Wahi Abd Rashid

TIP BISNES KERETA SEWA UNTUK STUDENT

Salam pos ini saya hasilkan untuk jawab sebahagian permasalahan pengusaha kereta sewa yang menjalankan perniagaan kereta sewa di kampus. Berikut merupakan antara masalah yang dimaklumkan kepada saya.

  1. Student sewa bulanan dan sublet kepada kawan-kawan lain.
  2. Banyak saman – susah nak tuntut dari student.
  3. Tak tahu cara nak claim insuran – waris student pula ugut nak report polis sebab beroperasi tak ada lesen.
  4. Student sewa secara bulanan, lama-lama payment mula sangkut.
  5. Pelajar merokok dalam kereta.
  6. Persaingan dengan Grab.
  7. Tak ada ilmu.
  8. Tak ada pendapatan bila student bercuti.
  9. Modal tak cukup.
  10. Tak tahu cara marketing.

Kebaikan Sewa Pada Student

  • Tak perlu kos iklan yang tinggi.
  • Risiko kecurian rendah.
  • Profit rendah tetapi konsisten.

Apa Pelanggan Nak?

  1. Respon yang pantas.
  2. Kereta yang elok dan baru.
  3. Harga yang kompetitif.

Apa Pengusaha Perlu Buat?

  1. Berniaga mesti ada lesen.
  2. Tunjukkan imej syarikat yang baik.
  3. Dokumen sewaan mesti lengkap.
  4. Semua pihak jelas kalau berlaku apa-apa masalah.

Untuk lebih faham anda boleh tonton video di atas.

Kalau berminat untuk menjadi usahawan Mycampus klik SINI.

BELI 2 HARTANAH RM385K DENGAN BISNES KERETA SEWA

Video ni saya rakam untuk share pengalaman bagaimana saya berjaya membeli hartanah dengan menggunakan pendapatan daripada bisnes kereta sewa. Sebenarnya anda boleh beli hartanah tidak kisah apa pun perniagaan yang anda jalankan.

Apa yang penting adalah anda boleh tunjukkan anda ada pendapatan yang konsisten dan cukup untuk membeli hartanah. Kunci bagaimana saya boleh membeli hartanah dengan mudah adalah kerana saya mempunyai akaun semasa.

Segala pendapatan daripada kutipan sewa, saya masukkan dalam akaun semasa. Seterusnya saya gunakan penyata akaun semasa untuk membeli hartanah. Alhamdulillah saya berjaya membeli 2 hartanah berharga RM175K (2008) dan RM210K (2010) = RM385K.

2 buah rumah yang berjaya dibeli daripada bisnes kereta sewa berharga RM385K

Apa yang paling menarik nilai harga rumah berkenaan sudah meningkat kepada RM400K + RM450K = RM850K. Baki hutang di bank masih ada RM290K. Sekiranya saya refinance kedua-dua rumah berkenaan pada kadar 80% maka saya akan mendapat RM850K x 80% = RM680K.

RM680K – RM290K = RM390K. Saya ada extra cash RM390K. Saya perlu menyimpan RM3,250 setiap bulan selama 10 tahun untuk ada duit sebanyak itu (anggap saja duit disimpan bawah bantal). RM3,250 x 120 bulan = RM390K.

Sudah tentu jumlah hutang saya meningkat daripada RM290K kepada RM680K dan ansuran bulanan meningkat daripada RM2,000 kepada RM3,400. Saya boleh gunakan RM390K extra itu untuk membeli rumah secara tunai dan kutip sewa RM1,500 sebulan.

Apa yang paling best pembelian rumah baru tidak dikenakan cukai kerana menggunakan duit bank. Untuk makluman, membeli aset menggunakan pinjaman bank tidak dikenakan cukai. Tetapi kalau anda membeli aset secara tunai dari duit simpanan, maka bersiap sedia menerima kunjungan LHDN.

Apa pun sebelum anda menggunakan teknik ini pastikan anda ada perancangan yang jelas. Silap langkah ia boleh memakan diri sendiri. Rumah-rumah yang saya beli, semuanya disewakan. Masalah yang biasa saya hadapi kadang-kadang rumah tiada penyewa.

Walau bagaimanapun saya masih dapat bertahan kerana ada pendapatan daripada bisnes kereta sewa yang dapat menampung ansuran rumah berkenaan kalau tiada penyewa dalam tempoh tertentu. Untuk lebih faham adan boleh tonton video di atas.

Klik SINI kalau anda berminat untuk memulakan bisnes kereta sewa tanpa modal.

BEZA ORANG KAYA DAN ORANG BIASA

Saya selalu terima email, antara sebab ramai orang tak boleh nak memulakan perniagaan adalah, mereka selalu berkata tak ada modal, tak ada masa, tak ada ilmu tak ada itu dan ini. Sebenarnya itulah sebab banyak tidak boleh mendapat apa yang mereka nak.

Cuba anda sebut 2 perkataan ini.

  1. Aku tak ada modal
  2. Aku belum ada modal

Perktaan pertama biasa disebut oleh orang biasa. Mereka selalu berkata mereka tak ada itu dan ini. Sudahnya mereka tidak cuba berfikir bagaimana untuk mendapatkan modal. Perkataan kedua biasa disebut oleh orang kaya. Duit memang tak pernah cukup, tapi apa saja yang mereka nak mereka akan fikirkan bagaimana nak dapatkannya.

Bila kita ubah perkataan yang keluar dari mulut kita, Insya Allah kehidupan kita akan berubah. Untuk lebih faham tonton video di atas. Mulai sekarang cuba ubah perkataan yang keluar dari mulut anda. Insya Allah anda akan dapat apa yang anda mahu.

Analytic Code