Wahi Abd Rashid

MYCAMPUSCARRENTAL

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

photo_2017-01-13_07-14-10

Pilot projek MYCAMPUSCARRENTAL di UTM Skudai.

Buat masa ini MYCAMPUSCARRENTAL telah dimulakan di UTM Skudai Johor sejak 1 September 2016. Setakat ini sambutan amat menggalakkan di mana pihak universiti juga memberi sokongan 100% terhadap program ini.

Bagi mengembangkan program ini, pihak syarikat mengalu-alukan penyertaan daripada pengusaha-pengusaha kereta sewa yang berminat dengan program ini. Berikut merupakan kelebihan penyertaan program ini.

KELEBIHAN PROGRAM

  • Pengusaha akan bernaung di bawah syarikat yang sudah berlesen.
  • Mendapat bimbingan daripada usahawan kereta sewa yang sudah berjaya.
  • Peluang mendapat kereta sewa daripada syarikat melalui program pajakan kereta sewa.
  • Khidmat nasihat sehingga berjaya daripada syarikat.
  • Peluang bekerjasama dengan pihak IPT.

BERAPA YURAN PENYERTAAN PROGRAM INI?

RM7,500 Yuran penyertaan adalah sekali seumur hidup.

BILA TARIKH COACHING?

  • 08 Jul 2017 (Ahad)
  • 6 Ogo 2017 (Ahad)
  • 27 Ogo 2017 (Ahad)
  • 24 Sep 2017 (Ahad)
  • 22 Okt 2017 (Ahad)
  • 26 Nov 2017 (Ahad)
  • 24 Dis 2017 (Ahad)

Masa : 0900 – 1800
Tempat : Pejabat GMETTSB – KLIA
Alamat : Unit 47 Pusat Perniagaan Gemilang Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.
Koordinat : www.bitly.com/gmcrkotawarisan

Anda boleh pilih salah satu tarikh coaching seperti di atas. Setiap sesi coaching terhad untuk 8 peserta sahaja (4 pendaftaran). Pastikan anda membawa laptop semasa sesi coaching.

Sistem tempahan kereta sewa MYCAMPUSCARRENTAL.COM

APA YANG SAYA DAPAT?

  • Sistem laman web bernilai RM15,000.
  • Salinan lesen dan dokumentasi syarikat benilai RM2,000.
  • Akses sistem CTOS bernilai RM6,000 setahun.
  • Latihan intensif selama 1 hari bernilai RM1,000 (2 orang).
  • Email rasmi syarikat (unlimited quota) bernilai RM500.
  • 100 keping borang perjanjian sewa bernilai RM50.
  • 100 keping resit sewaan kereta bernilai RM50.
  • Support group vip (telegram) bernilai RM1,000.
  • 4 helai baju t-shirt syarikat bernilai RM250.

ADA KUOTA?

Kuota terhad untuk 1 penyertaan untuk setiap IPT.

LOKASI MANA YANG SUDAH DAFTAR?

Berikut merupakan senarai lokasi yang sudah di lock. Jadi anda boleh mencari lokasi yang tiada dalam senarai di bawah.

  1. UTM Skudai, Johor
  2. UTHM, Parit Raja, Johor
  3. UPSI, Tanjung Malim, Perak
  4. Kolej Poly Tech MARA, Kota Bharu
  5. UNITEN, Putrajaya
  6. Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor
  7. UITM, Seremban, N9
  8. UITM Pasir Gudang
  9. Unimas, Kuching, Sarawak

ADA LAGI BAYARAN YANG PERLU DI BAYAR?

Untuk memastikan pihak syarikat dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada peserta program licensing MYCAMPUSCARRENTAL, pihak syarikat akan mengambil 2 bayaran berikut.

  1. Royalti 5% daripada kutipan sewa.
  2. Yuran keahlian RM250 setahun.

APA SYARAT PENYERTAAN?

  • Terbuka kepada individu/perniagaan/syarikat.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mahir menggunakan komputer dan internet.
  • Merendah diri dan suka belajar.
  • Jujur dan amanah.
  • Suka melayan pelanggan.

DI MANA SAYA BOLEH BEROPERASI?

Perkhidmatan MYCAMPUSCARRENTAL terhad untuk warga kampus dan orang awam tempat anda beroperasi sahaja.

BAGAIMANA DENGAN KERETA?

Sebagai permulaan anda boleh memulakan dengan kereta yang ada dahulu (sekiranya ada). Sekiranya bilangan kereta tidak cukup, anda boleh mendapatkan kereta tambahan melalui program pajakan kereta sewa.

BAGAIMANA DENGAN PEKERJA?

Syarikat tidak menyediakan pekerja, walau bagaimanapun anda boleh memulakan perniagaan ini secara sambilan dan boleh mengupah pelajar-pelajar di dalam kampus secara part time. Sebolehnya mulakan dengan apa yang ada, kemudian kembangkan perlahan-lahan.

LEPAS MENDAFTAR APA SAYA PERLU BUAT?

Berikut merupakan apa yang anda perlu lakukan selepas mendaftar.

  1. Anda akan dimasukkan ke dalam group telegram khas.
  2. Anda perlu mendaftar no telefon baru khas untuk buat sewaan kereta (sekiranya belum ada). Sebolehnya beli telefon pintar jenama Samsung.
  3. Maklumkan no telefon berkenaan di dalam group telegram untuk tempahan bisnes kad.
  4. Sila survey tapak di dalam kampus untuk pejabat operasi.
  5. Hubungi pihak yang berkenaan untuk berbincang tentang sewaan tapak di dalam kampus. Pihak syarikat akan memberikan salinan lesen perniagaan sebagai dokumen sokongan untuk permohonan.
  6. Sementara menunggu kelulusan permohonan, anda boleh mula mempromosi perkhidmatan sewaan kereta kepada pelajar-pelajar di dalam kampus. Gunakan kad perniagaan dan poster yang dibekalkan.
  7. Sekiranya permohonan berjaya, sila siapkan pejabat operasi seringkas mungkin. Anda boleh naik taraf pejabat operasi secara berperingkat mengikut bajet.
  8. Gunakan kereta yang ada dahulu. Sekiranya kereta tidak mencukupi maklumkan kepada syarikat untuk tambahan kereta.
  9. Berikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan kembangkan perniagaan perlahan-lahan. Tambah kakitangan sekiranya perniagaan mula berkembang.
  10. Agihkan tugas kepada kakitangan dan anda memantau perkembangan syarikat. Sekiranya ada masalah sila maklumkan kepada syarikat untuk bantuan.

KALAU SAYA ADA SOALAN BAGAIMANA?

Kalau anda ada kemusykilan dan ada pertanyaan, jemput masuk group telegram berikut ==> MCCR QA.

JAMINAN PEMULANGAN WANG

Sekiranya anda merasakan program ini tidak sesuai semasa menghadiri sesi latihan, Sila maklumkan kepada pihak syarikat dan wang anda akan dikembalikan serta merta.

BAGAIMANA NAK JOIN?

apply-now

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..
Analytic Code
%d bloggers like this: