Wahi Abd Rashid

Category Archives: Bisnes Kereta Sewa

BAGAIMANA NAK BUAT BISNES KERETA SEWA KALAU TAK ADA KERETA/MODAL?

Salam pos ni saya buat untuk jawab soalan favourite yang saya selalui terima. Bagaimana nak buat bisnes kereta sewa kalau saya tak ada kereta? Pada saya sebenarnya lebih bagus anda bermula kalau tak ada kereta. Banyak pengusaha kereta sewa membuat kesilapan besar membeli kereta dahulu, kemudian baru sibuk nak cari pelanggan.

Apa yang berlaku, mereka terdesak untuk mendapatkan pelanggan, dan akhirnya tersilap menyewakan kepada pelanggan yang tidak berkualiti. Dalam bisnes kereta sewa kunci kejayaan adalah anda perlu tahu bagaimana nak mencari pelanggan yang berkualiti.

Anda boleh bermula dengan mempromosi kepada keluarga dan kawan-kawan yang anda kenal. Kalau anda dapat tempahan, anda boleh saja ambil kereta pengusaha kereta sewa atau kawan-kawan terdekat. Hubungi mereka, ajak minum teh tarik, perkenalkan diri dan dapatkan harga agen.

Pelanggan yang sudah gunakan servis anda, minta mereka promosikan perkhidmatan anda kepada keluarga dan kawan-kawan mereka pula. Kalau anda boleh promosikan kepada 1,000 orang yang anda kenal, ianya sudah cukup baik.

Biasanya anda boleh dapat komisen di antara 10% – 30% bergantung kepada harga yang anda berjaya jual. Fokus cari pelanggan, dapatkan tempahan sebanyak mungkin, masukkan duit dalam akaun khas.

Sampai satu tahap apabila pendapatan anda sudah cukup banyak dan stabil, anda boleh decide untuk beli kereta sendiri. Gunakan akaun berkenaan sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan pinjaman bank. Untuk lebih faham boleh tonton video di atas.

Apa yang penting anda perlu ada ilmu, sistem dan pasukan untuk menjalankan perniagaan ini bersama. Klik SINI kalau anda rasa Program BKS360 sesuai untuk anda.

KISAH CIKGU FAUZIATI

Cikgu Fauziati Ab Wahab merupakan rakan niaga Green Matrix di Mersing sejak tahun 2013. Semasa menyertai Green Matrix, beliau menghadapi masalah kewangan yang pada pemikirannya sangat berat. Semasa belajar di universiti, beliau pernah membuat pinjaman membeli komputer dengan sebuah syarikat. Malangnya beliau gagal meneruskan pengajian dan gagal membayar pinjaman berkenaan.

Tanpa beliau sedari, nama beliau telah disenarai hitamkan oleh syarikat berkenaan. Jumlah pinjaman semakin lama semakin meningkat sehingga mencecah RM8K. Beliau yang baru memulakan pekerjaan sebagai guru ketika itu merasakan jumlah berkenaan terlalu besar dan hampir mustahil untuk diselesaikan. Di tambah dengan kematian bapanya pada masa itu, beliau terpaksa menyara keluarganya.

Nak buat pinjaman peribadi tak dapat, nak beli kereta pun tak dapat. Satu-satu caranya adalah beliau perlu mencari sumber pendapatan tambahan untuk menyelesaikan hutangnya itu. Dalam banyak-banyak perniagaan beliau memilih untuk memulakan bisnes kereta sewa, memandangkan ada keluarganya yang berjaya dalam perniagaan berkenaan.

Beliau memilih untuk menyertai program licensing kereta sewa Green Matrix. Memandangkan beliau tiada modal, beliau hanya mampu membayar yuran RM500 dan bakinya dibayar secara ansur-ansur. Dengan ilmu dan sistem yang diberikan, beliau berjaya menjana pendapatan sehingga RM30 – 40K sebulan.

Walau pun tiada kereta, beliau banyak fokus mencari pelanggan dan mendapatkan tempahan sebanyak mungkin. Apa yang beliau buat adalah beliau bekerjasama dengan ramai pengusaha kereta sewa di kawasan sekitarnya. Kalau dapat tempahan beliau akan ambil kereta orang lain dan makan komisen.

Dalam masa beberapa bulan, beliau berjaya menyelesaikan hutangnya dengan syarikat berkenaan. Memandangkan beliau berusaha menyelesaikan hutangnya itu, maka syarikat itu memberikan diskaun sebanyak RM2K, jadi baki yang perlu dibayar hanya RM6K sahaja.

Sebaik sahaja namanya sudah clear, beliau mula membeli kereta sendiri. Pendapatannya terus meningkat sehingga beliau mampu membawa ibunya tinggal bersamanya di Mersing. Bagi membantu perniagaannya, beliau turut membawa adik-beradiknya bekerja dan tinggal bersamanya di Mersing.

Malangnya perniagaannya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekerja sehingga beliau mendapat amaran daripada majikan. Beliau masih sayangkan pekerjaannya sebagai guru, jadi beliau minta kakaknya menguruskan perniagaan kereta sewa, sementara beliau kembali fokus kepada pekerjaannya sebagai guru.

Beliau menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam Green Matrix untuk mengembangkan profesionnya sebagai guru. Hasilnya beliau dianugerahkan sebagai guru cemerlang pada tahun 2018. Beliau juga telah membawa anak muridnya ke luar negara dalam pertandingan robotik dan memenangi pertandingan berkenaan.

Kini beliau dilantik sebagai coach untuk mengajar guru-guru lain supaya menjadi guru cemerlang. Beliau bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan kereta sewa di Mersing dan memiliki sebuah resort di sana. Begitulah serba sedikit kisah Cikgu Fauziati Ab Wahab yang pada mulanya menghadapi masalah kewangan, kini berjaya menjadi guru cemerlang, dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada keluarganya dan membantu ramai orang.

Pastinya beliau menghadapi pelbagai cabaran semasa menjalankan perniagaan kereta sewa, namun dengan ilmu dan sistem yang betul semua cabaran berkenaan dapat dihadapi dengan mudah. Harap anda mendapat inspirasi dengan kisah ini.

CARA BETUL KUMPUL MODAL PERNIAGAAN

Salam hormat, Alhamdulillah terima kasih kerana sudi melawat blog ni. Ok kali ni saya nak share satu ilmu baru yang saya belajar beberapa bulan lepas. Ilmu ni saya dapat sebab nak belajar bagaimana nak dapatkan modal untuk kembangkan projek Gocareta.

Bagi anda yang belum tahu, Gocareta ini adalah projek di mana saya mahu membina satu sistem yang membolehkan pengguna menyewa kereta secara layan diri. Saya mahu membina perniagaan kereta sewa yang boleh beroperasi secara automatik sepenuhnya.

Sebenarnya prototaip sistem Gocareta ini sudah siap. Cuma ianya memerlukan modal yang agak besar untuk dikembangkan. Untuk lebih faham bagaimana sistem Gocareta berfungsi anda boleh tonton video di bawah.

 

www.gocareta.com

Nak gunakan modal sendiri tu mungkin boleh, tapi saya perlu ambil masa yang lebih panjang untuk kembangkan projek ini. Kalau ada modal dari pelabur memang terbaik. Cuma saya tak tahu cara terbaik untuk bekerjasama.

Memang banyak sahabat-sahabat saya yang nak melabur dalam syarikat saya tapi sebenarnya ianya bukan pelaburan. Ianya adalah pinjaman, mereka berikan duit dalam kuantiti tertentu dan saya kena bayar balik dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Jadi saya tercari-cari bagaimana untuk mendapatkan modal, tanpa perlu saya pening kepala memikirkan bagaimana nak bayar balik modal mereka itu. Bukan saya tidak mahu bayar, cuma bila kita membangunkan satu benda baru, ianya mungkin mengambil masa untuk memberikan pulangan.

 

ULTRA RICH

Ok dipendekkan cerita, beberapa bulan sebelum ini saya ada hadir satu kelas perniagaan di luar negara. Ada 2 orang speaker yang berkongsi pengalaman mereka. Mereka ini merupakan pengurus dana untuk orang kaya.

Menurut mereka sebenarnya di dalam dunia ini ada manusia yang tersangat kaya. Mereka ini digelar Ultra Rich. Ultra Rich ni bermakna mereka mempunyai tunai di dalam bank lebih USD100 juta.

Masalah Ultra Rich ni adalah apabila mereka menyimpan duit di dalam bank, nilainya akan menyusut sedikit demi sedikit kerana insflasi. Jadi mereka perlu melabur wang berkenaan untuk mengelakkan nilainya semakin mengecil.

Apa yang menarik, memandangkan mereka ini terlalu kaya, maka bank akan memberi pinjaman 4 kali ganda daripada nilai yang mereka ada di dalam bank. Bermakna kalau mereka ada USD100 juta, maka bank akan memberi mereka pinjaman sebanyak USD400 juta.

Jadi sekarang mereka ada USD500 juta, dan paling menarik kadar bunga yang dikenakan adalah 1% sahaja setahun. Bayangkan anda anda RM1,000,000 dan ada orang beri pinjam RM4,000,000 dengan kadar bunga 1% setahun. Sekarang anda ada RM5,000,000 dan kadar bunga yang anda perlu bayar adalah RM40,000 setahun.

Rasanya apa yang anda akan buat? Kalau amaun sikit boleh la simpan dalam ASB, beli hartanah atau buat bisnes kecil-kecil. Tapi kalau amaun dah USD500 juta, mana nak letak duit tu? Jadi Ultra Rich ni ada pengurus-pengurus dana yang mencari perniagaan-perniagaan yang berpotensi untuk dilaburkan. Mereka tak perlu untung banyak, asalkan dapat pulangan 6% – 8% setahun dah ok.

Tujuan mereka adalah supaya dapat bayar balik kadar bunga yang dikenakan oleh pihak bank, dan mengelakkan kekayaan mereka menyusut. Tak ada duit pening, ada duit pun pening kan? tapi lebih baik pening kepala sebab banyak sangat duit.

 

MODAL ULTRA RICH

Nak dapat modal daripada Ultra Rich ni bukannya mudah. Bukannya kita boleh bagi salam dan minta modal macam tu saja. Mereka ni akan melabur dalam syarikat dalam amaun USD100 juta ke atas. Kalau setakat nak buat bisnes kecil-kecil mereka memang tak pandang.

Jadi kita kena ada bisnes model yang scalable atau dalam bahasa mudahnya perniagaan yang boleh dikembangkan pada skala yang lebih besar. Perniagaan yang kita buat tu mestilah cerah masa hadapannya. Jadi bisnes model yang betul tu sangat penting.

Kalau nak cerita tentang bisnes kereta sewa, memang susah nak dapat modal daripada Ultra Rich, sebabnya bisnes kereta sewa ni consider dalam fasa sunset. Bisnes fasa sunset maksudnya bisnes yang sedang dalam proses meninggal.

Kalau bisnes kereta sewa dalam fasa sunset, kenapa saya masih lagi nak buat bisnes ni? Pada pendapat saya bisnes kereta sewa yang dalam fasa sunset adalah bisnes kereta sewa cara konvensional. Maksudnya bisnes kereta sewa yang masih menggunakan cara lama iaitu dengan buka Syarikat Sdn Bhd, buka pejabat, beli kereta di bawah nama syarikat, mohon permit dan sebagainya.

Kenapa ianya menjadi bisnes yang sunset? kerana kosnya sangat mahal, pulangannya pula tidak setimpal, ditambah dengan ledakan internet, sesiapa sahaja boleh buka syarikat kereta sewa pada kos yang rendah. Undang-undang tu belakang kira la, sebab bila dah online susah pihak berkuasa nak ambil tindakan. Sama macam Uber dan Grab dulu.

Apabila bisnes kereta sewa dikatakan sebagai bisnes yang sedang dalam fasa sunset, tidak bermakna ianya tidak ada potensi. Kot mana sekali pun orang tetap perlukan pengangkutan. Cuma caranya mungkin sudah berubah.

Contoh paling mudah adalah bisnes teksi, kalau diikutkan bisnes teksi memang dalam fasa sunset, siapa yang buat bisnes teksi memang cari nahas. Tetapi tidak bermakna orang tidak memerlukan perkhidmatan teksi, cuma cara orang guna teksi sudah berubah.

Sekarang pengguna lebih suka guna Uber atau Grab berbanding teksi kerana ianya lebih pantas, telus dan selesa berbanding teksi.

Bisnes kereta sewa cara konventional memang dalam fasa meninggal, siapa yang buat bisnes kereta sewa cara lama memang cari nahas. Pada masa depan pengguna mahukan bisnes kereta sewa yang dapat beri servis lebih pantas, lebih baik dan mungkin pada harga lebih rendah.

Jadi muncullah apps carsharing seperti Gocar dan Socar yang membolehkan penyewa menyewa kereta secara layan diri. Dengan menggunakan telefon bimbit, mereka boleh booking, unlock dan lock kereta tanpa bertemu sesiapa.

Sistem yang sama juga cuba saya perkenalkan di dalam Gocareta. Cuma Gocar dan Socar ada investor yang kuat. Jadi dari segi modal mereka tiada masalah. Gocar back up dari Nissan, sebab tu semua keretanya jenama Nissan.

Kalau Socar saya tidak pasti siapa yang back up, cuma saya berpendapat ianya adalah gabungan syarikat dari Malaysia dan Korea. Apa beza Gocareta dengan Gocar dan Socar?. Gocareta hanyalah platform yang menghubungkan antara kereta dan pengguna.

Bisnes model Gocareta tidak perlu beli kereta sendiri. Sama seperti Uber yang tidak membeli kereta untuk pemandunya. Gocar dan Socar masih menggunakan bisnes model cara lama iaitu membeli kereta sendiri.

Pada pendapat saya, Gocareta lebih mudah dikembangkan berbanding syarikat lain kerana Gocareta tidak perlu pening kepala nak beli kereta sendiri. Guna saja kereta sedia ada. Gocareta hanya fokus memberi khidmat sokongan kepada pemilik kereta dan pengguna.

Di dalam Malaysia ini terdapat lebih kurang 14.4 juta kereta berdaftar. Bayangkan kalau 1% sahaja kereta berdaftar dalam sistem Gocareta. Bermakna terdapat lebih 140,000 kereta untuk dikongsi. Bisnes model Gocareta lebih mudah dikembangkan pada skala yang besar.

Jadi sesuatu bisnes yang dalam fasa sunset, kalau kita revamp balik bisnes modelnya, ia mungkin kembali kepada fasa sunshine. Dan sekiranya ia mempunyai masa depan yang sangat cerah, kemungkinan Ultra Rich berminat untuk melabur.

 

ANGEL INVESTOR

Sebelum Ultra Rich masuk, biasanya angel investor akan masuk dahulu. Angel investor akan melabur pada skala yang lebih kecil. Biasanya angel investor akan masuk untuk fasa start up. Angel investor akan berikan modal dan sebagai jaminan mereka mahukan sedikit pegangan saham.

Sebelum angle investor melabur ada beberapa perkara yang mereka akan lihat.

  1. Bisnes model, apakah potensi bisnes itu pada masa hadapan, adakah sunset atau sunshine.
  2. Founder, siapakah pengasasnya? apa pengalamannya? apakah track rekodnya?
  3. Team, siapakah team di belakang founder? adakah mereka terlatih dan cukup berpengalaman?

Sekiranya semuanya menepati ciri-ciri yang mereka mahu, barulah mereka melabur. Matlamat angel investor adalah untuk memastikan perniagaan itu boleh berkembang dengan lebih pantas dan exit plan mereka adalah jualan saham apabila nilai syarikat meningkat.

Sebagai contoh sebelum syarikat itu disenaraikan di bursa saham, syarikat itu boleh dikatakan tiada apa-apa value. Yang ada cuma idea daripada founder saja. Sama macam Facebook, dulu masa Mark Zukerberg nak start Facebook mungkin tak ada apa-apa nilai, yang ada hanya idea saja.

Katakan angel investor percaya idea bisnes itu adalah bagus dan ada potensi untuk dikembangkan pada skala yang lebih besar. Founder memerlukan modal sebanyak RM1 juta untuk mengembangkan ideanya. Angel investor bersetuju melabur sebanyak RM1 juta dan sebagai pulangan mereka mahukan 10% pegangan saham. Fasa pelaburan ini dipanggil Seed A.

Founder akan menggunakan modal berkenaan untuk mengembangkan perniagaannya. Founder mesti ada bisnes plan yang jelas supaya wang pelaburan yang diterima digunakan untuk tujuan yang betul. Angel investor akan memantau supaya founder tidak tersasar daripada plan asal.

Katakan perancangan syarikat telah tercapai, syarikat sudah mula menjana pendapatan, tetapi masih belum buat untung. Syarikat sudah ada database pelanggan, brand sudah mula dikenali dan dari situ value syarikat sudah naik. Mungkin ada lagi angel investor yang berminat untuk melabur.

Founder mungkin menjual lagi 10% saham syarikatnya, tetapi kali ini nilainya mungkin RM2 juta kerana brand syarikat sudah mula dikenali. Proses validasi sudah berjaya, bisnes model mereka memang sudah proven dan ada potensi untuk berkembang. Fasa pelaburan ini dipanggil Seed B.

Sekiranya anda perhatikan angle investor untuk Seed A sudah menjana keuntungan 100% kerana secara automatik nilai sahamnya sudah naik RM2 juta. Angel investor Seed A boleh exit dan dapatkan RM2 juta, atau stay dalam syarikat.

Ok sekarang founder sudah hilang 20% saham dalam syarikatnya. Angel investor Seed A pegang 10% dan angel investor Seed B pegang 10%. Dengan modal RM2 juta dari angel investor Seed B, founder akan gunakan untuk kembangkan lagi perniagaannya. Mungkin founder nak pasang bill board untuk branding, upgrade sistem, tambah staff dan sebagainya.

Katakan dengan modal RM2 juta, pendapatan syarikat meningkat 2 kali ganda. Database pelanggan semakin banyak, tetapi syarikat masih belum buat untung yang banyak. Apa pun value syarikat dah naik. Katakan founder perlukan lagi modal, dan dia akan jual lagi 10% sahamnya pada harga RM4 juta. Fasa ini dipanggil Seed C.

Angel investor Seed A sudah untung 300%, angel investor Seed B sudah untung 100%. Dengan modal RM4 juta tadi founder akan kembangkan lagi perniagaanya, buat marketing, upgrade sistem tambah staff dan sebagainya. Pendapatan syarikat meningkat dan mula buat untung.

Founder mungkin jual lagi 10% saham syarikatnya, tetapi sebab value syarikatnya sudah naik, dia mungkin akan jual pada harga RM8 juta. Fasa pelaburan ini dipanggil Seed D.

Di sini angel investor Seed A dah untung 800%, angel investor Seed B sudah untung 300%, angel investor Seed C sudah untung 100%. Jumlah modal yang telah diterima adalah RM1 juta + RM2 juta + RM4 juta + RM8 juta = RM15 juta. Saham syarikat yang sudah dijual adalah 40% dan founder masih tinggal lagi 60% saham.

Founder akan terus jual sahamnya sampai syarikatnya betul-betul bersedia untuk disenaraikan di bursa saham. Founder boleh terus pegang sebahagian kecil sahamnya, macam Jack Ma memegang tidak sampai 10% saham Alibaba, tetapi nilainya lebih daripada USD1 billion.

Tak ada gunanya pegang 100% saham syarikat kalau ianya tiada nilai. Apabila syarikat sudah bernilai berbilion ringgit, masa itulah Ultra Rich ni akan masuk melabur. Ultra Rich ni boleh jadi individu, boleh jadi kumpulan dan boleh jadi dana awam seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji dan sebagainya.

Begitulah secara ringkas bagaimana untuk mendapatkan modal perniagaan secara bijak. Nampak simple tetapi ianya tidak mudah. Banyak faktor yang perlu diambil kira.

Apa pun harap artikel ini dapat bagi sedikit gambaran kepada anda yang ada bisnes idea yang bagus dan mahu mendapatkan modal secara bijak.

Analytic Code