Wahi Abd Rashid

Kerjasama Green Matrix

Salam hormat

  • Anda ada duit extra?
  • Tak tahu nak buat apa duit tu?
  • Mencari peluang pelaburan yang beri pulangan lebih baik?
  • Berminat melabur dengan Green Matrix?

Ok artikel ni saya tulis sebab sejak beberapa bulan lepas, banyak mesej daripada sahabat-sahabat yang bertanya kepada saya, ada tak peluang untuk melabur dengan Green Matrix?

Sebelum ini saya ada buat Kerjasama Kereta Sewa Pandu. Dalam kerjasama berkenaan saya mengambil modal dari beberapa orang rakan dan gunakannya untuk membeli kereta model Perodua Axia 1.0 (A) secara tunai. Modal kerjasama bermula daripada RM35K.

Kereta-kereta yang dibeli kemudiannya disewakan di beberapa cawangan Green Matrix seluruh Malaysia. Sebagai pulangan, Green Matrix akan membayar balik modal berkenaan secara ansuran sebanyak RM750 x 84 bulan = RM63K.

Selepas 7 tahun kereta-kereta berkenaan akan dijual dan hasil jualan akan dibahagi sama rata di antara pemodal dan Green Matrix. Secara umumnya pemodal akan mendapat keuntungan di antara 11 – 13% setahun. Mereka juga akan dapat special price bila menggunakan servis Green Matrix.

Alhamdulillah kerjasama berkenaan berjaya mengumpul modal sebanyak RM2 juta dan Green Matrix sudah membeli 60 unit kereta. Sekarang projek berkenaan sudah berjalan selama 3 tahun dan pembayaran masih berterusan sampai sekarang.

Walau bagaimanapun kerjasama berkenan tidak lagi diteruskan memandangkan Green Matrix tidak bercadang untuk membeli kereta pada masa hadapan. Buat masa ini Green Matrix akan fokus kepada pembangunan sistem tempahan kereta sewa sahaja.

Apps Green Matrix (coming soon)

Tujuannya supaya Green Matrix akan menjadi One Stop Car Rental Platform di Malaysia. Maknanya apabila pelanggan ingin menyewa kereta, mereka hanya fikirkan tentang Green Matrix saja. Ianya bukan sesuatu yang mudah, tetapi ianya tidak mustahil, persoalannya bagaimana caranya?.

Ok untuk makluman anda, buat masa sekarang Green Matrix merupakan satu-satunya syarikat kereta sewa yang beroperasi di seluruh Malaysia. Dari Sabah, Sarawak sampai ke seluruh Semenanjung Malaysia, Green Matrix mempunyai 22 cawangan di seluruh Malaysia.

Lokasi Green Matrix di Malaysia

Selain itu Green Matrix merupakan satu-satunya syarikat kereta sewa yang mempunyai reputasi terbaik di Malaysia. Kami mempunyai lebih 100 video testimonial dan review daripada pelanggan-pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Jadi dengan liputan perkhidmatan yang luas dan jaminan perkhidmatan yang berkualiti, saya yakin Green Matrix pasti akan menjadi pilihan utama pelanggan untuk perkhidmatan kereta sewa di Malaysia. Cuma kalau Green Matrix ada modal tambahan, ianya merupakan kelebihan kepada syarikat.

Green Matrix masih boleh mengembangkan perniagaan dengan pendapatan sedia ada. Cuma proses tu mungkin ambil masa dan perlahan. Kalau ada modal tambahan, Green Matrix boleh berkembang dengan lebih pantas.

BERAPA PENDAPATAN GREEN MATRIX?

Green Matrix bermula sejak tahun 2006, tanpa pendaftaran entiti perniagaan. Bermula dengan apa ang ada, kemudian Green Matrix berkembang sedikit demi sedikit. Pada tahun 2008 Green Matrix Enterprise (28/2008)  di daftarkan.

Green Matrix terus menggunakan entiti perniagaan untuk menjalankan perniagaan kereta sewa. Pada 27 September 2011, Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (961710U) di daftarkan. Bermula tahun 2012, barulah pendapatan Green Matrix direkodkan dengan teratur.

Berikut merupakan rekod pendapatan Green Matrix sejak tahun 2012 hingga 2017. Secara umumnya Green Matrix merupakan syarikat yang sedang berkembang. Cuma bermula pada tahun 2015 pendapatan Green Matrix boleh dikatakan stagnant.

  • 2012 = RM1,046,592
  • 2013 = RM1,786,071
  • 2014 = RM4,036,221
  • 2015 = RM5,004,523
  • 2016 = RM4,953,562
  • 2017 = RM5,553,688

Pada tahun 2018, Green Matrix mensasarkan pendapatan sebanyak RM10.5 juta. Untuk mencapai sasaran berkenaan, Green Matrix perlu menaik taraf sistem sedia ada supaya dapat menerima lebih banyak tempahan.

BERAPA MODAL YANG DIPERLUKAN?

Secara keseluruhannya Green Matrix memerlukan suntikan modal sebanyak RM1,000,000. Ia merangkumi keseluruhan kos naik taraf sistem sedia ada. Saya tahu ramai sahabat-sahabat saya yang tidak ada modal sebanyak itu. Jadi saya pecahkan modal berkenaan kepada 40 bahagian. 1 bahagian = RM25,000.

KALAU SAYA BAGI MODAL APA SAYA DAPAT?

  • Keuntungan 12.16% Setahun.

Sahabat-sahabat saya ni sebenarnya banyak duit, cuma tidak tahu nak melabur di mana. Jadi kalau anda ada RM25,000 anda boleh melabur dengan Green Matrix. Dengan modal sebanyak itu anda akan mendapat bayaran (selepas ini disebut bayaran sewa) sebanyak RM670 x 60 bulan. = RM40,200.

Keuntungan keseluruhan dalam masa 5 tahun adalah sebanyak RM40,200 – RM25,000 = RM15,200. Jadi pulangan pelaburan adalah sebanyak (RM15,200 / RM25,000) x 100 = 60.8%. Purata pulangan pelaburan adalah sebanyak 60.8% / 5 tahun = 12.16% setahun.

Pulangan pelaburan berkenaan boleh dikira masuk akal di mana ianya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Apa yang penting pelabur dapat pulangan yang setimpal dan Green Matrix dapat mengembangkan perniagaannya.

  • Diskaun 20% Kereta Sewa Green Matrix.

Bagi pelabur yang suka travel, anda layak mendapat diskaun sehingga 20% untuk perkhidmatan kereta sewa di semua cawangan Green Matrix di seluruh Malaysia. Diskaun ini adalah harga agen yang kami berikan kepada agen-agen tertentu sahaja termasuk pelabur Green Matrix.

  • Coaching Perniagaan dan Hartanah Percuma (Online)

Bagi pelabur yang berminat untuk memulakan/mengembangkan perniagaan atau mahu mendapatkan khidmat nasihat tentang strategi pelaburan hartanah daripada Tuan Wahi Abd Rashid, anda boleh berkomunikasi terus dengan beliau.

Tuan Wahi Abd Rashid merupakan anak didik Dr Azizan Osman dan merupakan peserta Titanium Circle. Beliau sudah 2 kali dijemput sebagai hot seat di dalam program Dr Azizan Osman. Beliau berpengalaman luas dalam perniagaan dan juga pelaburan hartanah.

Anda boleh belajar daripada pengalaman beliau. Para pelabur akan dimasukkan dalam facebook group khas di mana anda boleh belajar melalui rakaman video dan live coaching bersama beliau.

  • Pahala Berterusan

Sebagai pelabur, anda telah membantu Green Matrix untuk berkembang. Secara tidak langsung anda telah membantu ramai licensee yang bernaung di bawah Green Matrix mencari rezeki yang halal. Untuk makluman anda kebanyakan licensee Green Matrix adalah orang biasa yang menghadapi masalah kewangan.

Mereka ini samada tersilap dalam pengurusan kewangan atau kehilangan pekerjaan. Melalui modal yang disalurkan oleh anda, Green Matrix pasti akan berkembang dan manfaatnya dapat dikongsi oleh ramai licensee Green Matrix.

Licensee yang berjaya mengubah hidup mereka, dilatih pula mereka untuk membantu orang lain. Insya Allah dengan modal anda ini anda telah membantu ramai orang. Selain itu anda juga membantu pelanggan-pelanggan Green Matrix.

Seperti anda sedia maklum, Green Matrix bukan sekadar menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Green Matrix sebenarnya memberikan kegembiraan kepada pelanggan-pelanggan kami. Caranya adalah dengan menyediakan kereta yang bersih dan selamat kepada mereka. Pelanggan gembira anda juga dapat pahala.

APAKAH PELABURAN INI PATUH SYARIAH?

Green Matrix sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada beberapa orang pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia tentang pematuhan syariah untuk kerjasama ini. Mereka menasihatkan supaya modal ini digunakan untuk membangunkan sistem tempahan kereta sewa seperti yang dinyatakan oleh Green Matrix.

Sistem berkenaan merangkumi naik taraf laman web dan pembangunan apps untuk memproses tempahan kereta sewa untuk Green Matrix. Setiap tempahan Green Matrix akan mendapat komisen di antara 5% hingga 20%.

Green Matrix juga akan menjana pendapatan daripada yuran keahlian pelanggan-pelanggannya. Anggaran pendapatan yuran keahlian pelanggan adalah sebanyak RM500,000 setahun. Untuk makluman, Green Matrix mempunyai lebih 15,000 pelanggan dan jumlahnya akan bertambah dari masa ke semasa.

Sistem sedia ada akan dijual sepenuhnya kepada pemodal dan modal tambahan akan digunakan untuk menambah baik sistem berkenaan. Seterusnya Green Matrix akan membayar sewa menggunakan konsep Al-Ijarah Thumma al-Bai’i (sewa kemudian beli). Green Matrix akan membayar sewa sebanyak RM670 sebulan bagi setiap pelabur yang menyumbang modal sebanyak RM25,000.

Pemodal juga perlu dimaklumkan bahawa kerjasama ini ada risiko untuk rugi di mana sistem yang dibangunkan berkemungkinan tidak mendapat sambutan. Sungguhpun begitu pihak Green Matrix akan berusaha sedaya upaya supaya kerjasama ini berjaya.

Sekiranya kerjasama ini gagal, Green Matrix akan mengantikan modal pelabur melalui pemberian saham Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd setara nilainya dengan pulangan pelaburan yang sepatutnya diterima oleh pemodal.

PELABURAN INI ADA PERJANJIAN?

Ya pelaburan ini ada perjanjian dan akan dimatikan setem.

PELABURAN INI ADA KUOTA?

Ya pelaburan ini ada kuota untuk 40 bahagian atau orang sahaja. Satu bahagian RM25,000. Pendaftaran akan ditutup pada bila-bila masa apabila kuota cukup.

BILA BAYARAN AKAN DIBUAT?

Pembayaran akan dibuat pada setiap 15 hb setiap bulan. Sekiranya tarikh berkenaan jatuh pada cuti umum, maka pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja seterusnya atau selewat-lewatnya 3 hari bekerja.

KALAU SAYA ADA SOALAN BAGAIMANA?

Jemput join group telegram ni ==> GROUP TELEGRAM

KALAU SAYA NAK jOIN MACAMANA?

Langkah 1

Bank in RM25,000 ke dalam akaun Maybank : 511065546972 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (email : payment@greenmatrix.com.my)

Langkah 2

Isikan borang ini.

Langkah 3

Anda akan dihubungi melalui email dalam tempoh 24 jam. Sila semak spam folder email anda kalau sekiranya anda tidak mendapat apa-apa maklum balas dalam tempoh tersebut.

Analytic Code