Wahi Abd Rashid

PAJAKAN KERETA SEWA, UNTUNG ATAU MERUGIKAN?

Salam Hormat,

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini. Kali ini saya ingin menjawab soalan yang ditanya oleh seorang rakan tentang untung rugi konsep pajakan kereta sewa. Soalannya agak menarik kerana ia melibatkan pengiraan yang sedikit teknikal. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, elok saya terangkan konsep pajakan kereta sewa di syarikat saya Green Matrix. Konsep pajakan di syarikat saya mungkin agak berbeza dengan syarikat lain. Konsep pajakan adalah seperti berikut;

  1. Pemilik kereta perlu berbincang dengan Rakan Niaga Green Matrix terlebih dahulu.
  2. Bayaran muka ditanggung sepenuhnya oleh Rakan Niaga Green Matrix.
  3. Segala urusan penyewaan dikendalikan oleh Rakan Niaga Green Matrix.
  4. Rakan Niaga Green Matrix akan menguruskan bayaran ansuran, insuran, cukai jalan dan kos penyelengaraan. Pemajak tidak perlu menanggung sebarang kos sepanjang tempoh pajakan.
  5. Tempoh pajakan maksimum 5 tahun (60 bulan).
  6. Wang pajakan dibayar sebanyak RM200 selama 60 bulan setiap tahun.
  7. Selepas tamat tempoh pajakan, rakan niaga hanya perlu menyambung bayaran ansuran bulanan sehingga pinjaman selesai.
  8. Selepas pinjaman selesai, kereta berkenaan akan ditukar ke atas nama Rakan Niaga Green Matrix.

BAGAIMANA IANYA DIJALANKAN?

Sebagai contoh setelah berbincang, pemajak dan pihak syarikat bersetuju untuk membeli sebuah kereta Perodua Bezza 1.3 (A) berharga RM45,000. Tempoh pinjaman bank adalah selama 7 tahun dengan kadar faedah 5% setahun. Jadi

  • Bayaran muka 10% x RM45,000 = RM4500
  • Pinjaman bank RM45,000 – RM4500 = R40,500
  • Jumlah kadar faedah 5% x RM40,500 x 7 tahun = RM14,175
  • Jumlah Pinjaman RM40,500 + RM14,175 = RM54,675
  • Ansuran bulanan RM54,675/84 bulan = RM650.90

Pemilik kereta tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membeli kereta. Secara keseluruhan pemilik kereta akan mendapat RM200 x 60 bulan = RM12,000.

RISIKO

Sebelum anda membuat keputusan untuk memajak kereta anda perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antara risiko bisnes kereta sewa adalah pendapatan yang tidak menentu, persaingan, saman, kemalangan, kecurian dan penipuan. Risiko berkenaan memang tidak dapat dihindari, tetapi boleh dikurangkan. Bagi Green Matrix antara langkah-langkah mengurangkan risiko adalah dengan;

  • Sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
  • Strategi pemasaran yang lebih agresif.
  • Menapis pelanggan dan memberi fokus kepada pelanggan berkualiti.
  • Mempunyai prosedur tuntutan insuran yang berkesan.
  • Sistem menyenarai hitam pelanggan (CTOS).

PERINGATAN

Walaupun pajakan kereta sewa memberi pulangan yang menguntungkan, namun anda perlu berhati-hati. Ini kerana terdapat pengusaha kereta sewa yang tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak arif di dalam bisnes ini. Nasihat saya;

  1. Berhati-hati dengan pengusaha kereta sewa yang menawarkan bayaran pajakan yang terlalu tinggi. Nasihat saya, sekiranya sesuatu tawaran itu sukar dipercayai, maka ia memang sukar dipercayai.
  2. Jangka hayat kereta sewa adalah 200,000 KM, ini bermakna secara purata kereta sewa boleh bergerak sejauh 3333 KM sebulan (200,000/60 bulan). Sekiranya kereta anda bergerak melebihi had berkenaan, jangka hayatnya mungkin lebih singkat. Akibatnya anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk melangsaikan hutang yang masih tinggi sekiranya kereta berkenaan perlu dijual sebelum tempoh matang.
  3. Pastikan anda memajak kereta kepada syarikat kereta sewa yang mempunyai sistem perniagaan yang tidak bergantung harap kepada pemilik perniagaan sepenuhnya. Ini kerana, sekiranya sesuatu berlaku kepada pemilik perniagaan itu (sakit, bercuti atau mati), perniagaan kereta sewa akan terhenti dan akan menjejaskan anda.

Sekian dari saya dan semoga artikel ini bermanfaat. Terima kasih.

Analytic Code