Wahi Abd Rashid

KELAS BISNES KERETA SEWA

Salam pos ini saya tulis sebab selalu terima mesej daripada sahabat-sahabat yang mahu berjumpa dengan saya untuk belajar hal-hal berkaitan bisnes kereta sewa.

Siapa Saya?

Sebelum itu bagi yang belum mengenali, saya merupakan pengasas Green Matrix di mana syarikat saya menyediakan perkhidmatan kereta sewa di seluruh Malaysia. Alhamdulillah kami juga sudah berjaya mengembangkan perniagaan ke Brunei, Indonesia, Thailand dan juga Vietnam.

Lokasi Green Matrix

Syarikat saya juga tersenarai sebagai salah satu pembekal kereta sewa untuk Air Asia setanding dengan syarikat kereta sewa ternama yang lain seperti Hertz, Avis, Europcar, Hawk dan lain-lain.

Green Matrix pembekal kereta sewa untuk Air Asia

Sebelum ini saya ni orang biasa saja, saya pernah bekerja sebagai tutor di sebuah universiti di Sarawak. Akibat selalu kesempitan wang, maka saya memulakan bisnes kereta sewa secara sambilan pada tahun 2006.

Dengan modal RM3,000 saya membeli 2 buah kereta terpakai dan mula menyewakan kereta kepada pelajar-pelajar tempat saya bekerja. Alhamdulillah perniagaan saya mendapat sambutan.

Daripada 2 buah kereta, saya mula menambah kereta sedikit demi sedikit. Pada tahun 2010 saya sudah mempunyai 70 buah kereta sewa. Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari universiti pada tahun 2011 kerana ingin fokus kepada bisnes kereta sewa yang saya jalankan.

Sebaik berhenti kerja saya mula membina sistem perniagaan kereta sewa saya sendiri. Daripada sistem berkenaan saya mula mengembangkan perniagaan ke seluruh Malaysia melalui sistem licensing.

Sistem licensing bermakna sesiapa yang hendak memulakan bisnes kereta sewa boleh menggunakan jenama dan sistem perniagaan yang saya sudah bangunkan. Syarikat saya akan mengambil sedikit bayaran untuk menampung kos operasi.

Bagi memastikan syarikat saya terus berkembang, maka saya lebih banyak memberi latihan kepada licensee di bawah syarikat saya. Namun ada juga pengusaha kereta sewa atau mereka yang baru ingin memulakan bisnes kereta sewa ingin belajar daripada saya.

Jadi saya wujudkan program ini untuk berkongsi ilmu yang saya ada. Cuma program ini saya akan buat pada setiap hari Sabtu (kalau ada permintaan kekosongan masa). Program ini terhad 4 orang sahaja untuk setiap sesi.

Berapa Yuran Program Ni?

RM1,000 untuk 2 orang.

Bila Program Ini Akan Dibuat?

Program ini akan dibuat setiap hari Sabtu (kalau ada permintaan).

Masa : 0900 – 1800

Lokasi : Pejabat Green Matrix, Tingkat 1 Jalan Gemilang 1, Pusat Perniagaan Gemilang, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.

Sekiranya ada perubahan, peserta akan dimaklumkan kemudian.

Apa Yang Diajar?

Saya akan berkongsi pengalaman bagaimana saya membangunkan bisnes kereta sewa selama 12 tahun. Peserta boleh bertanya sebarang soalan berkenaan perniagaan kereta sewa sepanjang program.

Apa Lagi Peserta Dapat?

Peserta akan dimasukkan dalam group support telegram khas dan boleh bertanya sebarang soalan selepas program tamat. Keahlian selama 12 bulan.

Tarikh Tutup Pendaftaran

25 Oktober 2018 11:59 malam

Bagaimana Nak Daftar?

Langkah 1

Buat bayaran RM1,000 ke Maybank : Green Matrix Services (511065549827) email : info@wahiabdrashid.com

Langkah 2

Isi borang berikut

Langkah 3

Anda akan dihubungi dalam masa 48 jam untuk pengesahan tarikh. Sekiranya kuota pendaftaran penuh pada sesi yang anda minta, sesi anda akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Analytic Code