BISNES KERETA SEWA JANA INCOME SEHINGGA RM5.2K SEBULAN

Tuan Eshamruddin Musa (kanan) bersama pelanggannya.

Salam hormat, kali ini saya nak kongsi kisah salah seorang pengusaha kereta sewa yang berdaftar sebagai Green Matrix Independent Supplier (GMIS). Pengusaha yang saya maksudkan adalah Tuan Eshamruddin Musa.

Dahulu beliau merupakan bekas kakitangan awam. Sebaik berhenti kerja, beliau banyak fokus kepada perniagaan internet. Bagi menambah pendapatan beliau bercadang memulakan bisnes kereta sewa. Masalahnya beliau tiada pengalaman tentang perniagaan berkenaan.

Beliau nampak satu cara untuk belajar tentang bisnes kereta sewa adalah dengan mendaftar program GMIS. Sebaik mendaftar pada 24 Nov 2018, beliau mula belajar melalui video-video tutorial yang disediakan. Pada 5 Disember 2018 beliau telah membeli sebuah kereta model Perodua Axia 1.0 (A).

Facebook pages beliau Kereta Sewa Senai.

Dari segi pemasaran, beliau telah mempromosikan perkhidmatan kereta sewa yang beliau tawarkan melalui facebook pages dan blog yang beliau wujudkan khas. Hasilnya beliau mula mendapat tempahan daripada pelanggan. Berikut merupakan hasil pendapatan beliau sejak bermula dari Disember 2018.

  • Disember 2018 = RM665.67
  • Januari 2019 = RM1,445.00
  • Februari 2019 = RM1,845.00
  • Mac 2019 = RM1,056.00
  • April 2019 = RM3,218.00
  • May 2019 = RM3,487.00
  • Jun 2019 = RM5,229.18
  • Julai 2019 = RM3,626.00

Daripada rekod di atas, pendapatannya semakin meningkat dari masa ke semasa.

Blog beliau senaikeretasewa.blogspot.com

Sekarang beliau menghadapi masalah baru pula kerana stok keretanya tidak cukup. Walau bagaimanapun masalah berkenaan selesai kerana terdapat ramai lagi GMIS yang berdaftar denngan Green Matrix.

Apabila beliau mendapat tempahan, dan keretanya tiada, beliau boleh kongsikan tempahan berkenaan dengan GMIS yang lain. Memandangkan tempahan berkenaan datang dari usaha beliau maka beliau layak mendapat komisen sebanyak 5%.

Komisen yang beliau dapat berjumlah RM44.10 daripada sistem Green Matrix

Beliau lebih suka pelanggannya membuat tempahan melalui laman web Green Matrix kerana kualiti pelanggan lebih baik dan kadar sewa juga lebih tinggi berbanding kalau beliau buat sendiri. Apa yang paling beliau suka adalah dapat berkongsi rezeki dengan rakan-rakan GMIS yang lain.

Sekiranya tempahan menggunakan keretanya sendiri tanpa melalui orang tengah, beliau akan mendapat bersih 85% daripada apa yang pelanggan bayar. Sebagai GMIS beliau boleh memulakan bisnes kereta sewa tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.

Latihan dan sistem tempahan disediakan oleh Green Matrix, beliau hanya fokus cari pelanggan dan buat duit sebanyak mungkin. Sangat mudah untuk memulakan bisnes kereta sewa. Sekiranya anda berminat untuk memulakan bisnes kereta sewa atau ingin menjadi GMIS, klik SINI untuk mendaftar. Sertai Facebook group ini untuk belajar bisnes kereta sewa. Klik SINI.

NIAT TOLONG KAWAN SAKIT JANTUNG, KINI JANA INCOME RM7.6 JUTA.

Puan Siti Hawa Abdullah pengasas Jus Lega.

Puan Siti Hawa Abdullah merupakan pengasas Jus Lega keluaran Lega Health Sdn Bhd. Produk ini direka khusus untuk orang yang mempunyai penyakit jantung. Bagaimana Jus Lega ni tercipta.

Menurut Puan Siti Hawa, produk ini dirumus untuk minuman keluarganya memandangkan ibunya pernah ada masalah penyakit jantung. Dari pemakanan bawang putih masalah jantung ibunya tiada lagi. Beliau tidak berniat untuk mengkomersialkan Jus Lega, namun pada sekitar tahun 2013, beliau mempunyai seorang sahabat yang ada masalah 3 saluran jantung tersumbat.

Pihak hospita hanya dapat bantu untuk satu saluran jantung yang tersumbat. Sahabatnya itu pula tidak mempunyai perlindungan insuran, jadi ada masalah untuk membiayai kos pembedahan untuk 2 saluran lagi.

Sebagai alternatif, beliau menasihatkan sahabatnya itu mencuba Jus Lega yang beliau bancuh untuk keluarganya. Tidak lama kemudian sahabatnya itu pergi lagi ke hospital untuk pembedahan 2 lagi saluran yang tersumbat. Apa yang berlaku kedua-dua saluran jantung berkenaan sudah kembali normal.

Jus Lega

Pihak hospital menasihatkan sahabatnya itu meneruskan minum Jus Lega kerana ia membantu melancarkan peredaran darah. Bermula dari situ Puan Siti Hawa sedar bahawa Jus Lega boleh membantu ramai orang yang ada masalah jantung.

Beliau mula mengkomersialkan produk berkenaan sejak tahun 2013 hanya dari rumah dan pada tahun 2015 beliau sudah memiliki kilang sendiri. Pada tahun 2016 kilangnya mendapat sijil halal dan pada tahun 2017 kilangnya mendapat sijil MeSTi.

Pendapatan tertinggi yang beliau pernah dapat adalah RM7.6 juta setahun. Beliau tidak sangka dengan hanya niat membantu rakannya yang menhidapi masalah jantung, beliau kini bergelar jutawan.

Syarikat beliau juga ada menawarkan peluang perniagaan kepada mana-mana individu untuk menjadi agen produknya. Setakat ini pendapatan agen tertinggi pernah dicapai adalah RM100K sebulan. Sekiranya anda berminat mendapatkan produk jus lega atau ingin menjadi agen boleh hubungi +60122272884 untuk maklumat lanjut.

HUTANG KAD KREDIT RM37K, BAGAIMANA NAK SELESAIKAN?

Assalamualaikum

Terima kasih kerana meluangkan masa singgah ke blog saya. Kali ini saya ingin berkongsi mesej yang saya terima daripada seorang suri rumah. Di dalam mesejnya, penulis meminta nasihat bagaimana untuk menyelesaikan hutang kad kreditnya berjumlah RM37K.

Saya agak terkejut dengan jumlah berkenaan. Dahulu ketika mempunyai hutang kad kredit berjumlah RM18K, saya sudah berasa sesak nafas. Saya tidak dapat bayangkan sekiranya jumlah berkenaan 2 kali daripada hutang saya dahulu.

Punca Berhutang Kad Kredit

Hasil soal selidik terhadap penulis mesej berkenaan saya mendapati, punca utama beliau berhutang kad kredit adalah kerana;

  1. Pendapatan kasar beliau dan suami agak kecil iaitu RM3744 sebulan.
  2. Beliau tidak tahu bagaimana suaminya mengurus duit. Suaminya sering mengadu tidak ada duit.
  3. Sementara itu baki gaji beliau hanya tinggal RM1092 setelah ditolak dengan hutang sedia ada.
  4. Semua perbelanjaan rumah dan anak-anak ditanggung oleh beliau seorang diri.
  5. Bilangan anak yang agak ramai iaitu 5 orang.

Saya perlu tahu punca yang menyebabkan beliau mempunyai hutang yang sangat banyak. Justeru saya mengorek serba-sedikit maklumat tentang diri dan keluarganya. Berikut merupakan maklumat yang saya dapat.

Daripada maklum balas yang diberikan, si isteri amat tertekan kerana segala perbelanjaan rumah dan anak-anak ditanggung olehnya seorang diri. Suaminya pula sering tidak mempunyai wang. Beliau tidak tahu ke mana wang gaji suaminya. Apabila ditanya suaminya sering kali mengelak atau mendiamkan diri.

Setiap bulan suaminya ada memberikan wang belanja sebanyak RM200. Namun wang berkenaan terpaksa digunakan untuk membayar ansuran pinjaman motosikal suaminya. Akibatnya beliau terpaksa menggunakan kad kredit untuk menampung perbelanjaan yang tidak cukup. Lama-kelamaan hutang kad kreditnya semakin banyak dan akhirnya beliau terperangkap dengan beban hutang yang tinggi.

Sekarang beliau tidak lagi dapat menggunakan kad kredit kerana kesemuanya telah mencapai had maksimum. Hidupnya semakin tertekan kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga dan anak-anaknya. Di tambah dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, hidupnya semakin tertekan.

Beliau ada cuba menjalankan perniagaan secara sambilan dengan menjadi agen jualan pakaian dan produk kecantikan, namun nampaknya perniagaan itu tidak mendapat sambutan. Sekarang beliau buntu, beliau tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangannya.

Berdasarkan jalan cerita Cik Puan ini. Saya pasti ramai lagi yang menghadapi situasi yang hampir sama. Kebanyakannya menggunakan hutang untuk menampung pendapatan yang tidak cukup. Apabila jumlah hutang sudah sampai ke paras hidung, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menambah hutang baru samada melalui pinjaman peribadi. Apabila jumlah hutang semakin banyak, akhirnya ada yang terpaksa diisytiharkan muflis.

Agak rumit juga masalah wanita ini, walau bagaimanapun setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Kalau saya berada dalam situasi wanita ini, perkara pertama adalah perbaiki hubungan dengan Maha Pemberi Rezeki. Sentiasa bersyukur walaupun berhadapan dengan masalah kewangan.

Perkara seterusnya beliau perlu perbaiki hubungannya dengan suami. Suaminya mungkin bukan lelaki sempurna, tetapi kunci murah rezeki apabila berumah tangga adalah apabila suami isteri saling hormat menghormati. Berhenti mencari salah sesiapa, duduk berbincang dan cari jalan penyelesaian.

Seterusnya beliau perlu fikirkan apa cara untuk kurangkan perbelanjaan bulanan. Mungkin beliau boleh bangun seawal 5 pagi, mulakan dengan Solat Tahajjud, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Subuh, mengaji Al Quran dan seterusnya Solat Subuh. Selesai sahaja aktiviti ibadah, beliau boleh mula sediakan sarapan dan bekalan ke tempat kerja.

Beliau boleh galakkan keluarganya untuk berpuasa, hidup bersederhana. Mentor saya pernah berpesan, apabila kita banyak berpuasa, kita ada lebih banyak masa untuk buat kerja yang berfaedah dan otak semakin cerdik. Banyak makan boleh sebabkan otak jadi lembab.

Beliau perlu fikirkan apa lagi belanja yang beliau boleh kurangkan. Seterusnya beliau perlu berhenti membuat hutang baru. Senaraikan hutang-hutang yang beliau ada dan selesaikan satu persatu dari hutang paling kecil sehingga paling banyak. Gunakan teknik snowball seperti dalam video di bawah.

Cara selesai hutang menggunakan teknik snowball.

Teknik snowball mungkin mengambil sedikit masa bergantung kepada jumlah hutang yang beliau ada. Dalam masa yang sama beliau perlu mencari peluang-peluang perniagaan sambilan yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan. Sekarang terdapat banyak peluang-peluang perniagaan yang boleh dilakukan tanpa perlu keluar modal yang banyak. Untuk dapatkan info-info tentang peluang perniagaan yang bagus tanpa perlu modal boleh sertai group facebook di bawah. Di dalam group berkenaan saya juga ada sediakan video-video tutorial bagaimana untuk memulakan perniagaan. Klik SINI untuk join.

JUAL JERUX JE BOLEH JANA INCOME RM300K SEBULAN.

Tuan Megat Shaifulreza Ab Shukor pengasas The Famous Jerux Liur Leleh House.

Tuan Megat ni dulu asalnya dari keluarga yang susah, beliau tidak belajar tinggi. Demi mencari rezeki macam-macam kerja dia buat, malangnya duit memanjang tak ada. Satu hari beliau dapat idea untuk mulakan bisnes jeruk.

Mula-mula beliau sangat struggle dengan perniagaan berkenaan, beliau dan isteri terpaksa bersengkang mata semata-mata untuk menyiapkan stok jeruk untuk dijual pada keesokan harinya. Pernah satu ketika jari isterinya terluka akibat keletihan. Namun beliau kuatkan semangat demi untuk mengubah nasib keluarganya.

Usahanya mula membuahkan hasil. Pendapatan hasil jualan jeruk semakin lama semakin meningkat. Duit yang beliau dapat, beliau laburkan sedikit untuk menambah ilmu. Hasil daripada ilmu yang beliau pelajari, beliau gunakan untuk bangunkan sistem stokis dan agen.

Hasilnya pendapatan jualan jeruk beliau meningkat sehingga menjana pendapatan RM300K sebulan. Siapa sangka jual jeruk saja boleh jana pendapatan sehingga 6 angka sebulan. Beliau masih lagi komited untuk mengembangkan perniagaannya.

Buat masa ini beliau menawarkan peluang perniagaan kepada sesiapa yang ingin menjadi agen produk jeruknya. Setakat ini ada agen yang sudah menjana pendapatan RM34K sebulan hasil jualan produk jeruknya. Sekiranya anda berminat boleh hubungi syarikat beliau di sini +60102999294.

JUAL BAJU BOLEH JANA INCOME RM1 JUTA SEBULAN

Tuan Suffian Sulaiman pemilik jenama Sabella

Tuan Suffian Sulaiman merupakan salah seorang pemilik jenama Sabella yang fokus menjual baju wanita. Keistimewaan baju yang dikeluarkan oleh syarikatnya adalah ianya boleh dipakai tanpa perlu digosok.

Salah satu design baju yang dijual oleh Sabella.

Bagaimana Beliau Berjaya Buat Jualan RM1 Juta Sebulan?

Menurutnya beliau menggunakan sistem dropship, di mana sesiapa yang berminat untuk menjadi agen dropship boleh mendaftar dengan syarikatnya. Pendaftaran adalah percuma. Setiap jualan produk, agen dropship boleh dapat komisen sehingga RM15.

Syarikat beliau akan menyediakan latihan, group support dan bahan-bahan pemasaran secara percuma. Agen-agen yang berjaya mencapai sasaran jualan akan diberikan pelbagai insentif. Bisnes ini sesuai untuk suri rumah yang ingin menambah pendapatan. Agen dropship tidak perlu menyimpan stok di mana syarikatnya akan menguruskan penghantaran.

Setakat ini ada agen dropship yang berjaya menjana pendapatan sehingga RM80K sebulan. Apa yang membuatkan beliau berjaya adalah, beliau ikhlas membantu agen-agennya menjana pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau masih memerlukan agen dropship seluruh Malaysia. Sekiranya anda berminat boleh hubungi syarikatnya +60105024522 atau melawat facebook pages syarikatnya Sabella.