Wahi Abd Rashid

BKS15K

Testimonial peserta BKS15K Tuan Mohd Shaharil 

Salam artikel ini saya tulis sebab ramai bertanya bagaimana nak belajar bisnes kereta sewa daripada saya? sebenarnya saya ada beberapa program coaching di mana saya hanya mengajar secara online, antaranya adalah BKS360 iaitu bisnes kereta sewa dengan modal RM360.

BKS360 peserta hanya perlu ada modal RM360 untuk setahun atau secara mudahnya RM1 sehari. Saya ada sediakan sistem tempahan kereta sewa online dan coaching melalui fb group secara fb live. Program ini sesuai untuk mereka yang baru hendak memulakan bisnes kereta sewa dan tiada modal.

Walau bagaimanapun ada juga peserta yang ingin belajar face to face dengan saya. Jadi saya wujudkan program BKS15K di mana ia singkatan kepada Bisnes Kereta Sewa dengan Modal RM15K.

Disebabkan modal program berkenaan agak besar, maka bayaran boleh dibuat secara ansuran sebanyak RM1,250 x 12 bulan = RM15K.

Apa yang peserta dapat dari program ini?

  1. Peserta dapat belajar terus dengan saya. Anda boleh berjumpa dengan saya setiap 3 bulan dan belajar daripada saya.
  2. Anda juga secara automatik menjadi licensee Green Matrix di mana anda boleh menggunakan jenama syarikat saya iaitu Green Matrix. Anda boleh memasang signboard, menempah bisnes kad, baju, buat flyer, banner dan apa sahaja bahan pemasaran menggunakan jenama Green Matrix. Walau bagaimanapun kos cetakan bahan-bahan berkenaan adalah tanggungan anda sendiri dan perlu meminta kebenaran daripada pihak pengurusan Green Matrix untuk memastikan penggunaan jenama adalah seragam.
  3. Anda juga mendapat sistem perniagaan kereta sewa, lengkap dengan laman web, sistem bayaran online, sistem perjanjian sewa online, sistem perakaunan, CTOS dan support daripada Green Matrix.

Berapa lama jangkamasa program ini?

Program ini akan dijalankan selama 12 bulan.

Selepas 12 bulan bagaimana?

Selepas 12 bulan, peserta boleh menyambung menjadi licensee Green Matrix dan perlu membayar yuran RM300 setiap bulan.

Kalau saya tak dapat sambung program ni?

Sekiranya anda tidak dapat sambung program ini anda boleh maklumkan pada Green Matrix pada bila-bila masa. Secara automatik keahlian anda sebagai peserta BKS15K anda terbatal.

Apa lagi bayaran yang perlu dibayar?

Terdapat 2 jenis bayaran akan dikenakan kalau anda menerima tempahan

1. Kempen pemasaran sendiri

Sekiranya tempahan adalah melalui kempen pemasaran anda sendiri, maka Green Matrix akan menolak caj 6% SST dan mengenakan 5% caj perkhidmatan sebagai pendapatan kepada Green Matrix. Sebagai contoh anda mendapat bayaran sebanyak RM100, maka Green Matrix akan membayar bersih kepada anda sebanyak RM89.62. Pengiraan adalah seperti berikut.

Bayaran penuh pelanggan : RM100
– 6% SST  = RM100 – 6% = RM94.34
– 5% caj perkhidmatan = RM94.34 – 5% = RM89.32

2. Kempen pemasaran Green Matrix

Sekiranya tempahan adalah melalui kempen pemasaran Green Matrix, maka anda perlu memberikan harga bersih 20% lebih rendah daripada harga jualan.

Sebagai contoh harga jualan adalah RM120 maka anda boleh memberikan harga 20% lebih rendah iaitu RM96. Green Matrix akan membayar bersih kepada anda RM96 dan RM24 adalah pendapatan kepada Green Matrix.

Syarat Penyertaan

  1. Anda ada modal RM1,250 x 12 bulan = RM15K.
  2. Bukan seorang muflis atau disenarai hitam oleh bank.
  3. Ada masa untuk urus bisnes kereta sewa part time atau full time.
  4. Boleh aktif di media sosial (bukan pemalu).
  5. Tahu guna komputer dan internet.
  6. Tinggal di kawasan strategik yang ada permintaan kereta sewa seperti bandar, lapangan terbang, kawasan tarikan pelancong atau kampus universiti.
  7. Bersedia dan komited untuk diajar dan mengambil tindakan.

Apa yang saya dapat?

  • Keahlian licensee Green Matrix bernilai RM3,600 setahun.
  • Sistem bisnes kereta sewa bernilai RM50K.
  • Coaching bisnes kereta sewa sebanyak 4 kali bernilai RM10K.
  • Support group telegram bernilai RM1.2K.
  • Support group facebook bernilai RM1.2K.
  • Access sistem CTOS bernilai RM6K setahun.

Result program

Top 20 licensee Green Matrix Jan – Ogos 2018

Daripada jadual di atas, ada licensee yang menjana pendapatan RM430K dalam masa 8 bulan iaitu Tuan Mohd Khaidzir Abdul Kadir yang beroperasi di Miri. Secara purata beliau menjana pendapatan RM53,750 sebulan.

Tuan Mohd Khaidzir Abdul Kadir (2 dari kiri) bersama rakan kongsinya Jeff.

Paling rendah adalah Puan Zialoma yang beroperasi di Klang, Selangor di mana beliau berjaya menjana pendapatan RM14.2K dalam masa 6 bulan. Secara purata beliau berjaya menjana pendapatan RM2.3K sebulan.

Testimonial

Berikut merupakan testimonial peserta yang sudah lama menjalankan bisnes kereta sewa sebagai licensee Green Matrix.

Muhammad Azuan (Langkawi) jana RM40K sebulan

Mohd Khaidzir (Miri) jana RM32K sebulan

Hafiz Musa (Ipoh) jana RM20K sebulan

Khadar Karim (Kota Kinabalu) jana RM17K sebulan

Bryan Edip (Selangor) jana RM10K sebulan

Bagaimana program ini dijalankan?

  1. Sebaik mendaftar, anda secara automatik akan menjadi licensee Green Matrix yang sah. Anda boleh menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan oleh Green Matrix seperti sistem laman web, lesen, bahan promosi dan dokumen-dokumen perniagaan yang berkaitan.
  2. Anda akan diberikan link khas di laman web Green Matrix untuk membolehkan anda menerima tempahan kereta sewa terus ke akaun email anda.
  3. Anda juga akan dimasukkan dalam group facebook khas dan boleh menonton video-video tutorial yang sudah dirakam atau di muat naik secara langsung dari masa ke semasa.
  4. Anda juga akan dimasukkan dalam group telegram Green Matrix dan sekiranya ada kemuyskilan anda boleh bertanya di dalam group berkenaan untuk bantuan sepanjang masa 24/7.
  5. Anda juga akan berjumpa dengan saya face to face dalam group coaching 4 kali setahun (Setiap 3 bulan). Setiap sesi akan berlangsung selama 8 jam. Tarikh group coaching akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Kalau ramai join tak bersaing ke?

Jumlah penduduk Malaysia adalah 32 juta orang. Kalau anda ambil 1% daripada jumlah berkenaan dan mereka ini mungkin menyewa kereta bermakna, ada 320,000 potensi pelanggan di Malaysia.

Kalau setiap pelanggan berbelanja RM100 setiap bulan untuk sewaan kereta, bermakna 320,000 x RM100 = RM32 juta. Setahun bersamaan RM32 juta x 12 = RM384 juta. Kalau anda ambil 10% saja daripada nilai berkenaan ianya bersamaan RM38.4 juta.

Sebuah kereta boleh menjana pendapatan RM2K sebulan x 12 bulan = RM24K. Jumlah kereta yang diperlukan RM38.4 juta / RM24K = 1,600 buah kereta. Jumlah kereta yang ada dalam group Green Matrix tidak lebih 300 buah, jadi masih ada 1,300 buah kereta yang kurang.

Berapa banyak kereta yang anda boleh beli? itu belum dicampur potensi pendapatan daripada pelancongan. Pada tahun 2017 pendapatan daripada industri pelancongan adalah RM82 billion.

Kalau anda ambil 1% pendapatan berkenaan untuk sewaan kereta bermakna lebih kurang RM820 juta peluang dalam bisnes kereta sewa. Kalau anda ambil 10% daripada jumlah berkenaan, bermakna potensi income adalah RM82 juta.

RM82 juta / RM24K = 3400 buah kereta. Pointnya di sini potensi bisnes kereta sewa sangat besar, walau bagaimanapun ianya hanya dapat dicapai kalau buat secara bersama.

Ada tak peserta yang tak berjaya?

Ya ada, berikut merupakan antara sebab-sebab mereka yang tidak berjaya.

  1. Mentaliti nak cepat kaya.
  2. Tak komited.
  3. Cepat putus asa.

Apa risiko bisnes ini?

Bisnes kereta sewa mempunyai risiko tersendiri. Antara risiko bisnes ini adalah.

  1. Saman parking/melebihi had laju – cara atasi, pilih pelanggan yang berkualiti, contohnya pelanggan mesti ada pekerjaan tetap, kalau ada saman maklumkan kepada mereka dan biasanya mereka akan bayar. Kalau mereka tidak mahu bayar Green Matrix ada sistem CTOS untuk senarai hitam mereka dalam sistem.
  2. Kemalangan – Cara atasi, pilih pelanggan yang berumur 23 tahun ke atas dan mempunyai kerja tetap. Risiko kemalangan semakin rendah apabila umur penyewa semakin meningkat. Sekiranya berlaku kemalangan disebabkan kecuaian mereka, biasanya mereka akan membayar ganti rugi seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian.
  3. Kecurian – cara atasi, elakkan memberi sewa kepada pelanggan yang buat tempahan secara offline, semak latar belakang penyewa seperti pekerjaan. Sekiranya pelanggan enggan memberikan butiran tentang diri mereka, sebaiknya anda tolak menyewakan kepada mereka.

Saya tidak mampu?

Anda boleh menyertai program BKS360 dan hanya perlu modal RM360 setahun, anda boleh mula dengan apa yang ada dan kembangkan sedikit demi sedikit. Sekiranya anda mahukan bimbingan secara personalize daripada saya dan tiada masalah modal, maka program ini sesuai untuk anda.

Bagaimana nak join?

Langkah 1

Buat bayaran RM1,250 kepada Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd) : email : payment@greenmatrix.com.my.

Langkah 2

Isi borang pendaftaran di Bawah.

PENDAFTARAN BKS15K

Langkah 3

Tunggu dalam tempoh 48 jam untuk anda dimasukkan dalam group telegram khas.

Analytic Code