Wahi Abd Rashid

Category Archives: Bisnes Kereta Sewa

APA BEZA INDEPENDENT SUPPLIER & LICENSING GREEN MATRIX

Salam ramai yang bertanya apa beza antara program Independent Supplier dan juga licensing Green Matrix. Berikut penerangan tentang kedua-dua program berkenaan.

INDEPENDENT SUPPLIER

Program ini diwujudkan untuk beri peluang kepada pengusaha kereta sewa persendirian menjadi supplier kepada Green Matrix, tiada bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Setiap tempahan yang diterima Green Matrix akan ambil 15%. Pengusaha akan mendapat link khas dan boleh terima booking di seluruh Malaysia. Kalau booking tu pengusaha boleh supply mereka akan dapat 85% daripada kadar sewa yang dibayar pelanggan. Kalau booking tu mereka tak dapat supply mereka boleh forward kepada supplier lain (ada group telegram khas) dan dapat komisen 5% kalau booking tu confirm (forward mesti melalui sistem). Independent supplier biasanya mereka yang sudah menjalankan bisnes kereta sewa dan sudah ada brand sendiri. Mereka hanya menggunakan sistem tempahan Green Matrix memandangkan sistem Green Matrix dibina untuk terima tempahan seluruh Malaysia. Untuk pendaftaran menjadi independent supplier boleh klik SINI.

LICENSING

Bagi pengusaha kereta sewa yang tidak mahu pening kepala membina brand sendiri, mereka boleh sertai Green Matrix sebagai licensee. Licensee Green Matrix perlu menggunakan brand Green Matrix sepenuhnya. Mereka boleh memakai baju, bisnes kad, lanyard, topi, edar flyer dan juga memasang signboard yang tertera logo Green Matrix (kos tempahan bahan-bahan berkenaan adalah tanggungjawab licensee). Mereka juga akan dimasukkan di dalam group coaching VIP. Licensee boleh hadir coaching di pejabat Green Matrix setiap bulan (sekiranya kelapangan). Selain itu licensee berpeluang mendapatkan kereta pajak yang ditawarkan kepada Green Matrix (perjanjian pajakan adalah di antara licensee dan juga pemilik kereta).

Pendaftaran dikenakan RM300 dan licensee perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM300 pada setiap 25 hb untuk penggunaan jenama. Selain itu setiap tempahan yang diterima Green Matrix akan menolak 15% daripada apa yang pelanggan bayar. Green Matrix sangat mementingkan reputasi syarikat, jadi setiap licensee perlu menjaga nama baik syarikat. Licensee yang sengaja merosakkan nama baik syarikat atau berlaku tidak jujur boleh dibatalkan keahlian tanpa sebarang notis. Kuota licensee terhad 100 orang sahaja seluruh Malaysia, setakat ini sudah 80 orang licensee sudah mendaftar, pendaftaran akan ditutup sebaik kuota cukup.

Terdapat 2 program licensing

A. Mycampus – fokus kepada pelajar di dalam kampus universiti. 1 licensee hanya 1 kampus, kalau dah ada licensee mendaftar di kampus berkenaan, pendaftaran automatik ditutup. Licensee Mycampus boleh tentukan kadar sewa sendiri ikut harga pasaran. Pelanggan juga akan bayar kepada licensee sepenuhnya. Setiap 15 hb licensee Mycampus perlu membayar royalti 5% daripada kutipan sewa. Mereka akan guna laman web mycampuscarrental.com untuk promosi.

B. Green Matrix – fokus kepada open market, licensee Mycampus automatik akan ada akaun licensing di Green Matrix. Tiada had penyertaan untuk setiap lokasi. Setiap tempahan pelanggan akan buat bayaran kepada Green Matrix dan 15% akan ditolak untuk cover kos SST dan royalti. Licensee Green Matrix akan terima bersih 85% daripada kadar sewa yang pelanggan bayar.

Untuk pendaftaran licensing Green Matrix/Mycampus boleh klik SINI.

SEWA KERETA KEPADA PELAJAR JANA INCOME RM20K SEBULAN

Tuan Iskandar Fairuzhazi Md Nor

Tuan Iskandar Fairuzhazi ni merupakan licensee Green Matrix dan beroperasi di bawah jenama Mycampus di Uniten. Beliau menyertai Green Matrix pada tahun 2016. Ketika itu beliau sebenarnya sedang mencari apa-apa peluang untuk menambah pendapatan.

Tuan Iskandar Fairuzhazi (kanan sekali) hadir coaching pada tahun 2016.

Tujuannya adalah untuk menampung belanja perubatan ibunya yang disahkan mengidap kanser tahap 4. Sungguhpun begitu, Tuhan lebih menyayangi ibunya di mana arwah menghembuskan nafas terakhir pada tahun yang sama. Selepas kematian ibunya, beliau terus fokus dengan bisnes kereta sewa.

Walaupun sibuk dengan kerja-kerja hakiki (beliau masih bekerja makan gaji), beliau cuba menggunakan masa yang terluang untuk fokus kepada bisnes kereta sewa. Hasil usahanya yang berterusan, mula membuahkan hasil.

Kini beliau mempunyai 15 kereta sewa dan menjana pendapatan lebih RM20K sebulan. Bagi membantunya mengurus bisnes kereta sewa, beliau menawarkan kepada mana-mana pelajar yang berminat bekerja dengannya secara sambilan.

Tuan Iskandar Fairuzhazi (no 6) berjaya jana RM23K pada Jan 2019

Apabila bertanya adakah bisnes kereta sewa bersama Green Matrix membantunya, beliau menjawab sangat membantu, apa yang lebih menyeronokkan beliau juga dapat membantu kawan-kawannya menjana pendapatan sampingan.

ps : Berminat belajar bisnes kereta sewa secara percuma? join group fb ni. Klik SINI.

BAGAIMANA LELAKI INI MULAKAN BISNES KERETA SEWA TANPA KERETA

Tuan Syed Sulaiman bersama pelanggan dari Rusia

Tuan Syed Sulaiman ni merupakan licensee Green Matrix di Kuantan, Pahang, beliau join Green Matrix sejak Jun 2018. Apa yang menarik beliau mulakan bisnes kereta sewa tanpa mempunyai sebuah kereta pun. Sebaik mendaftar beliau cuba apply loan bank tapi tak lepas.

Ianya tak mematahkan semangatnya, apa yang beliau buat adalah beliau ikut saja apa yang Green Matrix suruh buat. Hari-hari beliau perlu fb live, mula-mula memang dia nampak kekok, tapi lama-lama dia makin cekap. Dia mula cerita seakan-akan dia dah  lama run bisnes kereta sewa, padahal kereta pun tak ada.

Apa yang berlaku, kawan-kawan dan keluarga dia mula nampak dia buat bisnes kereta sewa. Dalam masa yang sama perlahan-lahan dia mula dapat pelanggan. Kebetulan masa tu Tuan Rudianto Edi pun daftar jadi licensee di Kuantan. Beliau ada kereta, tapi tak ada masa nak urus.

Jadi Tuan Syed Sulaiman ambil kereta Tuan Rudianto Edi dan sewakan kepada pelanggannya, beliau dapat la komisen sikit. Setiap kali beliau dapat pelanggan, beliau akan selfie dan ambil video testimonial pelanggan.

Tuan Syed Sulaiman bersama pelanggannya.

Gambar dan video testimonial berkenaan beliau gunakan untuk pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan. Setiap bulan beliau boleh menjana pendapatan dari RM2,500 – RM3,500. Semuanya tanpa ada sebuah kereta pun.

Testimonial pelanggannya

Hasil usahanya yang tak pernah putus asa, sekarang beliau ada lebih kurang 11 unit kereta yang dibekalkan oleh kawan-kawan dan keluarganya. Beliau tidak perlu pening kepala tentang komitmen bulanan. Kalau beliau ada pelanggan beliau ambil saja kereta yang dibekalkan kepadanya dan makan komisen.

Sejak beberapa bulan yang lalu beliau sedang sediakan isterinya Puan Ummu Hussein untuk membeli beberapa buah kereta. Bila ada kereta sendiri, senang sedikit untuk beliau berniaga.

Hasil kutipan sewa nanti beliau cadang untuk beli hartanah. Bila orang tanya, bagaimana nak memulakan bisnes kereta kalau tak ada kereta dan modal, saya jawap ikut saja apa yang tuan Syed Sulaiman buat.

Nak belajar bisnes kereta sewa secara percuma? Join group fb ni. Klik SINI.

Analytic Code