Wahi Abd Rashid

My Business Partner

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

photo_2016-06-22_12-44-06

Pejabat Green Matrix Car Rental cawangan KLIA

Assalamualaikum dan salam hormat, artikel ini saya tulis sebab ramai sangat yang bertanya tentang peluang menjadi rakan kongsi di syarikat saya. Ok dipendekkan cerita sekiranya anda ada modal RM100K saya cadangkan anda menjadi salah seorang pemegang saham dalam salah satu anak syarikat yang saya tubuhkan. Anak syarikat berkenaan akan menguruskan salah satu cawangan di lokasi berikut.

  1. Langkawi
  2. Alor Setar, Kedah
  3. Penang
  4. Ipoh, Perak
  5. Selangor
  6. Kuala Lumpur (Bandaraya)
  7. Kuala Lumpur (KLIA)
  8. Melaka
  9. Senai, Johor
  10. Kuantan, Pahang
  11. Kuala Terengganu, Terengganu.
  12. Kota Bharu, Kelantan.
  13. Kuching, Sarawak
  14. Sibu, Sarawak
  15. Bintulu, Sarawak
  16. Miri, Sarawak
  17. Labuan
  18. Kota Kinabalu, Sabah
  19. Tawau, Sabah
  20. Sandakan, Sabah

Anda boleh memilih mana-mana lokasi yang masih kosong seperti di atas (terbaik pilih lokasi di mana anda hendak settle down).

BAGAIMANA PROGRAM INI BERJALAN?

  1. Sebaik sahaja anda bersetuju untuk menjadi rakan kongsi di syarikat saya dan modal sudah dibayar, maka sebuah anak syarikat akan ditubuhkan. Pecahan pegangan saham adalah seperti berikut 51% (GMETTSB) : 24.5% (Rakan Niaga GMETTSB) : 24.5% (Anda). GMETTSB = Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd.
  2. GMETTSB perlu memegang majoriti pegangan saham (51%) untuk menjadikan syarikat berkenaan berstatus anak syarikat. Walau bagaimanapun perjanjian dalaman (internal agreement) akan dibuat di mana pembahagian keuntungan akan dikira mengikut pecahan berikut 34% (GMETTSB) : 33% (Rakan Niaga GMETTSB) : 33% (Anda).
  3. GMETTSB bertanggungjawab terhadap penyediaan lesen, latihan, sistem perniagaan dan khidmat nasihat kepada anak syarikat. Rakan niaga GMETTSB pula bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan operasi cawangan. Anda pula bertanggungjawab untuk menyediakan modal permulaan sebanyak RM100K (Anda juga akan dilantik sebagai pengarah di dalam anak syarikat berkenaan).
  4. Semua kenderaan pemegang saham atau kenderaan pihak ketiga yang diuruskan oleh pemegang saham akan diletakkan di bawah pengurusan anak syarikat berkenaan.
  5. Segala pendapatan dari cawangan yang diuruskan oleh anak syarikat perlu dimasukkan ke dalam akaun GMETSSB terlebih dahulu (sebab guna jenama dan lesen GMETTSB).
  6. GMETTSB akan membayar keseluruhan tuntutan anak syarikat setelah menolak GST dan caj-caj transaksi yang berkaitan.
  7. Anak syarikat berkenaan bertanggungjawab membayar ansuran bulanan kereta, sewaan pejabat, gaji kakitangan, bil utiliti, penyelenggaraan kereta, pengiklanan dan kos-kos yang berkaitan untuk operasi cawangan berkenaan.
  8. Rakan niaga GMETTSB yang menguruskan operasi cawangan berkenaan perlu mengemukakan penyata untung rugi bulanan kepada semua pemegang saham pada setiap 15 hari bulan.
  9. Separuh keuntungan bulanan anak syarikat berkenaan akan dibahagikan kepada setiap pemegang saham mengikut peratusan pegangan saham masing-masing.
  10. Baki keuntungan anak syarikat akan digunakan sebagai modal pusingan atau untuk pembelian aset syarikat.
  11. Sekiranya anda ingin menarik diri, anda boleh menjual pegangan saham anda kepada pemegang saham sedia ada atau kepada pihak lain setelah mendapat kebenaran daripada pemegang saham sedia ada.

KENAPA PERLU MODAL RM100K?

Wang sebanyak RM100K akan digunakan sebagai modal pusingan untuk membiayai operasi permulaan syarikat. Ianya akan digunakan untuk mendaftar syarikat, permohonan lesen cawangan, setup pejabat dan pengiklanan. Selepas syarikat sudah mula beroperasi sepenuhnya, hasil perniagaan akan menampung kos operasi keseluruhan syarikat.

KELEBIHAN PROGRAM INI

  1. Kepentingan anda terjamin kerana anda mempunyai pegangan saham di dalam anak syarikat yang ditubuhkan.
  2. Anda akan memiliki sistem perniagaan yang sudah proven dan boleh menjana pendapatan sebaik ianya dimulakan. Tidak perlu try & error lagi.
  3. Anda boleh mewariskan perniagaan ini kepada ahli keluarga sekiranya mahu.
  4. Anda boleh exit pada bila-bila masa dengan menjual pegangan saham kepada pemegang sedia ada atau pihak lain (dapat balik modal atau jana keuntungan apabila nilai saham syarikat meningkat). Penjualan saham kepada pihak lain perlu mendapat kebenaran daripada pemegang saham sedia ada terlebih dahulu.

APA SYARAT PENYERTAAN PROGRAM NI?

  1. Individu atau Syarikat (rakan kongsi tidak lebih 3 orang).
  2. Bukan seorang bankrap atau disenarai hitam.
  3. Senang dibawa berbincang.

KALAU ADA SOALAN BAGAIMANA?

Jemput join group telegram di dalam group ni ==> Group Telegram

BAGAIMANA NAK MENYERTAI PROGRAM INI?

Langkah 1

Buat bayaran RM100K  kepada akaun berikut.

Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd). Email : wahi@greenmatrixcarrental.com

Langkah 2

Sila isikan maklumat anda di dalam borang di bawah.

MY BUSINESS PARTNER
:
Sending

Langkah 3

Anda akan dihubungi melalui Whatapps dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..
Analytic Code
%d bloggers like this: