Wahi Abd Rashid

STRATEGI PEMASARAN BISNES KERETA SEWA

Salam hormat, kali ini saya ingin berkongsi strategi pemasaran untuk bisnes kereta sewa. Artikel ini ditulis berikutan soalan yang saya terima daripada rakan usahawan kereta sewa.

Soalan

Saudara Wahi, Bagaimanakah cara terbaik untuk menyewakan kereta mewah (CRV dan Accord).? Saya mempunyai kedua-dua kereta tersebut dan berminat untuk menyewakannya. Saya tinggal di Setiawangsa KL dan baru-baru ini telah menubuhkan perniagaan sewa kereta dan mengiklankannya di Mudah.com tetapi masih gagal mendapatkan pelanggan. Apa pandangan dan nasihat saudara?

Jawapan

Salam Tuan, terima kasih di atas email. Berikut cadangan saya

1. Buat blog/laman web dan fan page kereta sewa.

contoh

laman web : www.greenmatrixcarrental.com
fanpage : http://www.facebook.com/GreenMatrixCarRental

Hubungi tuan Rauzan Juhan untuk bantuan. Beluau merupakan programmer laman web yang saya selalu gunakan.

2. Iklan (Percuma)

Daftar perkhidmatan tuan dalam portal pengiklanan di bawah.

  1. www.mudah.my
  2. www.iklan.myweb4u.net
  3. www.malaymarkit.com
  4. www.kugli.com
  5. www.eguide.my
  6. www.boostasite.com
  7. www.sabahsell.com
  8. www.adpost.com
  9. www.freeads.my
  10. www.24hrsbazar.com
  11. www.clic.com.my
  12. www.32advertise.com
  13. www.olx.com.my
  14. www.my.eonad.com
  15. www.malaysia.freeadstime.org
  16. www.yalwa.my
  17. www.classifieds.sulekha.com
  18. www.eraju.com
  19. www.freeadscity.com
  20. www.4221business.com
  21. www.gofreeads.com
  22. www.postfreeadshere.com
  23. www.adsnity.com
  24. www.classifieds.catchsmile.com
  25. www.bruclass.com
  26. www.theclassifiedfreeads.com
  27. www.glasyads.com
  28. www.buckeyedas.com
  29. www.cyourad.com

lain-lain portal pengiklanan yang berkaitan.

3. Iklan (Berbayar)

Promosikan blog/laman web tuan dan fan page melalui

– google adword

Kalau tak tahu tentang google adword saya cadangkan belajar melalui bengkel berikut.

Picture47

4. Google Map

Daftar lokasi perniagaan di dalam google map melalui link berikut;

https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=lbc&continue=https://www.google.com/local/add%3Fservice%3Dlbc

Harap membantu. Insya Allah.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN SYARIKAT PERKONGSIAN UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN BAGI DIRI SENDIRI?

Salam hormat, kali ini saya ingin menjawab soalan yang ditanya oleh salah seorang pembaca buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman. Berikut merupakan soalan beliau;

Soalan

Salam abg wahi, saya nak tanya pendapat abg wahi. Saya ada nama kat dalam syarikat Enterprise (perkongsian), tetapi saya tak terlibat secara langsung pun dengan perniagaan tu. Perniagaan tu diusahakan oleh anak saudara.

Boleh tak saya guna statement akaun perniagaan tu utk buat permohonan loan?

Jawapan

Boleh, kalau salah seorang rakan kongsi tidak mahu pinjaman dibuat atas nama syarikat, maka pinjaman boleh dibuat di atas nama pemilik syarikat. Penyata akaun semasa syarikat boleh digunakan sebagai dokumen sokongan yang menyatakan tuan mempunyai “extra income”.

Soalan

Kalau boleh, apa dokumen syarikat yg bank akan mintak?

Jawapan

  • Lesen syarikat
  • Penyata akaun semasa syarikat (6 bulan)
  • IC Pemilik syarikat
  • Slip gaji 3 bulan (tempat kerja individu yang nak buat pinjaman)
  • KWSP, ASB dan Saham (Kalau ada)

Ini merupakan video jawapan lengkap saya.

Harap membantu. Insya Allah.

KERETA SAMBUNG BAYAR, PENTING ADA PERJANJIAN JUAL BELI

Salam hormat, kali ini saya ingin menjawab soalan dari pembeli DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa. Berikut merupakan soalan beliau.

Soalan

Salam.. tuan, saya nak tanya.. dalam DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa ada fail ‘sambung bayar’ (doc pdf dan word) ; setelah isi semua borang , adakah kereta akan bertukar milik kepada kita dan kita sambung bayar loan kereta yang masih dalam akaun penjual..? confius sikit la.

Jawapan

Surat perjanjian jual beli berkenaan boleh digunakan untuk tukar hak milik dengan syarat pinjaman dengan bank telah diselesaikan. Surat perjanjian berkenaan penting untuk.

1. Melindungi tuan sekiranya pemilik asal kenderaan cuba mengambil balik kenderaan setelah tuan penat melangsaikan hutangnya.

2. Menukar nama pemilik kenderaan (selepas hutang selesai) sekiranya pemilik asal tidak dapat dikesan.

p/s : pernah terjadi kepada saya, tidak membuat surat perjanjian berkenaan, selepas mengeluarkan banyak wang membaiki kenderaannya. Pemilik kenderaan meminta dikembalikan keretanya, kalau saya tidak mahu memulangkannya, dia mahu lapor kepada polis mengatakan saya mencuri keretanya. Kalau ada perjanjian, perkara berkenaan mungkin tidak terjadi.

Harap membantu. Insya Allah.

Analytic Code