Wahi Abd Rashid

PROJEK GUEST HOUSE

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Guest house pertama yang akan dibeli di Cyber City, Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum dan salam hormat, ok artikel ni saya tulis untuk terangkan tentang projek guest house yang sedang saya usahakan. Idea asal untuk projek guest house ni timbul semasa saya bercuti ke Langkawi.

Ceritanya macam ni, masa bercuti di Langkawi, saya ada survey tapak untuk setup cawangan Green Matrix Car Rental di sana. Saya cadang nak cari tanah atau kawasan rumah yang boleh parking stok-stok kereta sewa saya di sana.

Survey punya survey, saya terjumpa sebuah chalet yang nak dijual pada harga RM500K. Chalet tu ada 8 bilik tidur dan fully furnished. Pemiliknya tinggal jauh dan mungkin tiada masa untuk urus, jadi dia ambil keputusan untuk jual saja chalet tu.

Chalet di Langkawi yang mahu dijual dengan harga RM500K.

Chalet macam rumah taman kecil, tapi boleh la kalau nak buat tidur, kalau nak bercuti di Langkawi memang boleh sangat. Saya pun saja-saja la tanya kawan-kawan dalam group ada tak yang nak share beli chalet tu. RM500K / 8 bilik = RM62,500 sebilik.

Masa tu ideanya, siapa yang bagi modal, mereka akan dapat duduk free di chalet tu (kalau datang langkawi la). Kalau mereka tak duduk chalet tu, syarikat saya akan sewakan dan hasil kutipan sewa akan dibahagikan ikut peratusan tertentu.

Tak sangka ada juga beberapa orang yang mesej dan berminat nak share beli chalet tu. Walau bagaimanapun bilangan yang beminat tak cukup, jadi chalet tu memang saya tak jadi beli.

Dari situ saya rasa idea pembelian hartanah melalui konsep sharing, mungkin satu idea yang bagus. Cuma ianya mesti diperkemaskan lagi supaya hak setiap rakan kongsi terjamin dan tiada unsur penipuan.

Syarikat saya pula memang ada planning nak ada guest house di seluruh Malaysia. Pelanggan yang menyewa kereta, boleh la kami tawarkan pakej penginapan di guest house syarikat. Duit kereta sewa dapat, duit guest house pun dapat.

Masalah sekarang syarikat saya tak ada pengalaman dalam pengurusan guest house. Kalau pasal bisnes kereta sewa Insya Allah tak ada masalah. Jadi saya perlukan rakan kongsi yang berpengalaman dalam pengurusan guest house.

Dalam masa yang sama, saya dah lama dok perhati sahabat saya Tuan Mazhair Muhasip menguruskan beberapa hartanah pelanggannya di Kota Kinabalu. Beliau ni memang pakar dalam pengurusan rumah sewa dan guest house.

Bersama tuan Mazhair Muhasip untuk meeting projek guest house.

Buat masa sekarang, beliau sedang menguruskan lebih 50 buah hartanah melalui syarikatnya iaitu Elty Holding Sdn Bhd. Lepas saya share idea tentang guest house di Langkawi, beliau rasa sangat teruja dan berminat untuk bekerjasama.

Tak lama selepas tu kami pun tubuhkan sebuah syarikat kerjasama iaitu Gmstay Sdn Bhd. Gmstay Sdn Bhd ni akan fokus untuk pembelian hartanah di beberapa lokasi strategik di seluruh Malaysia.

Perakuan Pendaftaran Syarikat Gmstay Sdn Bhd

Hartanah-hartanah berkenaan akan dijadikan guest house. Gmstay Sdn Bhd akan menguruskan aspek pemasaran dan pengurusan guest house berkenaan. Cawangan saya pula akan bantu dari segi operasi (check in dan check out) pelanggan.

MANA NAK CARI MODAL?

Masalah seterusnya adalah modal. Mana saya nak cari modal? Kami perlukan modal yang agak besar untuk bermula. Fikir punya fikir kami ambil keputusan untuk jual 40% saham Gmstay Sdn Bhd.

Jumlah keseluruhan unit saham Gmstay Sdn Bhd yang ada adalah sebanyak 5,000 unit. Jadi kami akan menjual 2,000 unit saham (5,000 x 40% = 2,000 unit saham) kepada individu atau syarikat yang berminat.

Setiap unit saham akan dijual dengan nilai RM300. Minima pembelian adalah sebanyak 50 unit (RM300 x 50 unit = RM15K) di mana pembeli secara automatik memegang 1% saham Gmstay Sdn Bhd.

Pembeli boleh membeli lebih daripada 50 unit saham sekiranya ingin memiliki jumlah pegangan saham lebih tinggi. Secara keseluruhannya syarikat akan mengumpulkan modal sebanyak RM300 x 2,000 = RM600K.

Modal berkenaan akan digunakan untuk pembelian unit guest house secara tunai. Setelah proses tukar nama selesai, Pihak syarikat akan mencagarkan unit berkenaan kepada pihak bank untuk mendapatkan kembali modal.

Modal yang diperolehi kembali akan digunakan untuk membeli lagi unit-unit guest house yang lain secara berperingkat. Kutipan sewa daripada guest house berkenaan akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan untuk unit-unit yang dicagar kepada pihak bank.

Keuntungan daripada kutipan sewa akan dibahagikan kepada pemegang saham mengikut peratusan pegangan saham masing-masing. Pihak syarikat mensasarkan dalam tempoh 1 tahun, Gmstay Sdn Bhd akan mempunyai sekurang-kurang 10 guest house di lokasi strategik di seluruh Malaysia.

Insya Allah dengan Izin Allah dalam masa 5 tahun Gmstay Sdn Bhd mensasarkan akan memiliki lebih 50 guest house di seluruh Malaysia. Para pemegang saham pula akan berkongsi keuntungan daripada kutipan sewa setiap bulan dan menikmati peningkatan nilai saham dari masa ke semasa.

Dalam tempoh 5 tahun juga, nilai aset Gmstay Sdn Bhd dijangka akan meningkat lebih RM15 Juta (RM300K x 50 guest house = RM15 Juta). Pemegang saham boleh terus menjual pegangan saham untuk mendapatkan keuntungan segera, atau terus menjadi pemegang saham untuk menerima aliran tunai daripada keuntungan sewa setiap bulan.

OK APA FAEDAH KEPADA PEMEGANG SAHAM?

  1. Pemegang saham akan mendapat pendapatan bulanan (dibahagi mengikut nilai pegangan saham) daripada keuntungan kutipan sewa guest house yang dimiliki oleh Gmstay Sdn Bhd.
  2. Pemegang saham dapat tinggal secara percuma maksima 30 hari setahun di mana-mana guest house yang dimiliki oleh Gmstay Sdn Bhd.
  3. Pemegang saham akan mendapat 1 hari coaching perniagaan secara percuma daripada Tuan Wahi Abd Rashid bernilai RM2,000.
  4. Pemegang saham akan mendapat 1 hari coaching pelaburan hartanah secara percuma daripada Tuan Mazhair Muhasip benilai RM2,000.

APA LAGI PEMEGANG SAHAM DAPAT?

  1. Pemegang saham akan menjadi rakan kongsi dan belajar daripada usahawan yang sudah terbukti berjaya.
  2. Pemegang saham akan mempunyai perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak-anak.
  3. Pemegang saham layak mendapat diskaun 50% sewaan kereta di cawangan Green Matrix Car Rental seluruh Malaysia.

APA SYARAT-SYARAT PEMEGANG SAHAM?

  1. Pemegang saham adalah individu atau syarikat Sdn Bhd.
  2. Pemegang saham adalah warganegara Malaysia.
  3. Pemegang saham mesti berumur 18 tahun ke atas.
  4. Pemegang saham mempunyai pendapatan minima RM60K setahun.
  5. Pemegang saham bukan seorang bankrap.
  6. Pemegang saham tidak disenarai hitam dalam CTOS.

ADA KUOTA TAK?

Kuota penyertaan adalah terhad, maksimum pemegang saham adalah sebanyak 40 orang sahaja. Jumlahnya mungkin lebih kecil sekiranya ada pemegang saham membeli unit saham lebih banyak dari kuota yang ditetapkan. Tawaran ini akan ditutup pada bila-bila masa apabila kuota modal sudah cukup.

KALAU SAYA ADA SOALAN BAGAIMANA?

Jemput join group telegram ni ==> GMSTAY.COM

KALAU SAYA BERMINAT BAGAIMANA NAK JOIN?

Langkah 1

Buat bayaran minima RM15,000 melalui akaun berikut (RM15,000 = 1% saham) Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd). Pada ruangan description letakkan : Modal (untuk elak GST). Email : gmstaysb@gmail.com.

Langkah 2

Isikan borang pendaftaran berikut

GMSTAY SDN BHD
:
Sending

Langkah 3

Tunggu dalam tempoh 24 jam, anda akan dimasukkan di dalam group telegram khas untuk proses seterusnya.

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..
Analytic Code
%d bloggers like this: