Wahi Abd Rashid

SETAHUN BUAT BISNES KERETA SEWA DAPAT SETTLE LOAN RM30K

Salam hormat, baru-baru ni saya terima mesej daripada seorang rakan niaga Green Matrix. Menurutnya beliau berjaya settlekan hutang kad kredit sebanyak RM20K. Selain itu beliau juga dapat kurangkan personal loan dari RM45K kepada RM35K (settle RM10K).

Jadi total hutang yang beliau berjaya settle adalah RM30K. Semuanya berlaku dalam tempoh 1 tahun sejak menyertai program licensing bisnes kereta sewa Green Matrix. Maknanya beliau bayar RM2,500 setiap bulan untuk settlekan hutang berkenaan.

Mesej yang saya terima melalui telegram

Kisah Beliau

Sebenarnya beliau ni bekas pekerja oil & gas, tapi sebab industri oil & gas akan menurun, maka beliau ditawarkan untuk berhenti secara sukarela (VSS). Lepas berhenti kerja oil & gas, beliau cuba-cuba buat bisnes kereta sewa, tapi sebab tiada ilmu bisnes berkenaan rugi teruk.

Nasib baik beliau ditawarkan bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti. Tetapi memandangkan komitmen beliau agak tinggi, maka gaji beliau sebagai pensyarah habis digunakan untuk bayar hutang saja. Beliau ada rumah, kereta, kad kredit dan personal loan.

Pening kepala beliau bagaimana nak sara anak dan isteri. Fikir punya fikir beliau ambil keputusan untuk join program licensing Green Matrix. Beliau mendaftar pada 22 Nov 2016. Untuk makluman beliau bermula tanpa sebarang kereta.

Buat permulaan beliau banyak mengiklan di Google Adwords. Hasilnya hampir setiap hari beliau terima panggilan untuk tempahan kereta sewa. Memandangkan beliau tiada kereta, seperti biasa saya beritahu ambil sahaja kereta pengusaha terdekat.

Tempahan kereta sewa semakin lama-semakin meningkat, pengusaha kereta sewa terdekat pun tidak dapat bekalkan kereta mereka kerana tempahan terlalu banyak. Beliau pula bermasalah nak beli kereta sebab hutang sedia ada masih banyak.

Nasib baik beliau dapat kereta pajak, dalam masa beberapa bulan sudah mempunyai lebih 10 unit kereta pajak. Pada bulan Julai 2017 beliau mendapat durian runtuh apabila mendapat projek dari agensi kerajaan bernilai lebih RM100K.

Hasil daripada perniagaan kereta sewa, beliau dapat menyara keluarganya. Duit gajinya sebagai pensyarah digunakan untuk membayar hutang sedia ada. Dalam masa setahun beliau berjaya settlekan hutang kad kredit dan personal loan berjumlah RM30K.

Walaupun bekerja sebagai pensyarah, beliau bijak mengurus masa antara kerja dan bisnes. Buat permulaan beliau mengupah pelajarnya untuk membantu kerja-kerja penghantaran kenderaan sekiranya beliau sibuk bekerja.

Sekarang beliau sedang cuti tanpa gaji kerana mahu fokus kepada perniagaan kereta sewa. Beliau merancang untuk berhenti kerja sepenuhnya dan mula melabur dalam hartanah. Begitulah secara ringkas kisah beliau.

Faktor Kejayaan

Sepanjang mengenali beliau, berikut merupakan sifat-sifat yang beliau ada.

  1. Selalu bercakap dengan sopan.
  2. Sangat sayang kepada keluarganya.
  3. Tidak mudah putus asa walaupun berhadapan masalah.
  4. Bila beliau melakukan kesilapan, cepat-cepat minta maaf.
  5. Komited bila diberikan tugas.
  6. Sentiasa jujur dan amanah dari segi kewangan.
  7. Selalu minta doa daripada guru sebelum melakukan sesuatu.
  8. Bersedia membantu walaupun tidak diminta.

Sekarang beliau dilantik sebagai Pengurus Unit Pemasaran & Jualan Green Matrix dan pengurus untuk cawangan Perak dan Pulau Pinang. Semoga kisahnya menjadi inspirasi kepada anda semua.

BISNES KERETA SEWA INCOME 10 BULAN = RM124,589

Ok video kat atas ni adalah perkongsian Tuan Fazrol Che Isa, rakan niaga Green Matrix Chukai, Terengganu. Beliau terjebak dengan bisnes kereta sewa sebab risau kena buang kerja di syarikat oil & gas. Tanya punya tanya, ada kawan suruh dia beli van.

Lepas beli van, he he job krik-krik. Apalagi menggelabah la dia. Fikir punya fikir beliau ambil keputusan untuk join Green Matrix dan beroperasi di cawangan Chukai Terengganu. Mula-mula tu job tak ada la banyak sangat, tapi permintaan tu semakin bertambah.

Dalam masa 10 bulan beliau berjaya jana pendapatan RM124,589 atau purata RM12.4K sebulan. Berapa untung dia? belum ada untung lagi sebab dia banyak spend untuk tambah aset syarikat. Daftar syarikat sdn bhd, beli kereta, setup office dan ambil pekerja.

Pusat operasi beliau di Chukai, Terengganu

Insya Allah beliau target untuk jana income RM100K sebulan. Kepada sesiapa yang berminat nak sewa kereta di Terengganu atau bekerjasama boleh contact beliau direct melalui facebook  Fazrol Che Isa.

APA RISIKO SEWA KERETA PADA GRAB DAN UBER?

 

Salam hormat, artikel ni saya tulis untuk explain sikit tentang pro & cons sewaan kereta pada driver Grab & Uber. Ni pun sebab ada sorang akak ni dah lama cuba call saya untuk bertanya berkenaan hal ni.

So artikel ni saya tulis untuk memudahkan kerja saya, tak payah lagi saya nak kena explain satu-satu. Ok ceritanya macam ni, menurut akak ni dia ada sorang kawan buat Grab.

Income Alhamdulillah masyuk katanya. Menurut akak ni, kawan dia ni ada kenal ramai driver Grab yang tak ada kereta. So kawannya minta akak ni beli kereta dan sewakan kepada driver Grab.

Masalahnya akak ni tak tahu apa risiko-risiko yang dia kena hadap kalau supply kereta dekat driver Grab. Ok untuk bagi akak ni mudah faham saya explain macam ni.

Kereta sewa ni tahap optimum untuk disewakan adalah setakat 200,000 KM (ikut jenama kereta). Lepas 200,000 KM kereta masih boleh disewakan lagi, tapi kutipan sewa biasanya habis digunakan untuk repair saja.

Biasanya syarikat kereta sewa akan buat loan di antara 7 hingga 9 tahun (terbaik 7 tahun je). Jarang sangat kereta sewa boleh sampai 7 tahun. So saya jangka kereta sewa ni paling lama boleh bertahan 5 tahun.

Kalau dapat bertahan lebih lama dari 5 tahun tu kira bonus la. Jadi dalam masa 5 tahun, kereta ni patut bergerak maksimum 200,000 KM. Dalam setahun kereta ni boleh bergerak dalam 40,000 KM saja (200,000 KM / 5 tahun = 40,000 KM)

Sebulan kereta ni boleh bergerak 3,333 KM saja (40,000 KM / 12 bulan = 3,333 KM). Dalam masa sehari kereta ni boleh bergerak 111 KM saja (3,333 KM / 30 hari = 111 KM).

Nampak tak apa masalah kat sini? Korang agak berapa jarak penggunaan driver Grab dalam sehari? Apa yang pasti penggunaan mesti lebih jauh, makin banyak bergerak, makin banyak la masyuk.

Katakan secara purata driver Grab drive sejauh 200 KM sehari (ni kira mustahillah), maknanya sebulan dia akan drive sejauh 6,000 KM (200 KM x 30 hari = 6,000 KM). Dalam setahun dia akan drive sejauh 72,000 KM (6,000 KM x 12 bulan = 72,000 KM).

Dalam masa 3 tahun, kereta tu akan bergerak sejauh 216,000 KM. Saya jangka tidak sampai 3 tahun, driver tu akan serah balik kereta tu sebab kereta dah mula buat hal.

So kalau korang beli kereta dan buat loan 7 tahun. Siapa yang nak bayar baki loan selama 4 tahun? Biasanya kereta mesti cukup 5 tahun baru boleh let go supaya tak perlu top up untuk settlekan loan.

So pada pandangan saya sewaan kereta pada driver Grab & Uber adalah tak praktikal. Untuk short terms memang masyuk, tapi untuk long terms tak berbaloi. Saya sendiri pun tak sanggup nak sewakan kepada driver Uber & Grab.

Itu belum kira lagi kalau driver tu lenjan 10,000 KM sebulan. Tak sampai 2 tahun kereta dah jahanam. Lepas saya explain macam tu, akhirnya akak tu pun faham. Harap korang yang dok plan nak sewa kat Grab atau Uber fikir la dulu ye.

Kalau nak buat pun, sewaan mesti base on penggunaan kereta tu bukan bayaran fix. Makin heavy use kereta tu maka sewaan pun jadi lebih mahal. Baru win-win situation.

Analytic Code