MULAKAN BISNES KERETA SEWA SEBAB TAKUT KENA BUANG KERJA

Tuan Mohd Khaidzir (kiri sekali)

Salam kali ni saya nak kongsi kisah Green Matrix Licensee di Miri, Sarawak iaitu Tuan Mohd khaidzir Abdul Kadir. Beliau menyertai Green Matrix pada 17 Dis 2014. Sebelum menyertai Green Matrix Licensee beliau bekerja dengan syarikat minyak & gas.

Disebabkan industri minyak & gas pada masa itu semakin merudum, beliau cuba mencari peluang perniagaan yang boleh diusahakan. Kebetulan ketika itu beliau sudah memulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan, cuma beliau bimbang kerana tiada sistem perniagaan yang betul.

Setelah tercari-cari ilmu tentang bisnes kereta sewa, beliau ternampak tentang peluang menyertai program Green Matrix Licensee pada masa itu. Tanpa berfikir panjang beliau ambil keputusan untuk menyertai program berkenaan.

Sepanjang menjalankan bisnes kereta sewa, beliau pernah kehilangan sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang dicuri oleh pelanggannya sendiri. Nasib baik beliau dapat gantirugi dari kes berkenaan.

Setelah kehilangan kereta beliau hadapi masalah lain pula, tanpa beliau sedari, pekerja yang beliau ambil rupanya tidak amanah. Beliau hairan kutipan sewa selalu tidak cukup dan keretanya pula selalu rosak.

Setelah disiasat rupanya kakitangannya itu menjual alat ganti keretanya yang baru dan menggantikan dengan alat ganti yang rosak. Setiap bulan kakitangannya akan buat tuntutan penyelengaraan kereta, Akibatnya kos beliau meningkat tetapi hasil tidak seberapa.

Setelah memecat kesemua kakitangannya, beliau terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan bisnes kereta sewa bersama ibunya. Banyak kerugian yang beliau terpaksa tanggung angkara kakitangannya yang tidak amanah.

Apa pun pelanggan yang datang ke Miri, beliau tetap layan dan berikan servis terbaik. Beliau mula luangkan sedikit masa untuk hadir sesi latihan yang disediakan oleh pihak Green Matrix. Hasilnya perniagaannya menjadi semakin tersusun.

Apabila keadaan kewangan perniagaannya semakin baik, beliau mula mengambil kakitangan baru, kali ini beliau lebih berhati-hati mengambil kakitangan. Kini jumlah kakitangannya ada 6 orang.

Beliau sentiasa memantau prestasi perniagaannya. Syukur Alhamdulillah setelah mengaplikasi segala ilmu yang beliau belajar di dalam Green Matrix, kini beliau berjaya menjana pendapatan secara purata lebih RM80,000 setiap bulan dengan keuntungannya melebihi 15%.

Apa yang menarik, beliau hanya mempunyai 20 unit kereta sahaja. Menurut beliau jenama Green Matrix yang kuat dan sistem perniagaan yang diberikan banyak membantu beliau menjana pendapatan dengan mudah.

FAKTOR KEJAYAAN

Walaupun menghadapi cabaran pada awal namun beliau seorang yang sangat cekal, berikut merupakan 10 faktor kejayaan beliau,

  1. Beliau sangat sayang ibunya.
  2. Beliau tidak mudah putus asa.
  3. Apabila bercakap, sangat sopan.
  4. Sangat setia dengan rakan kongsinya.
  5. Tidak suka memberi alasan.
  6. Sangat menjaga kebajikan kakitangannya.
  7. Hormat gurunya.
  8. Sangat pemurah belanja makan.
  9. Tidak kedekut untuk menuntut ilmu.
  10. Bekerja sangat sistematik.

Begitulah kisah Tuan Khaidzir Green Matrix Licensee di Miri Sarawak. Selepas perniagaannya kembali pulih beliau ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat minyak dan gas dengan gaji yang lumayan. Namun semua itu tidak menjadi masalah kepadanya. Bisnes kereta sewanya di Miri diuruskan sepenuhnya oleh kakitangannya di Miri yang sudah dilatih. Beliau hanya memantau dari jauh. Beliau masih bekerja dalam masa yang sama ada perniagaan bisnes kereta sewa.