Wahi Abd Rashid

Kereta Sewa Dan Pandu

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Picture9

PENGENALAN

Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (961710-U) (KPK/LN7944) merupakan syarikat yang didaftarkan pada 27 September 2011. Bermula secara kecil-kecilan dari tahun 2006 perniagaan ini mula berkembang sedikit demi sedikit.

Picture11

Lesen perniagaan dan pelancongan

Pada hari ini Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (juga dikenali Green Matrix Car Rental) mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia dan mengendalikan lebih 1,000 unit kereta sewa pelbagai model.

Picture1

Green Matrix Car Rental juga merupakan salah satu syarikat tempatan yang berjaya menjadi pembekal rasmi kereta sewa untuk syarikat penerbangan seperti Air Asia dan agensi pengembaraan online terbesar di dunia iaitu Expedia.

Capture

Pembekal kereta sewa untuk Air Asia

Capture2

Pembekal kereta sewa untuk Expedia

Green Matrix Car Rental juga telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat tempahan kereta sewa luar negara seperti, Etrawler Ltd,  Nova Rentacar Reservations Ltd dari Ireland, Car Rental Republic dari New ZealandDriveSg Pte Ltd dan Easibook Pte Ltd dari Singapura.

Picture7

Kerjasama dengan syarikat luar negara

Hasil kerjasama berkenaan telah meningkatkan tempahan kereta sewa di cawangan Green Matrix Car Rental di seluruh Malaysia. Green Matrix Car Rental juga mempunyai lebih 10,000 rangkaian pelanggan sedia ada yang terdiri daripada syarikat korporat, hotel, agensi pelancongan dan orang perseorangan.

Bintulu

Bersama salah seorang pelanggan selebriti Dato Fazley Yaakob

Bagi memastikan Green Matrix Car Rental sentiasa dapat membekalkan tempahan kereta sewa yang semakin meningkat, maka pihak syarikat bercadang untuk menambah bilangan kereta sedia dengan kereta baru.

Salah satu kereta Perodua Myvi (A) yang dibeli hasil kerjasama

Green Matrix Car Rental amat berbesar hati kerana menerima banyak tawaran kerjasama daripada individu dan syarikat yang berminat untuk menyuntik modal terutamanya dari segi kewangan. Justeru kertas kerja ini disediakan untuk menerangkan tentang bentuk kerjasama yang boleh disertai oleh pihak yang berminat.

Picture13

Pecahan tempahan kereta sewa mengikut model
Model paling mendapat permintaan Perodua Viva 1.0 (A) / Axia (A)

MODEL KERETA YANG DIPERLUKAN

Model kereta yang diperlukan buat masa ini adalah jenis Perodua Axia 1.0 (A)Kenderaan berkenaan mestilah didaftarkan di atas nama syarikat Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd supaya ia dapat disewa secara sah dan mengikut undang-undangHarga di atas jalan untuk pendaftaran di atas nama syarikat bermula dari RM36,903.

Capture

Sebutharga Perodua Axia 1.0 (A) untuk Syarikat

BAGAIMANA BENTUK KERJASAMA?

  1. Modal kerjasama adalah sebanyak RM36,903 untuk pembelian kereta model Perodua Axia 1.0 (A).
  2. Pembelian kenderaan mesti di atas nama Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd.
  3. Pihak syarikat akan membayar ansuran bulanan kepada Rakan Kerjasama sebanyak RM750 x 84 bulan (7 tahun).
  4. Selepas tamat perjanjian, kereta perlu dijual dan hasil jualan dibahagi sama rata antara Rakan Kerjasama dan Syarikat (50/50).

Penerimaan 2 unit Perodua Alza & Myvi

BERAPA ANDA AKAN DAPAT?

Secara umumnya terdapat 2 pendapatan yang rakan kerjasama akan dapat iaitu.

1. Ansuran Bulanan

Pihak syarikat akan membayar ansuran bulanan sebanyak RM750 x 84 bulan (7 tahun). Jumlah ansuran bulanan yang akan diterima adalah RM750 x 84 = RM63,000.

2. Hasil jualan kereta (selepas 7 tahun)

Hasil jualan kereta adalah tidak tetap. Ianya bergantung kepada keadaan kereta, lokasi dan harga pasaran. Secara purata harga kereta akan susut dalam 10% setiap tahun. Justeru selepas 7 tahun, harga kereta dianggarkan akan susut kepada 70% (RM36,903 – 70% = RM11,070.09). Hasil jualan akan dibahagi sama rata di mana setiap pihak dianggarkan akan mendapat RM5,535.45.

Penerimaan 1 unit Perodua Axia 1.0 (A)

BERAPA PULANGAN PELABURAN? 

Secara keseluruhan rakan kerjasama dianggarkan akan mendapat RM63,000 + RM5,535.45 = RM68,535.45. Jadi pulangan pelaburan dianggarkan sebanyak [(RM68,535.45 – RM36,903)/RM36903] x 100% = 85.72%.

Secara purata anggaran pulangan pelaburan setahun adalah 85.72% / 7 tahun = 12.24%. Pengiraan ini adalah anggaran sahaja, kadar keuntungan mungkin berubah bergantung kepada harga jualan kenderaan apabila kontrak perjanjian tamat. Tiada jaminan keuntungan tetap ditawarkan.

Keadaan kereta selepas 8 bulan di beli

BAGAIMANA SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN ATAU KEHILANGAN?

Sekiranya berlaku kemalangan pihak syarikat akan membuat tuntutan daripada pihak insuran. Sekiranya kemalangan melibat kerosakan kecil dan boleh diperbaiki, pihak syarikat akan membayar ansuran bulanan seperti biasa kepada rakan kerjasama.

Sekiranya kemalangan melibat kerosakan keseluruhan dan tidak boleh diperbaiki (total lost), maka ansuran bulanan tidak akan dibayar bermula dari tarikh kemalangan. Pihak syarikat akan membuat tuntutan insuran dan salinan laporan polis akan diberikan kepada rakan kerjasama. Segala pampasan yang diterima akan diserahkan sepenuhnya kepada rakan kerjasama.

Sekiranya berlaku kehilangan yang tidak disengajakan, pihak syarikat akan membuat tuntutan daripada pihak insuran. Ansuran bulanan tidak akan dibayar bermula dari tarikh kehilangan. Salinan laporan polis akan diberikan kepada rakan kerjasama. Segala pampasan yang diterima akan diserahkan sepenuhnya kepada rakan kerjasama.

Pejabat Green Matrix Car Rental di Sepang (KLIA).

BAGAIMANA SEKIRANYA KUTIPAN SEWA TIDAK MENCUKUPI?

Pengiraan bayaran ansuran adalah berdasarkan penyewaaan selama 7 hari dalam sebulan. Kadar penyewaan biasa akan turun dan naik setiap bulan. Memandangkan kereta sewa yang dibeli akan disertakan sekali dengan permit kereta sewa & pandu, maka pihak syarikat boleh melakukan pemasaran sepenuhnya tanpa sebarang masalah. Berdasarkan pengalaman syarikat, amaun berkenaan adalah logik dan mampu dibayar walaupun ketika permintaan menurun.

ADAKAH KERJASAMA INI PATUH SYARIAH?

Green Matrix Car Rental tidak mempunyai panel syariah yang rasmi. Walau bagaimanapun pulangan yang dinyatakan bukanlah keuntungan tetap. Bayaran ansuran bulanan adalah sewaan yang dibayar oleh Green Matrix Car Rental kepada rakan kerjasama. Pulangan harga jualan kereta pula adalah anggaran sahaja. Ia mungkin berubah mengikut keadaan kereta dan harga pasaran. Tiada pulangan keuntungan tetap dijanjikan di dalam kerjasama ini. Apa yang penting kedua-dua pihak mendapat manfaat di dalam kerjasama ini. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif tentang perkara ini sebelum bekerjasama.

ADAKAH SALAH MENGAMBIL DEPOSIT TANPA KEBENARAN?

Pihak syarikat sudah menghubungi pihak Bank Negara Malaysia. Berdasarkan maklum balas yang diterima, setakat ini bukan tugas Bank Negara Malaysia yang menentukan sesuatu pelaburan atau kerjasama itu salah atau betul. Setiap pelaburan atau kerjasama adalah terpulang kepada keputusan setiap individu.

Pihak Bank Negara Malaysia hanya akan membuat siasatan setelah menerima laporan polis daripada mana-mana individu yang merasa tertipu. Sekiranya didapati terbukti adanya unsur-unsur penipuan (kegagalan pihak syarikat membayar pulangan seperti yang dijanjikan), maka pihak Bank Negara Malaysia boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.

Untuk makluman, kerjasama ini bukan skim piramid di mana anda perlu mencari ahli untuk melabur. Tiada komisen akan dibayar sekiranya anda berjaya mencari ahli baru. Keputusan adalah tanggungjawab anda sendiri dan tiada paksaan untuk turut serta. Modal yang diberikan akan digunakan untuk pembelian kereta seperti dinyatakan di atas. Proses pembelian akan dimaklumkan kepada anda menerusi support group yang disediakan melalui aplikasi telegram.

Picture18

Laman web syarikat yang lengkap dengan sistem tempahan kereta sewa online yang menelan kos pembinaan lebih RM30K

MENGAPA PIHAK SYARIKAT TIDAK MEMBUAT PINJAMAN BANK? 

Pihak syarikat akan membuat pinjaman bank seperti biasa. Kerjasama ini dibuka untuk memberi peluang kepada anda untuk turut sama terlibat dan berkongsi keuntungan di dalam perniagaan kereta sewa.

Picture17

Bilangan pelawat ke laman web syarikat pada tahun 2016. Secara purata sebanyak 12,080 pelanggan melawat laman web syarikat setiap bulan. 

SAYA TIDAK ADA BANYAK MODAL?

Kerjasama ini khusus untuk individu, syarikat atau koperasi yang mempunyai modal sahaja. Sekiranya anda kekurangan modal, tidak perlu risau anda boleh sertainya apabila mempunyai modal yang mencukupi.

APA RISIKO KERJASAMA INI?

Pihak syarikat telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meminimakan risiko perniagaan ini. Antara risiko yang perlu dihadapi adalah kemalangan dan kehilangan kereta akibat perbuatan jenayah.

Bagi mengurangkan risiko seperti yang dinyatakan, pihak syarikat hanya akan menyewakan kereta kepada pelanggan yang berkualiti seperti syarikat korporat dan pelanggan yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan (mesti mempunyai pekerjaan).

Selain itu, pihak syarikat akan membeli perlindungan insuran komprehensif yang melindungi aset (kereta) dan juga pelanggan terhadap musibah seperti kemalangan dan kecurian. Secara umumnya kerjasama ini dilindungi oleh insuran sepenuhnya.

APA LAGI SAYA PERLU TAHU?

Setelah rakan kerjasama bersetuju untuk bekerjasama dan membuat bayaran. Rakan kerjasama akan dimasukkan di dalam satu group khas telegram. Pihak syarikat akan memaklumkan sebarang maklumat terkini tentang pembelian kereta di dalam group berkenaan.

Bayaran ansuran bermula 30 hari selepas kereta diterima oleh pihak syarikat. Sebagai contoh rakan kerjasama menyumbang modal pada 1 April. Pihak syarikat akan terus menempah kereta berkenaan. Sekiranya pihak syarikat menerima kereta pada 15 April, maka bayaran ansuran akan bermula pada 15 Mei.

Pihak syarikat akan membuat bayaran pada setiap 20 hb atau selewat-lewatnya selepas 3 hari bekerja. Justeru rakan kerjasama akan menerima bayaran ansuran bulanan pertama pada 20 mei atau selewat-lewatnya 23 Mei.

BAGAIMANA SEKIRANYA SAYA MAHU TARIK DIRI LEBIH AWAL?

Sekiranya rakan kerjasama ingin menarik diri lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui, maka mereka hendaklah menghantar notis secara bertulis dalam tempoh 30 hari kepada pihak syarikat. Kenderaan berkenaan akan dijual mengikut harga pasaran dan hasil jualan akan diserahkan kepada rakan kerjasama. Penalti sebanyak 15% setahun akan dikenakan daripada harga jualan kenderaan kepada kerjasama kerana pecah kontrak kerjasama. rakan kerjasama tidak akan mendapat apa-apa bayaran hasil jualan kereta sekiranya kontrak kerjasama dibatalkan pada bulan ke 73 hingga 83.

APA LAGI SAYA BOLEH DAPAT?

  1. Rakan kerjasama akan mendapat keahlian seumur hidup Group Coaching untuk 2 orang (Rakan Kongsi/Pasangan) dari Tuan Wahi Abd Rashid bernilai RM2,000 secara Percuma.
  2. Rakan kerjasama layak mendapat Diskaun sehingga RM100 untuk tempahan kereta sewa di cawangan Green Matrix Car Rental di Seluruh Malaysia.

PERJANJIAN KERJASAMA SAH?

Perjanjian kerjasama akan dimatikan setem di lembaga hasil dalam negeri. Anda boleh menggunakan perjanjian kerjasama untuk membuktikan bahawa anda mempunyai pendapatan tambahan.

BERAPA BANYAK KERETA SUDAH DIBELI?

Setakat ini syarikat telah membuat pembelian untuk 2 fasa.

Fasa 1 : 2015 = RM306,000.00
Fasa 2 : 2016 = RM577,952.25

Jumlah Modal = RM883,952.25

Bilangan kereta yang telah dibeli adalah sebanyak 24 unit.

SAYA BERMINAT, BAGAIMANA UNTUK SERTAI?

Langkah 1

Sila buat bayaran sebanyak RM36,903 kepada Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd). Email kepada wahi@greenmatrixcarrental.com.

Langkah 2

Isikan borang berikut

Langkah 3

Sila muat turun Perjanjian Kerjasama dan email kembali kepada wahi@greenmatrixcarrental.com. Perjanjian kerjasama hanya akan bermula setelah syarikat menerima kereta. Seterusnya jemput masuk ke support group telegram ini Group Telegram untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

32 Thoughts on “Kereta Sewa Dan Pandu

  1. Anonymous on July 22, 2015 at 8:34 pm said:

    Selagi post INI wujud,maka masih dibuka

  2. Contohnya begini, tuan beli kereta, kemudian tuan sewakan kepada saya. Bayaran sewa adalah tetap, Konsep ini adalah sama, rakan kerjasama keluarkan modal, walaupun kereta dibeli atas nama syarikat (untuk keperluan permit dan sewa) syarikat menyewa daripada rakan kerjasama. Bayaran sewa adalah tetap. Selepas 5 tahun, kereta boleh dijual dan hasil jualan dibahagikan seperti yang telah dipersetujui.

  3. Wasalam

    Syarikat tidak menerima kereta atas nama persendirian. Bayaran bulanan bukan keuntungan. Ianya seperti tuan menyewa kereta berkenaan kepada syarikat saya. Bayaran sewa adalah tetap setiap bulan. Cuma kereta dibeli atas nama syarikat saya untuk insuran dan permit kereta sewa dan pandu.

  4. Anonymous on May 1, 2016 at 2:13 pm said:

    assalam tuan…kalau saya nak pajak kan kereta sy boleh ke? Vios 2014 3rd model (G grade)
    018-3165503 tq

  5. Anonymous on June 4, 2016 at 7:12 am said:

    Adakah program JV ini masih ada?

  6. adha on June 16, 2016 at 3:59 am said:

    salam tuan.. untuk perodua alza mcm mana?

  7. BRYAN SIDHU on June 29, 2016 at 2:20 pm said:

    Hi jadi rakan kongsi dan nak buka cawangan green matrix

  8. Faiz Razali on July 4, 2016 at 11:44 pm said:

    kalau saya boleh providekan kereta axia tue.. macam mana boleh ka

  9. Anonymous on July 9, 2016 at 1:37 pm said:

    Assalamualaikum..masih kurang faham..untukjoin memang kena stand by rm35 ribu ke

  10. faizal on July 11, 2016 at 10:02 am said:

    salam tuan..tuan ada ke memberikan khidmat sewa kereta untuk Uber..maksudnye sy ingin menyewa kereta tuan untuk perkhidmatan Uber….watsup sy 01121987583

    • Boleh buat uber, tetapi saya cadangkan ianya berdasarkan profit sharing 50/50 daripada pendapatan uber. Ikut pengalaman kalau bayaran fix pemilik kereta rugi sebab kereta heavy use.

  11. Ahmad Rahman on July 12, 2016 at 3:53 pm said:

    Saya berminat untuk menyewakan Toyota Estima (baru) kepada Green Matrix. Ada kerjasama yang boleh kita manfaatkan bersama? Terima kasih.

    • Salam tuan, buat masa ini kami tidak terima kereta atas nama personal.

      • Ahmad Rahman on July 21, 2016 at 9:33 am said:

        Baik, kiranya saya bekerjasama dgn sumbangan modal untuk membeli kereta Toyota Estima tersebut dibawah nama Green Matrix, saya faham yg saya mendapat benefit 20% diskaun untuk kereta Green Matrix yg lain. Tetapi untuk kereta Toyota Estima yg dibeli ‘bersama’, adakah saya mendapat kelebihan untuk menggunakan kereta tersebut percuma, selama 10 hari setahun (sbg contoh)? Terima kasih.

  12. Anna on July 17, 2016 at 5:50 am said:

    Tuan sy berminat utk berbincang, sy ada kereta grand livina dan rasa ianya agak membebankan dan berminat utk jual kereta tersebut bg mendapatkan kereta yg lebih murah dan nk join program tuan.

  13. Hasmadi on July 21, 2016 at 9:53 pm said:

    Assalam, saya berminat…bagaimana nak mendapat maklumat dan perbincangan lanjut mengenai kerjasama ni?

  14. Rizal Abdullah on July 27, 2016 at 4:15 pm said:

    Assalamualaikum,

    Program ni masih berjalan?

  15. maknanya tuan kereta atas nama persendirian tidak boleh di JV kan,betul ke?

  16. Assalam tuan wahi..sekiranya kerjasama dipersetujui..kereta yg dibeli akan diletakkan dicawangan mana? Adakah boleh rakan kerjasama boleh menetapkan kereta hendak lah di hantar cawangan dilangkawi sebagai contoh..tk

  17. Syarzril on October 17, 2016 at 5:34 pm said:

    As salam Tuan Wahi,

    Bagaimana proses untuk menjadi Rakan Kerjasama dan berapakah modal diperlukan?

  18. Muhammad Zulhusni Mustapha on October 21, 2016 at 5:00 pm said:

    salam. saya sgt berminat. cuma musykil adakah saya kene ada cash 35k? atau sya apply loan on behalf encik punya company?

  19. Anonymous on December 16, 2016 at 2:58 pm said:

    Assalamualaikum. Saya berminat untuk sertai. Tetapi ingin bertemu tuan wahi dan berjumpa secara berdepan.

    Harap tuan wahi tidak keberatan.

  20. mrs jvc on January 25, 2017 at 10:05 am said:

    As slam En Wahi,saya dalam proses hendak membeli kereta melalui pinjaman bank(bukan cash) dan ternampak konsep tuan.bagaimana untuk terus jadi rakan kerjasama.

  21. Salam Tuan Wahi, bagaimana pula jika sy dah ada kereta produa axia. boleh ke sy pajak pd tuan?

Leave a Reply

Analytic Code
%d bloggers like this: