PAJAKAN

Picture1001

Bersama Tuan Fakuruddin Unop pemilik kereta Perodua Viva 1.0 (A) yang memajak keretanya pada 1 Oktober 2014.

Gambar di atas adalah gambar kenangan yang diambil bersama salah seorang rakan saya di Bintulu, Sarawak. Pada masa itu beliau menghadapi sedikit masalah kerana mempunyai sebuah kereta model Perodua Viva 1.0 (A) yang dibeli pada 27 September 2012. Kereta berkenaan jarang digunakan memandangkan beliau telah membeli sebuah kereta baru yang lebih besar.

Sejak membeli kereta baru beliau menghadapi sedikit masalah kerana terpaksa membayar ansuran bulanan untuk 2 buah kereta serentak. Ianya agak membebankan dan lebih malang lagi kereta lama berkenaan tidak dapat dijual memandangkan baki hutang yang lebih tinggi berbanding nilai jualannya.

Setelah berfikir panjang beliau mengambil keputusan untuk memajak keretanya kepada saya. Setelah berbincang beliau bersetuju memajak kereta berkenaan dengan bayaran sebanyak RM455 (ansuran bank) + RM200 (wang pajakan) = RM655 sebulan.

Beliau mula memajak  keretanya secara tahunan sejak 1 Oktober 2014. Kontrak pajakan boleh disambung setiap tahun atas persetujuan kedua-dua pihak. Secara purata beliau menjana pendapatan bersih sebanyak RM2,400 setahun (RM200 x 12 bulan = RM2,400).

Program pajakan telah membantu mengurangkan beban dan menjana sedikit pendapatan kepada beliau. Beliau juga tidak  perlu pening kepala kerana segala kos seperti penyelenggaraan, insuran, cukai jalan dan saman di tanggung oleh pihak saya.

Begitulah bagaimana program pajakan telah membantu pemilik kereta seperti Tuan Fakurudin Unop. Sebenarnya ramai lagi pemilik kereta yang menghadapi masalah seperti di atas, jadi sekiranya anda ada masalah seperti di atas, mungkin program pajakan boleh membantu anda.

APAKAH SYARAT PAJAKAN?

  • GoGreenMatrix tidak mengambil kereta/motor pajak buat masa ini. Walau bagaimanapun sekiranya ada pemilik kenderaan ingin memajak, maka perjanjian pajakan adalah di antara pemilik kenderaan dengan Peserta Hub Kereta Sewa GoGreenMatrix (GMHUB) yang sah dan masih aktif sahaja (pastikan ada surat pengesahan dari GoGreenMatrix). Perjanjian pajakan mestilah menggunakan nama individu atau perniagaan/syarikat GMHUB itu sendiri. GoGreenMatrix tidak terlibat dalam urus niaga pajakan.
  • GoGreenMatrix akan memaklumkan maklumat kenderaan pajak yang dinyatakan pemilik kenderaan kepada GMHUB yang terdekat. Segala urusan perjanjian dan bayaran pajakan adalah di antara pemilik kenderaan dan GMHUB. Sekiranya ada sebarang masalah berhubung bayaran atau apa-apa tuntutan, pemilik kenderaan mestilah berhubung dengan GMHUB dan tidak melibatkan GoGreenMatrix
  • Pastikan GMHUB yang ingin memajak kenderaan anda membayar sekurang-kurangnya 1 bulan bayaran ansuran bulanan dan wang pajakan sebelum kenderaan diserahkan. Tujuan untuk memastikan pemajak berkemampuan dan mengelakkan kelewatan pembayaran.
  • Pemilik kenderaan berhak membatalkan perjanjian pajakan dan mengambil balik kenderaannya sekiranya GMHUB gagal membayar wang pajakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Segala urusan tuntutan bayaran dan ganti rugi adalah di antara pemilik kenderaan dan juga GMHUB. Pemilik kenderaan tidak berhak menuntut apa-apa daripada GoGreenMatrix memandangkan perjanjian pajakan adalah di atas persetujuan di antara pemilik kenderaan dan GMHUB

KONSEP PAJAKAN

Terdapat 2 jenis pajakan iaitu

  1. Bayaran tetap untuk kenderaan baru/sedia ada.
  2. Bayaran secara peratusan (50:50)

Bayaran Tetap : Kenderaan Baru

  • Pemilik kenderaan beli kenderaan baru secara tunai atau pinjaman bank.
  • Kontrak pajakan selama 5 tahun.
  • Selepas 5 tahun kenderaan diserahkan kembali kepada pemilik kereta atau dijual.

Contoh : Model Perodua Bezza 1.3 (A)

Belian secara pinjaman bank

  • Pemilik kereta buat pinjaman penuh (Anggaran harga RM45,438).
  • Pinjaman bank 9 tahun (Anggaran ansuran bulanan RM535).
  • Pemilik kereta akan terima ansuran bulanan RM535 + RM280 setiap bulan x 60 bulan = RM48,900. 
  • Secara umumnya pemilik kereta akan dapat keuntungan sebanyak RM280 sebulan.
  • Anggaran keuntungan selama 5 tahun adalah RM280 x 60 bulan = RM16,800.
  • Terbaik pemilik kereta beli minima 2 unit kereta, jadi purata pendapatan sebulan RM280 x 2 = RM560 sebulan.
  • Pemilik kereta akan dapat keuntungan RM33,600 selama 5 tahun untuk 2 buah kereta.
  • Semuanya tanpa perlu mengeluarkan apa-apa modal.

Belian secara tunai.

  • Pemilik kereta beli kereta secara tunai (Anggaran : RM45,438)
  • Pemilik kereta terima bayaran RM815 x 5 tahun = RM48,900
  • Selepas 5 tahun kereta dijual (Anggaran RM21,990). 5 tahun pemilik kereta terima RM48,900 + RM21,990 (Anggaran)  = RM70,890 (Anggaran).
  • Anggaran keuntungan RM70,890 – RM45,438 = RM25,452. RM25,5452/5 tahun = RM5,090.40 RM5,090.40/RM45,438 x 100% = 11.20% (Anggaran).

Contoh Perjanjian Pajakan

Bayaran Tetap : Kenderaan Sedia Ada

  • Usia kenderaan tidak melebihi 10 tahun ATAU jarak perjalanan tidak lebih daripada 100,000 KM (kereta).
  • Keutamaan kereta model Perodua Axia, Myvi, Bezza, Saga dan Alza (Auto).
  • Kereta model lain boleh dipertimbangkan.
  • Pajakan minima 6 bulan dan boleh diperbaharui atas persetujuan kedua-dua pihak.
  • Bayaran pajakan = Ansuran bulanan + Wang pajakan minima RM200.
  • Kos penyelenggaran, insuran, road tax dan saman ditanggung oleh GMHUB.

Contoh Perjanjian Pajakan

Rujukan Bayaran Pajakan

  • Group A (Motor, Axia) : Ansuran bulanan + dari RM200
  • Group B (Bezza, Saga, Myvi) : Ansuran bulanan + dari RM250
  • Group C (MPV, SUV, 4×4, Van) : Ansuran bulanan + dari RM300
  • Group D (Vellfire, Starex dan kereta mewah) : Ansuran bulanan + dari RM500

Cukai jalan, insuran, penyelenggaraan dan saman ditanggung oleh pihak pemajak (GMHUB).

Pajakan 50:50

  • Sesuai untuk semua jenis kenderaan.
  • Bayaran sewa dibahagikan 50% untuk pemilik kenderaan dan 50% untuk GMHUB.
  • Pemilik kenderaan bertanggungjawab untuk ansuran bulanan, insuran, road tax dan penyelenggaraan.
  • GMHUB bertanggungjawab untuk menuntut kutipan sewa, ganti rugi kerosakan dan saman dari penyewa.
  • Pemilik kereta boleh menyimpan kereta dan serahkan kepada GMHUB terlibat sekiranya ada tempahan.

Contoh Perjanjian 50:50

APA RISIKO PAJAKAN KERETA SEWA?

Berikut merupakan antara risiko pajakan kereta sewa.

  1. Saman (saman akan pergi kepada pemilik kenderaan). Maklumkan pemajak tentang saman dan tuntutan akan dibuat kepada pelanggan (perlu ambil masa untuk selesai).
  2. Ansuran bulanan kepada bank lewat. Pemajak perlu membayar minima 1 bulan advance untuk mengelakkan kelewatan bayaran kepada pihak bank.
  3. Kenderaan digunakan untuk kegiatan jenayah. GMHUB ada kemudahan untuk semakan maklumat am dan perundangan penyewa. Penyewa yang ada rekod senarai hitam perundangan, tidak dibenarkan menyewa.
  4. Kemalangan & kecurian. Pemilik kereta digalakkan membeli insuran Peer To Peer (P2P) melalui GMHUB yang berdaftar di bawah e-platform Green Matrix. Kos insuran P2P 215% lebih tinggi berbanding insuran komprehensif biasa. Segala kerosakan dan kehilangan ketika disewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insuran P2P.
  5. Kerosakan. Kemungkinan kereta akan mengalami kerosakan akibat kecuaian penyewa. Penyewa bertanggungjawab membayar ganti rugi seperti yang dinyatakan di dalam borang perjanjian sewa. Sekiranya penyewa tidak mahu bertanggungjawab, GMHUB boleh memaklumkan kepada GoGreenMatrix untuk tindakan senarai hitam di dalam sistem CTOS. Bayaran ganti rugi mungkin mengambil sedikit masa.

APA LAGI SYARAT-SYARAT PAJAKAN KERETA?

Pemilik kenderaan mestilah seorang yang mudah di bawa berunding dan faham risiko di dalam perniagaan. Pihak GMHUB sentiasa mengambil langkah perlu bagi mengurangkan risiko kepada pemilik kereta. Sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini, maka pemilik kenderaan dan GMHUB perlu berunding dan berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah secara bersama. Selain itu sebolehnya pemilik kereta memajak kenderaan kepada GMHUB yang terdekat bagi memudahkan urusan.

BAGAIMANA NAK PAJAK?

Ikut 3 langkah di bawah.

  1. Isi Google Form ini ==> KLIK SINI
  2. Whatsapp sini ==> KLIK SINI
  3. Tunggu dalam masa 24 jam untuk GMHUB hubungi tuan/puan.

Sekiranya ada pertanyaan boleh Whatsapp sini ==> KLIK SINI

55 Replies to “PAJAKAN”

  1. Teknik yang bagus. Macam berminat…Dengan ini lebih ramai lagi usahawan melayu islam di dunia ni…macam mana nak sertai konsep pajakan sewa kereta ni..

  2. as salam tuan nampaknya macam menarik cara ini.cuma inginkan penjelasan negara ada digemparkan dengan skim pelaburan wang oleh syarikat noradz travel berkenaan sewa beli kereta juga boleh tuan bagi komen skit.. cuma ingin kepastian.

  3. Saya berminat juga untuk buat pajakan cuma masih keliru sama ada nak buat pajakan atau kerjasama (saya urus sendiri sewa tersebut)

  4. Saya memiliki satu kereta (lebihan) : Perodua Viva 1.0 Auto Tahun 2009.
    Jika bersesuaian, saya ingin pajakkan
    Jika tidak, saya akan jual sahaja.

    Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan.
    TQ

  5. Salam tuan, saya ada sebuah starex yg jarang digunakan. boleh diterima untuk pajakan ke. anggaran berapa RM sebulan. tq..

  6. Salam Tuan,
    kalau ikut contoh macam tuan Fukurrudin diatas, pajak viva dgn pajakan rm455 + rm200 sebulan, jumlah rm655. Katakan saya ada viva yg nak dipajak, dan viva ni saya kena bayar bank rm350 sebulan. Adakah saya akan dapat rm350 + rm200, jumlah rm550; atau saya akan dapat rm655 macam contoh di atas? Mintak pencerahan.

  7. Salam Tn Wahi,

    Sy ingin bertanya tentang insurans. Kalau berlaku kemalangan semasa tempoh pajakan, adakah claim insurans guna nama owner atau GMCR ada insurans sendiri? Kalau guna nama owner, agak rugi la sebab nanti nak renew insurans dah takde NCD. Boleh bagi pencerahan?

  8. Tuan, saya ada kereta chery easter. Keadaan elok xde mslh. Sy nk ambil kereta lain tp sayang nk jual kereta ni? Adakah pihak tuan sudi memajaknya?

  9. Saya ada kereta honda city idsi thn 2005. tiada kerosakan major. Servis x pernah miss.

  10. Salam saya ada sebuah kereta kancil lama Manual model EZ850 tahun 2001. Saya bercadang untuk di pajakkan kerana tidak menggunakan kereta itu sepenuhnya. Kereta telah habis bayar

  11. Tuan sy ingin bertanya. Kalau saya nak serahkan kereta kepada tuan utk disewakn. Bukan seperti pajakan diatas kerana sy ingin memberi kereta yg telah habis bayar. Mcm mane yea. Bole ke?

  12. asslm, tuan.. sy ad alza SE 2014 untuk di pajak, masih ad kekosongan ke.. area petaling jaya.

  13. Askum dan salam sejahtera…

    Saya ingin bertanya… andai kereta sy viva bawah 5 tahun dah habis bayar dan sy nk pajak kan kereta sy nie adakah pulangan sy mendapat rm 200 sahaja atau rm 655?

  14. Salam tuan…
    Ada ada 3 preve 1 iriz…
    Kereta tahun 2015…
    Kalau nak trade in je kereta ni kena tambah duit lg ke…
    Mintak pandangan tuan…

  15. SALAM ENCIK….SAYA ZAINURI DARI KOTA DAMANSARA SELANGOR ADA MEMPUNYAI SEBUAH KERETA JENIS SAGA BARU AUTO UNTUK PAJAKAN.

  16. Salam tuan saya pun baru belajar buka syarikat kereta sew sendiri ni dan ada orang berminat nak pajak kereta kepada saya..

    mohon izin tuan untuk saya applykan ilmu yg tuan kongsi, Ty banyak tuan ?

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published.