GML300

GML300 adalah program licensing bisnes kereta sewa di bawah jenama Green Matrix dengan modal serendah RM300 sebulan. Licensing bisnes kereta sewa ini sama macam sistem francais. Green Matrix menggunakan sistem licensing kerana syaratnya tidak terlalu ketat dan kosnya lebih rendah berbanding sistem francais. Peserta yang mendaftar GML300 boleh menggunakan jenama Green Matrix untuk menjalankan bisnes kereta sewa. Yuran RM300 sebulan adalah untuk penggunaan jenama dan sokongan kepada peserta.

TESTIMINONIAL PESERTA

“Sangat berbaloi” – Zul Fikri Saad

“Banyak ilmu saya dapat” – Yussof Lakat

“Semakin jelas dengan bisnes ini” – Wahid Tik Yan

“Ilmu yang tak ternilai” – Nor Mimi Fameza Zailani

“Rugi sapa tak join” – Ali Zainal Abidin

“Sangat berbaloi” – Asrul Basri Azmi

“Banyak ilmu yang dapat” – Helmi Azman

KENAPA PERLU GUNAKAN JENAMA GREEN MATRIX?

Bisnes kereta sewa sebenarnya terlalu banyak persaingan, sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes kereta sewa. Satu-satu cara untuk menang dalam persaingan adalah membina jenama yang kuat. Pembinaan jenama memerlukan masa dan kos yang sangat tinggi.

Jadi daripada pengusaha kereta sewa kecil-kecilan buang masa dan duit membina jenama sendiri, lebih baik mereka bergabung dan bernaung di bawah jenama yang sudah kuat seperti Green Matrix. Mereka hanya perlu fokus buat duit sahaja. Kenapa mereka perlu menyertai Green Matrix?

  1. Syarikat sudah berpengalaman sejak 2006.
  2. Syarikat berdaftar dan ada lesen yang sah.
  3. Mempunyai jaringan perniagaan di Seluruh Malaysia dan Brunei.
  4. Mempunyai sistem perniagaan yang sudah terbukti berjaya.
  5. Sudah melahirkan jutawan kereta sewa.

PROGRAM GML300 INI UNTUK SIAPA

  1. Pengusaha kereta sewa yang sudah beroperasi tidak lebih 3 tahun.
  2. Pengusaha kereta sewa yang mempunyai kereta sewa tidak lebih 5 unit.
  3. Pengusaha kereta sewa yang ingin maju bersama Green Matrix.

PROGRAM GML300 TIDAK SESUAI UNTUK

  1. Pengusaha kereta sewa yang sudah ada lesen pelancongan.
  2. Pengusaha kereta sewa yang ingin bangunkan jenama sendiri.
  3. Pengusaha kereta sewa yang ingin goyang kaki dan tunggu tempahan masuk.

APA PESERTA PROGRAM GML300 DAPAT?

  1. Peserta boleh menggunakan jenama Green Matrix untuk pemasaran.
  2. Sistem perniagaan yang sudah terbukti berjaya.
  3. Bimbingan perniagaan dari Green Matrix sehingga berjaya.

SELEPAS DAFTAR APA PESERTA GML300 PERLU BUAT?

  1. Selepas mendaftar, peserta akan di masukkan dalam facebook group khas.
  2. Peserta perlu menonton video tutorial yang disediakan di dalam facebook group berkenaan.
  3. Peserta perlu membuat tugasan yang diberikan.
  4. Sekiranya ada pertanyaan, peserta boleh bertanya dalam group telegram yang disediakan.

APA SYARAT PENYERTAAN?

  1. Peserta mesti menggunakan nama dan gambar sebenar di media sosial untuk tujuan pemasaran.
  2. Peserta perlu sama-sama berusaha membuat pemasaran seperti yang dicadangkan oleh pihak Green Matrix.
  3. Setiap kutipan sewa yang diperolehi, mestilah dimasukkan terlebih dahulu di dalam akaun Green Matrix.
  4. Green Matrix akan menolak 15% caj perkhidmatan untuk menampung kos operasi dan cukai.
  5. Peserta perlu mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh Green Matrix.
  6. Peserta perlu membayar yuran bulanan RM300 pada setiap 25 hari bulan untuk penggunaan jenama.
  7. Sekiranya peserta ingin menarik diri, mereka perlu menulis surat rasmi kepada Green Matrix.
  8. Peserta yang sudah menarik diri tidak dibenarkan menggunakan jenama Green Matrix untuk apa-apa tujuan.
  9. Tiada wang akan dikembalikan sekiranya peserta ingin menarik diri.
  10. Green Matrix berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya peserta melanggar syarat program licensing.

BERAPA YURAN PENYERTAAN?

Yuran penyertaan adalah RM300 sebulan. Bayaran perlu dibuat pada setiap 25 hari bulan.

BERAPA LAMA TEMPOH PROGRAM INI?

Minima tempoh penyertaan adalah 12 bulan.

BAGAIMANA NAK DAFTAR?

Klik SINI.

Nota : Sekiranya anda tidak dapat mendaftar, kemungkinan pendaftaran GML300 sudah ditutup. Jemput sertai facebook group berikut untuk kami maklumkan sekiranya pendaftaran program dibuka kembali. Klik SINI untuk sertai facebook group.