk repair.

Kemudian pemilik kereta yang sama hantar lagi Perodua Myvi 1.3 (A) 2005. Mileage dah lebih 200,000 KM tapi enjin masih smooth. Kos repair dalam RM888.81. Kutipan sewa dari Ogo – Oct 2017 adalah sebanyak RM2,268.52. Lepas tolak kos repair ada la untung RM1,379.71.

Keuntungan tu kami bahagi 2, 50% pemilik kereta ambil, 50% lagi syarikat saya ambil. Ok la win-win kan. Pemilik kereta dapat duit sikit, syarikat dapat duit sikit, customer pun happy sebab dapat sewa kereta pada harga yang lebih murah.

Perodua Myvi 1.3 (A) 2008

Konsep bisnes ni saya rasa boleh dikembangkan. Ada beberapa orang lagi pemilik kereta yang mesej saya dan berminat dengan konsep ini Jadi sekiranya anda ada kereta lama yang tiada hutang dan berminat untuk jana extra income melalui sewaan, maka boleh join projek ni.

SYARAT

  • Kereta yang tiada hutang,
  • Keadaan masih elok dan selamat dipandu.
  • Model pilihan adalah hatch back, sedan dan MPV.
  • Keutamaan transmisi automatik.
  • Pemilik kereta senang dibawa berbincang.
  • Kos touch up dan repair ditanggung oleh pemilik kereta.

RISIKO

  • Sekiranya kereta masih di bawah nama individu, kemungkinan pemilik kereta akan menerima banyak saman. Biasanya pihak syarikat akan memotong deposit pelanggan untuk melunaskan saman. Sekiranya ada saman yang lewat tiba, sila maklumkan kepada syarikat untuk tuntutan daripada pelanggan. Proses tuntutan mungkin ambil masa dan pemilik kereta perlu relax dan bersabar sementara menunggu saman diselesaikan.
  • Cara terbaik adalah kereta ditukar di atas nama syarikat Green Matrix/Anak syarikat Green Matrix. Semua saman dan tuntutan insuran diuruskan oleh syarikat. Pemilik tidak perlu pening kepala lagi. Syarikat akan sediakan surat perjanjian ikatan amanah di mana pemilik kereta boleh mengambil balik kereta sekiranya tidak mahu lagi sambung kerjasama.

ISIKAN BORANG DI BAWAH

Maklumat yang dihantar akan pos di dalam group syarikat dan cawangan yang berminat akan menghubungi pemilik kereta untuk berbincang.

Sekiranya ada pertanyaan jemput join group telegram ini ==> Group Telegram 

Analytic Code