Wahi Abd Rashid

MULAKAN BISNES KERETA SEWA DEMI ANAK-ANAK

Puan Nurul Huda (kanan sekali) bersama pelangganya

Salam artikel kali ini saya nak kongsi kisah Puan Nurul Huda di Pulau Pinang. Beliau sebenarnya memulakan bisnes kereta sewa pada Nov 2018. Ketika itu beliau masih bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat. Memandangkan beliau tiada masa menguruskan bisnes kereta sewa pada masa itu, beliau mengambil keputusan untuk menyewakan keretanya kepada pemandu Grab pada kadar RM1,500 sebulan.

Kadar sewa agak lumayan, namun setelah beberapa bulan beliau dapati jarak penggunaan keretanya agak tinggi. Secara purata keretanya akan bergerak lebih 7,000 KM sebulan. Sekiranya beliau terus menyewa kepada pemandu Grab berkenaan, silap hari bulan, jangka hayat keretanya itu mungkin semakin singkat.

Justeru beliau terfikir untuk menyewakan sendiri keretanya itu, masalahnya beliau tiada pengalaman. Kebetulan beliau ternampak program bisnes kereta sewa yang disediakan Green Matrix iaitu Green Matrix Independent Supplier (GMIS). Melalui program berkenaan beliau akan dapat sistem temahan kereta sewa online dan latihan secara percuma. Beliau mendaftar sebagai peserta GMIS pada Feb 2019.

Pada April 2019 beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja memandangkan anak-anaknya selalu jatuh sakit dan beliau juga susah untuk meminta cuti. Pada bulan yang sama beliau mengambil keputusan untuk menyertai program Green Matrix Licensee (GML). Sepanjang beliau menyertai GMIS dan GML dari Feb hingga May 2019 beliau tidak menjana apa-apa pendapatan dari program berkenaan kerana keretanya masih di sewa oleh pemandu Grab.

Walau bagaimanapun beliau sudah belajar cara-cara untuk menguruskan bisnes kereta sewa sepanjang menyertai program berkenaan. Pada Jun 2019 beliau mendapat kembali kereta yang disewa kepada pemandu Grab. Pada bulan Julai 2019 beliau membeli lagi 2 unit kereta untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Berikut merupakan pendapatan beliau dari Jun hingga Sept 2019.

  • Jun – RM568
  • July- RM4,238
  • Ogos-RM5,688 – Dapat 1 unit Alza secara pajak.
  • Sept – RM7,712

Semenjak menyertai GML, tempahannya semakin meningkat dan beliau bercadang untuk menambah lagi beberapa unit kereta dan sasaran beliau untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan. Begitulah kisah Puan Nurul Huda yang berhenti kerja demi menjaga anak-anaknya dan kini sudah menjana pendapatan yang agak lumayan dari bisnes kereta sewa.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code