Wahi Abd Rashid

Category Archives: Pelaburan Hartanah

PINJAMAN HARTANAH RM4 JUTA

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Untitled

PINJAMAN HARTANAH RM4 JUTA

Assalamualaikum dan salam hormat. Terima kasih kerana singgah ke blog ini. Kali ini saya ingin kongsi ilmu bagaimana untuk mendapatkan pinjaman hartanah berjumlah RM4 Juta.

Ilmu ini saya perolehi daripada salah seorang mentor saya yang berkongsi pengalamannya membeli beberapa hartanah di dalam satu seminar yang saya hadiri.

Teknik yang beliau gunakan boleh dikatakan agak ganas, namun hasilnya beliau berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM4 juta untuk pembelian hartanahnya.

Bagaimana Caranya?

Berikut merupakan ringkasan yang beliau kongsikan dengan saya.

  1. Pastikan rekod ccris dan ctos cantik.
  2. Pastikan anda ada syarikat Sdn Bhd.
  3. Bayar cukai pendapatan (mentor saya bayar cukai RM100K).
  4. Pergi ke bank dan tunjukkan bukti bayaran cukai pendapatan.
  5. Semakin tinggi cukai pendapatan, makin tinggi jumlah pinjaman anda.

Untuk langkah di atas, beliau bejaya mendapat tawaran pinjaman sebanyak RM4 juta secara blanket. Maksudnya beliau boleh membeli beberapa hartanah pada bila-bila masa tidak melebihi RM4 juta tanpa perlu membuat permohonan berulang kali.

Peringatan

  • Teknik ini bukan untuk mereka yang tidak ada duit.
  • Anda perlukan modal untuk membeli hartanah.
  • Teknik ini hanya untuk pelaburan, tidak boleh salah guna.
  • Anda perlu mempunyai disiplin pengurusan kewangan yang tinggi.
  • Pastikan anda ada perancangan rapi sebelum membeli hartanah.
  • Sebolehnya anda ada ilmu tentang Investment Holding Company (IHC).
  • Belajar daripada mentor yang sudah berpengalaman.

Perlu Bimbingan?

Terdapat beberapa orang mentor yang sudi memberi bimbingan kepada anda. Contohnya Dr Shah Razali (DSR), Dr Azizan Osman dan juga Tuan Zafrol Rizal Mat (Jerry).

Saya pula bukan pakar hartanah, walau bagaimanapun Insya Allah saya boleh berkongsi ilmu sekadar yang saya tahu. Setakat ini saya banyak berkongsi ilmu melalui group berikut ;

  1. Get Out From Rat Race –> http://on.fb.me/1e8fBb5
  2. Kelab Usahawan Kereta Sewa –> http://on.fb.me/1xq2vOk
  3. Koleksi Video Wahi Abd Rashid –> http://on.fb.me/1LqFizN

Anda boleh sertai group di atas dan hadam ilmu-ilmu yang saya kongsikan. Penyertaan adalah percuma, tiada bayaran dikenakan.

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

BAGAIMANA GAJI RM2002 BOLEH BELI RUMAH RM270,000?

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Picture23

Skrin shot di atas merupakan mesej yang saya terima daripada salah seorang rakan melalui facebook. Beliau sangat gembira kerana permohonan pinjaman rumahnya yang pertama telah lulus. 

Harga rumah berkenaan adalah RM270,000. Beliau mendapat margin pinjaman daripada CIMB sebanyak 80% dengan kadar faedah 4.6% setahun.

Walaupun margin pinjaman yang ditawarkan lebih rendah (biasanya 90% untuk rumah pertama dan kedua), namun pada saya ia dah kira ok daripada tak dapat langsung.

BAGAIMANA BELIAU LAKUKAN?

Untuk makluman anda, rakan saya ini masih bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji bulanan RM2002. Beliau masih bujang dan usianya hampir mencecah 30 tahun (maaf ya Arif bocor rahsia sikit).

Jika diperhatikan dari segi gaji, saya rasa beliau tidak layak untuk membeli rumah berkenaan. Ini kerana bayaran ansuran rumah berkenaan melebihi separuh daripada gajinya iaitu 67%.

Itupun sekiranya beliau membuat pinjaman sehingga tempoh maksimum iaitu 35 tahun. Berikut merupakan contoh pengiraan ansuran pinjaman beliau.

Harga rumah : RM270,000
Margin pinjaman : RM270,000 x 80% = RM216,000
Faedah = (RM216,000 x 4.6%) x 35 tahun = RM347,760
Jumlah Pinjaman = RM216,000 + RM347,760 = RM563,760
Ansuran bulanan = RM563,760/420 bulan = RM1342.28

Jadi jumlah gaji yang beliau terpaksa peruntukkan untuk membayar ansuran rumah berkenaan.

= (Ansuran bulanan rumah/gaji) x 100%
= (RM1342.28/RM2002) x 100%
= 67%

Jumlah berkenaan memang sangat tidak logik kerana mana mungkin beliau dapat hidup dengan baki gaji sebanyak RM659.72 (RM2002 – RM1342.28 = RM659.72). Sudah tentu beliau perlu membeli makanan, bayar bil, ansuran kenderaan dan sebagainya.

Persoalannya, bagaimana pihak bank boleh memberi pinjaman sedangkan boleh dikatakan beliau tidak mampu memiliki rumah berkenaan.

INI RAHSIA BELIAU

Walaupun beliau bergaji RM2002, namun beliau mempunyai pendapatan tambahan hasil daripada perniagaannya.

Untuk makluman, beliau merupakan pembekal GPS Tracker kepada pengusaha kereta sewa, syarikat dan juga individu di seluruh Malaysia.

Selain itu beliau turut menjalankan bisnes kereta sewa di sekitar Kuala Lumpur. Pendapatannya kadangkala mencecah sehingga sehingga 5 angka sebulan.

Walaupun mempunyai 3 buah kereta di atas nama sendiri dengan ansuran bulanan RM1650, namun beliau berjaya membuktikan kereta-kereta berkenaan boleh menjana pendapatan kepadanya.

Beliau tahu bagaimana untuk menunjukkan kepada bank bahawa beliau mampu memiliki rumah berkenaan. Jadi tidak hairanlah sekiranya pihak bank memberi pinjaman walaupun beliau bergaji kecil.

BELIAU BOLEH ANDA JUGA BOLEH

Pada saya, semua orang boleh boleh memiliki rumah sendiri, janji perlu ada ilmu. Sekiranya anda teringin memiliki rumah sendiri, maka saya mencadangkan anda menggunakan teknik yang diterangkan di dalam Ebook RAHSIA PINJAMAN RUMAH.

Maklumat lanjut –> KLIK SINI

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

GAJI CIPUT, NAK BELI HARTANAH RM2.5 JUTA?

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Assalamulaikum

Beberapa hari yang lalu saya menerima mesej dari seorang kenalan di facebook. Beliau bercadang membeli sebidang tanah bernilai RM2.5 Juta. Tanah berkenaan mempunyai deretan kedai yang mempunyai kutipan sewa sebanyak RM30K. Walau bagaimanapun beliau tidak tahu bagaimana untuk membeli hartanah tersebut memandangkan beliau mempunyai pendapatan yang kecil. Berikut merupakan skrinshot soalan beliau.

beli tanah RM2.5 juta

PENDAPAT SAYA

Terus terang saya perlu mengaku bahawa saya bukanlah pakar hartanah. Saya pun masih belajar selok belok hartanah ni. Walau bagaimanapun memandangkan beliau sekadar meminta pendapat saya maka ini adalah jawapan saya.

Wasalam

Kalau nak diikutkan peluang pelaburan ini sentiasa ada. Walaupun tuan terlepas peluang membeli tanah tersebut, tidak perlu bimbang kerana di masa akan datang pasti ada peluang yang lain.

Apa yang penting pastikan tuan membuat persediaan sebelum melabur. Mulakan kecil-kecilan dahulu dan belajar selok belok tentang hartanah perlahan-lahan.

Untuk pelaburan dalam kuantiti yang besar sebegitu, ia memerlukan kerjasama berpasukan. Mungkin tuan perlu belajar bagaimana untuk mengumpul modal melalui penubuhan syarikat Investment Holding Company (IHC). Di dalam syarikat berkenaan para pemegang saham boleh menyumbang modal untuk membeli hartanah secara berjemaah.

Sungguhpun begitu ia memerlukan ilmu pengurusan kewangan yang tinggi untuk mencapainya. Justeru saya cadangkan supaya tuan belajar melalui buku, seminar dan dapatkan mentor untuk belajar tentang pelaburan hartanah.

Sekian.

JAWAPAN BALAS

Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan jawapan saya. Berikut merupakan jawapan balas beliau.

Assalamualaikum.

Terima kasih atas nasihat dan pandangan tuan yang positif, sebab bila tuan sebut mengenai peluang yang sentiasa ada dalam pelaburan, saya mulai sedar yang masa masih ada untuk saya mencari peluang lain dalam perniagaan dan menambah ilmu mengenai selok belok dunia ini.

Terima kasih banyak tuan atas nasihat, kerana jarang nak dapat nasihat yang positf dan membina dari orang kita. Terima kasih sekali lagi tuan.

SEBELUM MELABUR BELAJAR DAHULU

Seperti jawapan saya di atas, sebelum melabur, pastikan anda belajar dahulu. Kalau tidak wang yang dilabur pasti lebur. Setahu saya, banyak ebook, buku, DVD dan seminar mengenai pelaburan hartanah yang ada di Malaysia. Pakar hartanah yang saya kenal adalah Azizi Ali, Faizul Ridzuan, Saufi Karim, Tuan Bri, Abang Engsem, Zaidi Ismail, Dr Shah Razali dan Shafie Bustan. Boleh dikatakan saya memiliki semua hasil penerbitan mereka. Kalau boleh saya nak rekomen anda mendapatkan semua penerbitan mereka.

Hasil pembelajaran daripada buku, ebook, DVD dan seminar dapatlah saya menyewakan 2 buah rumah dengan keuntungan sebanyak RM19,200 setahun. Apa yang menariknya wang berkenaan saya dapat tanpa perlu bekerja keras dan hartanah berkenaan saya dapat secara percuma (dibayar oleh penyewa).

rumah

2 buah rumah sewa saya

Pengiraan kutipan sewa

Pendapatan

Sewa Rumah 1 = RM2,000
Sewa Rumah 2 = RM1,800
Jumlah = RM3800/sebulan

Perbelanjaan

Ansuran Bank Rumah 1 = RM800
Ansuran Bank Rumah 2 = RM1,000
Bil Air & Elektrik = RM200
Upah penjaga = RM100
Lain-lain = RM100
Jumlah = RM2,200/sebulan

Untung

RM3800 – RM2200 = RM1,600/sebulan

Keuntungan Setahun

RM1600 x 12 bulan = RM19,200

Kalau nak dibandingkan dengan pakar hartanah yang saya sebutkan di atas, pendapatan yang saya perolehi jauh lebih kecil daripada mereka. Namun saya bersyukur kerana jumlah berkenaan bolehlah digunakan untuk menampung serba-sedikit perbelanjaan saya setiap bulan. Semua itu tidak akan berlaku sekiranya saya tidak belajar ilmu pelaburan hartanah.

SAYA BOLEH, ANDA JUGA BOLEH

Salah satu masalah yang saya hadapi untuk belajar ilmu pelaburan hartanah adalah saya tinggal agak jauh (Bintulu) sedangkan sifu-sifu hartanah kebanyakannya tinggal di semenanjung. Jadi kos untuk pergi kursus agak tinggi.

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau sifu duduk sebelah rumah pun, tapi dalam hati tak ada niat nak belajar, dapat free pun tak guna.

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..
Analytic Code
%d bloggers like this: