Wahi Abd Rashid

Coaching

Assalamualaikum dan salam hormat, terima kasih kerana berminat dengan program Coaching Bisnes Kereta Sewa. Program ini saya buka semula untuk membantu pengusaha kereta sewa kecilan-kecilan menjalankan perniagaan kereta sewa dengan sistem yang betul.

SIAPA SAYA?

Saya merupakan CEO Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat saya terlibat dalam bidang pelancongan di mana kami khusus dalam perkhidmatan kereta sewa.

Saya terlibat dalam perniagaan kereta sewa sejak tahun 1997 lagi di mana saya pernah bekerja sebagai runner di sebuah syarikat pelancongan di Langkawi. Pada tahun 2006 saya mengambil keputusan untuk membangunkan perniagaan kereta sewa milik saya sendiri.

Saya bermula dengan modal RM3,000 sahaja dan kini Alhamdulillah syarikat merupakan syarikat kereta sewa terbesar di Malaysia. Buat masa ini kami mempunyai 22 cawangan di seluruh Malaysia dan menguruskan lebih 1,000 unit kereta sewa pelbagai model.

MENGAPA BUAT PROGRAM INI?

Program ini saya anjurkan untuk memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kereta sewa yang masih baru untuk belajar selok-belok tentang perniagaan kereta sewa terus daripada saya. Saya harap program ini dapat membantu pengusaha kereta sewa yang masih baru menjalankan perniagaan kereta sewa dengan sistem yang betul.

SIAPA YANG LAYAK SERTAI PROGRAM INI?

Program ini saya buka kepada sesiapa sahaja yang baru hendak memulakan perniagaan kereta sewa atau mereka yang sudah menjalankan perniagaan kereta sewa.

BAGAIMANA PROGRAM INI DIJALANKAN?

Coaching akan dijalankan secara online melalui live video dalam facebook group, Setiap minggu peserta perlu melaporkan jumlah kutipan sewa, perancangan perniagaan, halangan dan pertanyaan di dalam group facebook berkenaan. Saya akan menjawab segala persoalan secara live video di dalam group berkenaan.

BERAPA LAMA PROGRAM INI DIJALANKAN?

Program ini akan dijalankan dalam tempoh 6 bulan.

APA SYARAT PROGRAM INI?

Peserta program mestilah komited dengan segala tugasan yang diberikan. Pihak admin berhak menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak komited.

BERAPA YURAN PROGRAM INI?

Yuran penyertaan adalah RM1,997.

BAGAIMANA NAK DAFTAR?

Langkah 1

Buat bayaran melalui akaun Maybank : 511065549827 (Green Matrix Services). Email : info@wahiabdrashid.com.

Langkah 2

Isikan borang di bawah

Coaching Bisnes Kereta Sewa

Langkah 3

Anda akan diberikan link untuk join facebook group dalam tempoh 24 jam selepas mendaftar.

Analytic Code