Wahi Abd Rashid

Elite Coaching

Salam hormat, terima kasih kerana berminat dengan program bisnes modal RM15K yang boleh menjana pendapatan RM1.5K setiap bulan. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana dengan modal RM15K boleh menjana pendapatan RM1.5K setiap bulan?

Program ini bukanlah skim pelaburan di mana anda hanya perlu keluarkan modal RM15K dan tunggu duit masuk RM1.5K setiap bulan. Ianya adalah pure bisnes di mana anda perlu berusaha untuk menjana pendapatan sebanyak itu.

Bisnes yang saya maksudkan adalah bisnes dalam bidang pelancongan dan buat masa ini fokus kepada perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri. Bisnes ini telah saya jalankan sejak tahun 2006 dan kini menjana pendapatan 7 angka setiap tahun.

Untuk makluman anda sebelum ini, saya ada buka peluang bisnes kereta sewa dengan modal RM300 setiap bulan (BKS300). Program berkenaan masih berjalan dan kini banyak dibantu oleh pasukan saya.

APA BEZA PROGRAM INI DENGAN BKS300?

Saya namakan program ini BKS15K (Bisnes Kereta Sewa Dengan Modal RM15K). BKS300 adalah untuk peserta yang kekurangan modal, jadi mereka perlu memulakan dengan apa yang ada di tangan. Ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk menjana pendapatan.

Contohnya peserta mungkin tiada kereta, apa yang mereka perlu lakukan adalah belajar mencari pelanggan dahulu, kalau dapat tempahan mereka mungkin perlu sewakan kereta orang lain dahulu.

Pada peringkat awal, mereka mungkin boleh makan komisen dahulu, pendapatan daripada bisnes kereta sewa mereka boleh gunakan untuk perbaiki profail kewangan mereka dan apabila tempahan semakin konsisten, mereka boleh membeli kereta sendiri. Proses ini mungkin mengambil sedikit masa.

Sungguh pun begitu ada juga peserta yang tiada masalah dari segi modal dan mereka mahu menjana pendapatan secepat mungkin. Apa yang mereka perlukan adalah bimbingan peribadi daripada saya mengikut situasi mereka.

Jadi program BKS15K dibuka untuk membimbing peserta yang tiada masalah dari segi modal dan mahukan hasil yang lebih pantas.

PROGRAM INI ADA KUOTA?

Kuota program ini terhad untuk 10 peserta sahaja untuk satu-satu masa. Tujuannya supaya setiap peserta mendapat tumpuan penuh daripada saya.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Ada modal RM15K.
  2. Bukan seorang muflis atau disenarai hitam oleh bank.
  3. Mampu buat pinjaman bank untuk pembelian sekurang-kurangnya 2 buah kereta model Perodua Axia 1.0 (A).
  4. Ada masa untuk urus bisnes kereta sewa secara separuh masa atau sepenuh masa.
  5. Boleh aktif di media sosial (bukan pemalu).
  6. Tahu guna komputer dan internet.
  7. Tinggal di kawasan strategik yang ada permintaan kereta sewa seperti bandar, lapangan terbang, kawasan tarikan pelancong atau kampus universiti.
  8. Belum ada apa-apa perniagaan yang dilakukan sepenuh masa.
  9. Belum pernah atau baru memulakan bisnes kereta sewa.
  10. Bersedia dan komited untuk diajar dan mengambil tindakan.

BERAPA LAMA TEMPOH PROGRAM INI?

Tempoh program ini adalah selama 12 bulan (1 tahun).

BAGAIMANA PROGRAM INI DIJALANKAN?

  1. Sebaik mendaftar, anda secara automatik akan menjadi licensee Green Matrix yang sah. Anda boleh menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan oleh Green Matrix seperti sistem laman web, lesen, dan dokumen-dokumen perniagaan yang berkaitan.
  2. Anda akan diberikan link khas di laman web www.gogreenmatrix.com untuk membolehkan anda menerima tempahan kereta sewa terus ke akaun email anda.
  3. Anda juga akan dimasukkan dalam group facebook khas dan boleh menonton video-video tutorial yang sudah dirakam atau di muat naik secara langsung dari masa ke semasa.
  4. Anda juga akan dimasukkan dalam group telegram Green Matrix dan sekiranya ada kemuyskilan anda boleh bertanya di dalam group berkenaan untuk bantuan sepanjang masa 24/7.
  5. Anda boleh berkomunikasi dengan saya secara langsung melalui video conference menggunakan aplikasi Zoom. Sesi Zoom akan dibuat setiap minggu. Setiap sesi adalah selama 1 jam. Jumlah sesi Zoom sepanjang program ini adalah minima 48 jam.
  6. Anda juga akan berjumpa dengan saya face to face dalam group coaching 3 kali setahun (Setiap 4 bulan). Group coaching terhad 10 orang peserta setiap sesi dan akan berlangsung selama 8 jam. Tarikh group coaching akan dimaklumkan kemudian.
  7. Sekiranya anda bermula dari kosong, ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk mula menjana pendapatan. Walau bagaimanapun sekiranya anda komited, pendapatan sebanyak RM1.5K setiap bulan boleh dicapai selepas 1 bulan anda menyertai program ini. Syaratnya anda perlu ada sebuah kereta yang boleh disewa. Spesifikasi kereta yang boleh disewa adalah usianya kurang daripada 5 tahun atau tidak melebihi jarak pemanduan 100,000 KM.

ADA LAGI BAYARAN YANG DIKENAKAN?

Bagi menampung kos pemasaran, Green Matrix akan mengenakan bayaran seperti berikut.

  1. Setiap model kereta yang anda senaraikan di dalam laman web Green Matrix, anda perlu memberikan harga kurang 20% daripada yang dipaparkan. Sebagai contoh, harga yang dipaparkan di laman web Green Matrix untuk model Perodua Axia 1.0 (A) adalah RM120 sehari. Anda perlu memberikan harga bersih kurang 20% daripada harga berkenaan iaitu RM120 – 20% = RM96. Anda akan menerima bersih RM96 dan Green Matrix akan mendapat RM24. Wang berkenaan adalah untuk menampung kos pemasaran Green Matrix.
  2. Sekiranya Green Matrix ingin mengadakan promosi diskaun pada tarikh tertentu, Green Matrix akan memaklumkan kepada anda terlebih dahulu, sekiranya anda bersetuju, anda perlu memberikan harga bersih yang lebih rendah daripada harga bersih biasa. Sebagai contoh Green Matrix ingin memberikan diskaun sebanyak 10%. Anda boleh memberikan harga bersih Perodua Axia 1.0 (A) sebanyak RM90 kepada Green Matrix. Green Matrix akan menjual pada harga RM108 sehari. Jadi anda akan mendapat bersih RM90 dan Green Matrix akan mendapat RM18.
  3. Segala kos cetakan seperti bisnes kad, T-shirt, signboard, flyer bahan-bahan promosi adalah di bawah tanggung jawab anda. Anda perlu memaklumkan pihak Green Matrix terlebih dahulu sebelum mencetak bahan-bahan berkenaan supaya penggunaan jenama adalah seragam.

APA FAEDAH PROGRAM INI?

  1. Anda dikecualikan membayar yuran bulanan RM300 selama 12 bulan (JIMAT RM3.6K). Peserta BKS300 biasa perlu membayar yuran RM300 sebulan x 12 bulan = RM3,600.
  2. Anda belajar terus daripada saya yang berpengalaman membina empayar bisnes kereta sewa daripada kosong sehingga menjadi jutawan. Sebenarnya saya sudah lama tidak mengajar sesiapa secara peribadi kecuali dibayar RM5K sejam. Untuk program ini anda ada masa bersama saya secara maya selama 48 jam yang bernilai RM5K x 48 jam = RM240K.
  3. Anda automatik menjadi licensee Green Matrix dan mempunyai sistem perniagaan kereta sewa yang lengkap bernilai RM300K.
  4. Anda berpeluang berjumpa dengan saya secara face to face sebanyak 3 kali dalam setahun (setiap 4 bulan). Anda boleh tanya sebarang soalan berkenaan bisnes kereta sewa. Setiap sesi adalah selama 8 jam. Saya sebenarnya tidak berjumpa dengan sesiapa pun secara face to face sekiranya nilai perjumpaan itu kurang daripada RM5K sejam. Saya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan fokus kerja-kerja yang memberi nilai yang lebih tinggi kepada syarikat. Jadi untuk program ini anda mendapat nilai masa sebanyak RM5K x 8 jam x 3 kali = RM120K.

Dengan segala ilmu, sistem dan value yang diberikan, adalah sangat mustahil anda tidak mencapai pendapatan minima RM1.5K setiap bulan. Walau bagaimanapun anda tidak akan mendapat apa-apa faedah sekiranya tidak melakukan apa-apa tindakan.

REKOD PESERTA

Top 20 licensee Green Matrix Jan – Ogos 2018

Daripada jadual di atas, ada licensee yang menjana pendapatan RM430K dalam masa 8 bulan iaitu Tuan Mohd Khaidzir Abdul Kadir yang beroperasi di Miri. Secara purata beliau menjana pendapatan RM53,750 sebulan.

Tuan Mohd Khaidzir Abdul Kadir (2 dari kiri) bersama rakan kongsinya Jeff.

Paling rendah adalah Puan Zialoma yang beroperasi di Klang, Selangor di mana beliau berjaya menjana pendapatan RM14.2K dalam masa 6 bulan. Secara purata  beliau berjaya menjana pendapatan RM2.3K sebulan.

Puan Zialoma (Kanan sekali) dan suami Tuan Shamsuddin Ismail.

NANTI TAK BERSAING KE?

Jumlah penduduk Malaysia adalah 32 juta orang. Kalau anda ambil 1% daripada jumlah berkenaan dan mereka ini mungkin menyewa kereta bermakna, ada 320,000 potensi pelanggan di Malaysia.

Kalau setiap pelanggan berbelanja RM100 setiap bulan untuk sewaan kereta, bermakna 320,000 x RM100 = RM32 juta. Setahun bersamaan RM32 juta x 12 = RM384 juta. Kalau anda ambil 10% saja daripada nilai berkenaan ianya bersamaan RM38.4 juta.

Sebuah kereta boleh menjana pendapatan RM2K sebulan x 12 bulan = RM24K. Jumlah kereta yang diperlukan RM38.4 juta / RM24K = 1,600 buah kereta. Jumlah kereta yang ada dalam group Green Matrix tidak lebih 300 buah, jadi masih ada 1,300 buah kereta yang kurang.

Berapa banyak kereta yang anda boleh beli? itu belum dicampur potensi pendapatan daripada pelancongan. Pada tahun 2017 pendapatan daripada industri pelancongan adalah RM82 billion.

Kalau anda ambil 1% pendapatan berkenaan untuk sewaan kereta bermakna lebih kurang RM820 juta peluang dalam bisnes kereta sewa. Kalau anda ambil 10% daripada jumlah berkenaan, bermakna potensi income adalah RM82 juta.

RM82 juta / RM24K = 3400 buah kereta. Pointnya di sini potensi bisnes kereta sewa sangat besar, walau bagaimanapun ianya hanya dapat dicapai kalau buat secara bersama.

ADA TAK PESERTA YANG TAK BERJAYA?

Ya ada, berikut merupakan antara sebab-sebab mereka yang tidak berjaya.

  1. Mentaliti nak cepat kaya.
  2. Tiada integriti dan kejujuran.
  3. Tiada matlamat yang jelas.
  4. Suka lari dari masalah.
  5. Tidak cepat-cepat delegate kerja kepada staff.
  6. Tidak urus wang dengan baik.
  7. Tidak pentingkan dokumentasi yang teratur.
  8. Cepat putus asa.
  9. Tiada tindakan atau lambat.
  10. Niat tidak betul, curi idea untuk bina jenama sendiri.

APA RISIKO BISNES INI?

Bisnes kereta sewa mempunyai risiko tersendiri. Antara risiko bisnes ini adalah.

  1. Saman parking/melebihi had laju – cara atasi, pilih pelanggan yang berkualiti, contohnya ada pekerjaan tetap, kalau ada saman maklumkan kepada mereka dan biasanya mereka akan bayar. Kalau mereka tidak mahu bayar Green Matrix ada sistem CTOS untuk senarai hitam mereka dalam sistem.
  2. Kemalangan – Cara atasi, pilih pelanggan yang berumur 23 tahun ke atas dan mempunyai kerja tetap. Risiko kemalangan semakin rendah apabila umur penyewa semakin meningkat. Sekiranya berlaku kemalangan disebabkan kecuaian mereka, biasanya mereka akan bertanggungjawab.
  3. Kecurian – cara atasi, elakkan memberi sewa kepada pelanggan yang buat tempahan secara offline, semak latar belakang penyewa seperti pekerjaan. Sekiranya pelanggan enggan memberikan butiran tentang diri mereka, sebaiknya anda tolak menyewakan kepada mereka.

Green Matrix sudah berpengalaman lebih 12 tahun dalam bisnes kereta sewa, jadi kami tahu masalah dalam perniagaan ini dan bagaimana untuk menyelesaikannya.

SELEPAS 12 BULAN BAGAIMANA?

Selepas 12 bulan saya jangkakan anda sudah mendapat pulangan balik daripada modal RM15K yang anda telah keluarkan. Seterusnya saya berharap anda sudah mempunyai pendapatan yang konsisten minima RM1.5K setiap bulan.

Anda boleh terus menjadi licensee Green Matrix dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Walau bagaimanapun anda perlu membayar yuran sama seperti licensee Green Matrix yang lain iaitu yuran tahunan RM1K (penggunaan jenama) dan yuran bulanan RM300 (kos operasi).

Anda juga perlu memberikan harga bersih supaya Green Matrix dapat menjana pendapatan di mana sebahagian daripada pendapatan ini akan digunakan untuk pemasaran.

Anda boleh menggunakan kemudahan yang diberi untuk menjana pendapatan sebanyak mungkin, tiada limit. Apa yang penting kedua-dua pihak boleh buat duit.

SAYA TIDAK MAMPU?

Anda boleh menyertai program BKS300 dan hanya perlu modal RM300 sebulan, anda boleh mula dengan apa yang ada dan kembangkan sedikit demi sedikit.

BAGAIMANA NAK JOIN BKS15K?

Langkah 1

Buat bayaran RM15K kepada Maybank : 511065533567 (Wahi Bin Abd Rashid). Email payment@greenmatrix.com.my.

Langkah 2

Isikan maklumat melalui borang dibawah

PENDAFTARAN BKS15K

Langkah 3

Tunggu dalam tempoh 48 jam untuk anda dimasukkan dalam group telegram khas.

Analytic Code