Wahi Abd Rashid

Kerjasama Mercedes & Toyota

Salam hormat, ok kali ni saya nak share sikit tentang kerjasama kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 (A) dan Toyota Alphard 2.4 (A) yang saya perkenalkan baru-baru ini.

KENAPA MULAKAN PROJEK NI?

Ok untuk pengetahuan anda semua saya mempunyai syarikat kereta sewa iaitu Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (No Lesen : KPK/LN7944). Syarikat ni saya daftar pada 27 September 2011.

20170305_175144

Pejabat syarikat di Sepang, KLIA

Bisnes kereta sewa ni saya dah mulakan sejak tahun 2006 lagi. Masa tu berniaga kecil-kecil je. Kalau diikutkan dah lebih 10 tahun la saya run bisnes kereta sewa. Alhamdulillah bisnes masih kekal dan terus berkembang sampai sekarang.

Fokus utama syarikat saya ni adalah kereta sewa pandu sendiri. Kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada individu, syarikat korporat, agensi kerajaan dan juga agen pelancongan dalam dan luar negara.

Buat masa ni 60% – 70% tempahan yang diterima lebih kepada kereta bajet rendah seperti Axia, Myvi, Bezza dan juga Alza. Jadi syarikat saya memang fokus kepada model ni saja la.

Purata kutipan sewa untuk semua cawangan adalah sebanyak RM350K sebulan. Ada banyak jenis model kereta disewakan, tetapi majoriti pendapatan datang daripada model kereta bajet rendah.

Tempahan untuk model sederhana dan mewah seperti Toyota Vios, Honda City, Camry, Alphard dan Vellfire memang ada. Walau bagaimanapun syarikat saya tak fokus sangat model kereta ni. Sebab tempahan tak sebanyak model kereta bajet rendah.

Kalau ada tempahan kami lebih banyak ambil dari syarikat lain atau kalau kereta tak ada kami akan declined tempahan berkenaan. Bukan tak nak beli kereta model berkenaan.

Model seperti Toyota Vios 1.5 (A), Honda City 1.5 (A), Toyota Camry 2.0 (A), Toyota Alphard 2.4 (A) dan Toyota Vellfire 3.0 (A) harganya agak tinggi kalau beli baru iaitu di antara RM70K – RM350K.

Nak beli boleh tapi saya risau duit sewa ngam-ngam bayar installment bank saja. Lagi pun kami boleh dapat dari supplier lain dengan mudah. Cuma untung mungkin tak banyak sebab makan komisen 10% – 20% saja.

KENAPA PILIH MERCEDES BENZ & ALPHARD?

Awal tahun 2017, saya ada membeli sebuah kereta Mercedez Benz model E230 (A) tahun 1997. Itu pun lepas tengok beberapa orang staff saya dok pakai Mercedes Benz. Kaya betul staff saya ni.

16298463_1294791663914710_3740590329342144946_n

Mercedes Benz pertama yang saya beli model E230 (A)

Lepas saya korek rahsia mereka, baru saya tahu mereka ni banyak berjimat dengan memakai Mercedes Benz. Ramai orang sangka Mercedes Benz hanya untuk orang kaya.

Kereta yang mereka beli semuanya di bawah harga RM10K. Mereka akan menukar alat ganti yang rosak sedikit demi sedikit. Harga alat ganti juga tidak mahal.

Contohnya harga absorber Mercedes Benz untuk model lama lebih murah daripada kereta Proton dan Perodua. Mana alat ganti baru yang susah dapat, mereka boleh beli di kedai half cut pada harga yang sangat murah.

Selepas menukar alat ganti, ianya akan bertahan dalam jangka masa yang lama. Kereta tiada hutang dan susah untuk rosak. Kalau dibandingkan memakai kereta biasa memang mereka banyak berjimat.

Saya sendiri terkejut dengan Mercedes Benz yang saya beli, walaupun dah berusia 20 tahun, keadaan kereta masih elok. Enjin masih senyap dan suspension pun memang terbaik. Bawa pun rasa macam kereta baru.

Paling best bila pergi mana-mana, saya dilayan macam VIP. Contohnya kalau pergi ke hotel, park dekat lobby pak guard tabik dan senyum je. Mungkin dia ingat saya orang kaya.

Sebelum ni kalau pakai kereta biasa, memang tak lama pak guard halau suruh parking tempat lain la. Beza betul layanan. Lepas pakai Mercedes Benz saya dapat idea.

Kalau Mercedes Benz tahan lebih lama, alat gantinya murah dan lebih berkualiti. Orang yang memandunya pun dilayan macam VIP. Kalau bagi sewa memang senyum la customer.

Tambahan pula memang tak ramai yang sediakan perkhidmatan kereta sewa jenis Mercedes Benz. Jadi saya nampak ada potensi yang besar di situ. Cuma untuk jadikan harganya lebih competitive, tak perlulah beli model baru.

Saya cadangkan cari model lama (tahun 2005). Kereta bajet dalam RM40K boleh dapat yang elok. Customer pun pilih-pilih yang kenal saja. Contohnya kawan-kawan rapat dan regular customer yang senang berkira.

Sesetengah selebriti pun kalau kita offer Mercedes Benz, memang senyum sampai ke telinga la. Tambah-tambah kita offer harga yang lebih rendah dari pasaran, mereka dapat berjimat sambil bergaya.

Kelebihan Mercedes Benz ni tak ramai yang tahu tahun keluaran kereta berkenaan. Walaupun usia kereta dah 10 tahun, ramai yang sangka ianya masih baru, sebab reka bentuknya memang futuristik.

KAWAN-KAWAN KERJA DI LUAR NEGARA

Saya ada kenal ramai kawan-kawan yang bekerja di luar negara. Masalah mereka ni bila nak balik ke Malaysia memang nak pakai kereta.

Mereka ni biasa gaji besar di luar negara, kalau nak pakai kereta mesti nak pakai kereta yang besar dan selesa. Masalahnya bila time cuti (hari perayaan) memang susah nak dapatkan kereta sewa yang sesuai dengan keperluan mereka.

Sebab masa tu lah semua orang Malaysia yang kerja di luar negara nak balik. Kalau dapat kereta tu memang nasib baik, kalau tak dapat kereta memang mereka akan stress.

Saya sendiri pernah pelanggan (orang Malaysia kerja di luar negara) nak saman sebab tak dapat sediakan kereta yang dia tempah. Masa tu time perayaan. Kelam kabut juga saya, nasib baik dapat juga cari kereta untuknya.

Ramai yang bekerja di luar negara, terpaksa beli kereta di Malaysia dan buat stok “pekasam” di rumah. Mungkin takut susah dapat kereta yang sesuai bila balik sambut hari raya.

Mereka ni boleh dikira rugi sebab terpaksa bayar bulanan kereta, kena sediakan tempat simpan kereta. Kereta pula tak digunakan sepenuhnya. Setiap tahun nilai kereta semakin susut dan mereka tidak mendapat apa-apa selain menanggung hutang setiap bulan.

Jadi timbullah idea why not syarikat saya buat kerjasama. Mungkin mereka boleh beli kereta, letak di syarikat saya. Kalau mereka nak pakai ambil saja. Tak perlu bayar apa-apa.

Kalau mereka tak nak pakai syarikat saya sewakan dan kutipan sewa dibahagi 50/50. Insuran, road tax, maintainence dan saman syarikat saya tanggung.

So selesai masalah mereka, time nak pakai kereta ambil saja, time tak pakai kereta boleh disewakan dan jana sedikit pendapatan. Dalam masa 3 tahun saya jangka modal mereka dah balik semula.

Selepas 3 tahun mereka akan mula dapat profit sampai tahun ke 5. Selepas 5 tahun kereta akan diserahkan kepada mereka. Terpulang kepada mereka samada nak terus pakai atau jual. Jadi mereka tak rugi apa-apa.

Syarikat saya juga dapat penuhi permintaan pelanggan untuk segmen kereta sewa jenis sederhana dan mewah tanpa perlu membeli kereta baru yang mahal. Jadi win-win situation.

KERETA APA NAK BELI?

Kalau kereta sedan saya cadangkan beli Mercedes Benz model C200 (A) tahun 2005 ke atas. Model ni CC kecil, jimat minyak dan mudah parking. Kalau bajet dalam RM40K dah boleh dapat kereta yang elok.

20170419_083158

Sebahagian Mercedes Benz C200 yang sudah dibeli

Kalau kereta yang lebih besar, saya cadangkan ambil kereta model Toyota Alphard 2.4 (A). Biasa bajet RM70K boleh dapat yang condition elok.

Kenapa Alphard? sebab Alphard ni kalau nak buat sewa boleh cover MPV kategori mewah (Alphard/Vellfire) dan biasa (Innova/Exora).

Toyota Alphard 2.4 (A) yang sudah dibeli

Kalau customer booking Proton Exora 1.6 atau Toyota Innova 2.0 (A), kasi free upgrade Toyota Alphard 2.4 (A) memang senyum la customer. Kalau customer booking Toyota Vellfire 2.4/3.0 (A) kita offer Toyota Alphard mereka masih boleh terima.

Jadi Mercedes Benz C200 (A) dan Toyota Alphard 2.4 (A) boleh dikira multi range kereta. Boleh cover sewaan kereta untuk jenis sederhana dan juga mewah. Jadi lebih senang untuk mencari penyewa. Competition pun tak banyak.

KERETA BELI CASH ATAU LOAN?

Memandangkan tempahan untuk segmen kereta sederhana dan mewah ni tak konsisten macam kereta bajet rendah, maka saya prefer beli kereta cash berbanding loan. Jadi saya tak perlu stress untuk bayar installment bank setiap bulan.

Kereta pula perlu letak atas nama syarikat supaya dapat disewakan secara sah. Kalau nama personal ni masalah sikit terutamanya melibatkan kemalangan dan saman. Jadi saya prefer beli cash.

SIAPA YANG SESUAI UNTUK BEKERJASAMA?

  1. Mereka yang ada modal RM40K ke atas.
  2. Mereka yang selalu menyewa kereta.
  3. Mereka yang ingin menjana pendapatan extra.
  4. Mereka yang mahu pakai kereta mewah free.

APA FAEDAH PROGRAM JV NI?

  1. Anda boleh pakai kereta yang anda beli bila-bila masa tanpa sebarang bayaran, walau bagaimanapun ianya terhad 30 hari setiap tahun. Kalau nak extend boleh dapat diskaun 50%.
  2. Anda akan mendapat 50% kutipan sewa setiap bulan. Amaun adalah tidak tetap dan bergantung kepada tempahan.
  3. Anda layak mendapat diskaun sehingga 50% untuk sewaan kereta di cawangan GMCR seluruh Malaysia.
  4. Selepas 5 tahun kereta akan diserahkan kepada anda. Terpulang kepada anda untuk pakai sendiri atau jual untuk mendapatkan balik modal.

APA RISIKO KERJASAMA INI?

  1. Anda perlu ada modal sekurang-kurangnya RM40K.
  2. Kereta yang dibeli mungkin kemalangan semasa disewa.
  3. Pendapatan daripada kutipan sewa tidak menentu.

Setiap perniagaan sudah tentu ada risiko. Walau bagaimanapun risiko boleh dikurangkan. Contohnya untuk kurangkan risiko kemalangan syarikat hanya menyewakan kereta kepada pelanggan yang mempunyai pengalaman memandu lebih 2 tahun dan tiada rekod trafik yang buruk.

Syarikat juga mempunyai polisi di mana pelanggan juga perlu bertanggungjawab terhadap excess kemalangan dan kerosakan sehingga RM10K. Ini bagi memastikan pelanggan menggunakan kereta sebaik mungkin dan cermat.

Dari segi kutipan sewa, syarikat akan melakukan pemasaran dari masa ke semasa. Syarikat akan mendapatkan feedback daripada pelanggan dan menggunakannya untuk menarik lebih ramai pelanggan menyewa kereta yang dibeli melalui kerjasama ini.

ADA PERJANJIAN KERJASAMA?

Berikut merupakan draft perjanjian kerjasama ==> Klik Sini

KALAU ADA SOALAN BAGAIMANA?

Jemput join group telegram ini sekiranya ada pertanyaan ==> https://t.me/joinchat/AAAAAEIv9UPXrzanNkI4lw

KALAU SAYA BERMINAT BAGAIMANA?

Langkah 1

Buat bayaran RM40K @ RM70K kepada Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd. Email wahi@greenmatrixcarrental.com.

Langkah 2

Isikan borang berikut

Langkah 3

Tunggu saya hubungi anda dalam masa 24 jam.

Analytic Code