Wahi Abd Rashid

GMIS

Terima kasih kerana berminat dengan program Green Matrix Independent Supplier (GMIS). Ramai yang bertanya program GMIS ni macamana? Untuk mudah faham, saya terangkan 3 masalah mereka yang baru atau sudah memulakan bisnes kereta sewa.

1. Tak ada kereta / Stok tak cukup

Bagi yang baru ingin bermula, kebanyakannya mempunyai masalah tiada kereta untuk disewakan. Bagi yang sudah menjalankan bisnes kereta sewa, kemungkinan mereka menghadapi masalah tak cukup kereta apabila permintaan terlalu tinggi. Macam saya dulu sampai satu peringkat memang tak boleh nak beli kereta lagi, sebab komitmen hutang dah tinggi. Nak ambil kereta dari kawan-kawan pengusaha kereta sewa lain pun bukan mudah, kualiti dan harga kadang-kadang tak sama. Silap hari bulan tak pasal-pasal kena maki dengan pelanggan sebab mereka dapat kereta tak seperti yang mereka harapkan.

2. Tak ada ilmu

Bisnes kereta sewa ni jarang sangat orang nak kongsi ilmu. Senang cerita mengajar orang jadi pesaing ni macam tabur pasir dalam periuk nasi sendiri. Bila anda buat bisnes dalam keadaan tiada ilmu, maka risiko sangat tinggi. Ramai pengusaha kereta sewa yang saya perhatikan akan gulung tikar selepas beberapa tahun berniaga. Saya sendiri hampir putus asa dengan bisnes kereta sewa, tetapi demi keluarga, saya teruskan juga sampai hari ini. Dari kesilapan-kesilapan yang saya lalui itu saya banyak belajar. Pada saya untuk belajar dalam apa saja bisnes, anda perlu mentor yang sudah berjaya dan bepengalaman dalam perniagaan itu. Realitinya tiada ilmu percuma dalam dunia ini. Samada anda bayar untuk dapatkan mentor terbaik atau langgar banyak dinding seperti saya dulu.

3. Tiada sistem

Mungkin anda sudah berjaya mengusahakan bisnes kereta sewa, masalah yang saya biasa jumpa adalah mereka tiada sistem yang betul. Akibatnya bisnes mereka tidak terurus dan mungkin terbantut. Ramai yang saya perhatikan Bertahun-tahun buat bisnes kereta sewa tapi tidak berkembang.

Keadaan sama yang berlaku kepada saya selepas beberapa tahun mengusahakan bisnes kereta sewa, masalah yang saya hadapi ketika itu adalah tempahan terlalu banyak. Apabila saya tiada sistem yang boleh memproses setiap tempahan dengan pantas dan mudah, hidup saya jadi stress. Saya tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga. Nak pergi belajar dan naik taraf perniagaan pun tiada masa.

Kalau saya tak fikirkan bagaimana nak sistemkan perniagaan saya pada masa itu, saya rasa sampai sekarang saya tidak akan berkembang.

BAGAIMANA PROGRAM GMIS SELESAIKAN MASALAH

Solusi 1 : Tak ada kereta / Stok tak cukup

Kalau anda tiada atau tak cukup stok kereta, anda tak perlu lagi bimbang kerana di dalam program GMIS konsepnya kita berniaga dalam satu pasukan. Kalau anda tiada kereta, anda boleh sewakan kereta peserta GMIS lain. Anda akan dapat sistem tempahan kereta sewa online yang Green Matrix sediakan, melalui sistem berkenaan anda boleh kongsikan tempahan kepada peserta GMIS yang lain. Sekiranya tempahan berkenaan berjaya, anda akan dapat komisen sebanyak 5%.

Sebagai contoh anda ada pelanggan, tapi anda tiada kereta, anda boleh tanya kepada peserta GMIS lain (ada group telegram khas) dan sekiranya ada peserta GMIS boleh bekalkan kereta kepada pelanggan anda, anda hanya perlu hantar butiran tempahan melalui email mereka (mesti melalui sistem tempahan Green Matrix). Anda akan mendapat komisen sebanyak 5%, pemilik kereta dapat 80% dan Green Matrix akan ambil 15% untuk tampung kos operasi dan cukai kepada Kastam.

Mungkin anda bertanya kenapa perlu guna sistem tempahan Green Matrix? Sistem berkenaan dibina untuk melindungi pemilik kereta supaya pelanggan yang membuat tempahan adalah mereka yang berkualiti. Selain itu sistem tempahan Green Matrix lengkap dengan sokongan CTOS di mana sekiranya berlaku sebarang tuntutan kerosakan disebabkan penyewa, pemilik kereta boleh menyenarai hitam pelanggan melalui sistem CTOS yang Green Matrix sediakan.

Solusi 2 :Tak ada ilmu

Apabila anda menyertai program GMIS, bermakna anda adalah sebahagian pasukan Green Matrix, anda boleh belajar daripada Green Matrix dan juga rakan-rakan pengusaha lain yang sudah lama mendaftar sebagai peserta GMIS. Selain itu anda akan dimasukkan di dalam group facebook khas dan boleh belajar melalui video tutorial yang telah disediakan. Anda juga akan di masukkan dalam group telegram khas dan boleh bertanya sebarang soalan berkenaan bisnes kereta sewa. Apabila anda berniaga dengan ilmu, maka risiko buat kesilapan itu boleh dikurangkan.

Solusi 2 : Tiada sistem

Apabila anda mendaftar sebagai peserta GMIS, anda akan diberikan sistem tempahan kereta sewa lengkap dari A hingga Z. Sistem lengkap untuk proses tempahan, bayaran dan juga borang sewa online. Kos pembinaan sistem ini sahaja menelan belanja lebih RM100,000 dan anda dapat gunakan secara percuma. Green Matrix hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 15% di mana ia adalah untuk menampung kos operasi dan cukai kepada pihak Kastam.

Banyak pengusaha kereta sewa tidak mampu membina sistem seperti yang Green Matrix sediakan. Secara mudahnya GMIS diwujudkan untuk membantu pengusaha kereta sewa menjalankan perniagaan secara lebih  sistematik tanpa perlu keluar modal yang banyak.

 

Sistem tempahan kereta sewa Green Matrix

Syarat-Syarat Penyertaan

  • Berminat dengan bisnes kereta sewa.
  • Suka belajar
  • Kuat berusaha

Kalau tak ada kereta boleh join?

Boleh, anda boleh promosikan bisnes kereta sewa kepada pelanggan-pelanggan anda atau guna untuk diri sendiri dan sekiranya anda mendapat tempahan, anda boleh kongsikan tempahan berkenaan dengan peserta GMIS yang lain. Sekiranya tempahan berjaya, anda akan mendapat komisen sebanyak 5%. Semua proses penghantaran diuruskan oleh pemilik kereta.

Lepas join apa saya perlu buat?

Green Matrix tidak menjanjikan peserta mendapat tempahan kereta sewa tanpa berbuat apa-apa. Kami hanya sediakan sistem tempahan dan berkongsi pengalaman bagaimana untuk mendapatkan pelanggan. Video tutorial dan nota ada disediakan di dalam facebook group khas. Anda perlu tonton dan buat tugasan yang diberikan. Pendapatan anda bergantung kepada usaha anda.

Ada bayaran untuk mendaftar?

Pendaftaran adalah percuma.

Bagaimana Green Matrix buat duit?

Setiap tempahan yang menggunakan sistem Green Matrix, pihak syarikat akan menolak caj perkhidmatan sebanyak 15% untuk menampung kos operasi dan cukai. Peserta atau pemilik kereta akan mendapat bersih 85% daripada kutipan sewa.

Apa perkara yang GMIS tidak boleh buat?

GMIS adalah pengusaha kereta sewa persendirian dan mereka boleh menggunakan jenama perniagaan mereka sendiri. GMIS tidak dibenarkan menggunakan jenama Green Matrix tanpa kebenaran bagi mengelakkan kekeliruan. Hanya licensee Green Matrix yang sah sahaja boleh menggunakan jenama Green Matrix. Untuk tahu lebih lanjut tentang program licensing Green Matrix anda boleh klik link INI.

Adakah saya boleh tentukan harga sendiri?

Boleh, di dalam sistem GMIS terdapat fungsi walk in booking, anda boleh masukkan butiran tempahan dan diskaun yang anda ingin berikan. Pelanggan perlu buat bayaran  secara online kepada Green Matrix terlebih dahulu samada melalui Maybank atau Paypal. Green Matrix akan tolak 15% daripada harga normal yang dipamerkan dan baki akan dimasukkan kepada akaun peserta GMIS tidak lebih 10 hari dari tarikh penghantaran kereta. Sistem lengkap dengan borang perjanjian sewa (100% tanpa kertas).

Kalau saya ada pertanyan bagaimana?

Anda boleh masuk group facebook ini untuk pertanyaan. Klik SINI.

Bagaimana nak daftar GMIS?

Langkah 1

Daftar melalui link INI.

Langkah 2

Kakitangan Green Matrix akan menghubungi anda dalam masa 2 – 3 hari bekerja. Pastikan anda menyemak Whatsapp.

Langkah 3

Pastikan anda menonton semua video tutorial yang disediakan di dalam facebook group. Sekiranya anda ada pertanyaan boleh tanya di dalam group telegram yang disediakan. Link facebook group dan telegram akan diberikan selepas akaun anda diaktifkan.

Analytic Code