KISAH SAYA DAN BISNES KERETA SEWA

Rumah keluarga saya di Felda Keratong 3, Pahang Darul Makmur.

Salam kali ni saya nak kongsi kisah saya dan bisnes kereta sewa. Gambar di atas adalah rumah keluarga saya di Felda Keratong 3, Pahang Darul Makmur. Rumah ni dah roboh dan kini tapak rumah dibiarkan kosong. Kalau ada jiran-jiran nak buat kenduri boleh pakai tapak rumah ni secara percuma.

Di sinilah saya membesar sampai habis sekolah menengah, arwah ayah tak pernah renovate rumah ni sejak beliau masuk jadi Peneroka Felda sampailah rumah ni roboh sebab reput. Ayah saya ni bukan tiada duit, tapi duitnya banyak habis dengan bengkel motosikal yang dia usahakan di sebelah rumah kami.

Arwah ayah saya ni ada penyakit asma, jadi dia tak boleh kerja berat di ladang kelapa sawit. Ladang sawit beliau upah kontraktor untuk uruskan. Dapat la duit sikit lepas tolak gaji kontraktor. Untuk tambah pendapatan dia sediakan servis membaiki kenderaan di sebelah rumah kami. Pendapatan tak ada la banyak mana, tapi yang teruknya, banyak pelanggannya berhutang dan melarikan diri bila tak boleh bayar.

Akibatnya duit ayah banyak habis macam tu saja. Nak menyimpan memang tak ada. Nak renovate rumah, nak beli perabot nak beli barang elektrik apa tah lagi. Jadi hidup kami boleh dikatakan sangat susah masa tu. Namun Alhamdulillah hidup kami berubah selepas abang sulung saya dapat bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Langkawi. Daripada hanya kerja cuci kereta, beliau diberi kepercayaan menguruskan syarikat kereta sewa berkenaan.

 
Abang sulung saya Abdul Wahid Abd Rashid (gambar 2013).

Daripada pendapatan bisnes kereta sewa berkenaan, abang saya banyak bantu keluarga kami. Saya belajar di universiti pun banyak dibantu oleh abang sulung saya. Arwah mak saya pergi haji pun abang sulung saya bantu. Hidup kami betul-betul berubah. Sebaik tamat belajar di universiti, bisnes kereta sewa juga selamatkan saya. Masa tu saya nak sangat kerja kerajaan, tapi malangnya permohonan saya tak berjaya. Saya sempat kerja dengan syarikat kereta sewa bersama abang saya di Langkawi selama setahun.

Sepanjang saya bekerja di sana, saya perhatikan pengusaha kereta sewa seolah-olah terpaksa menipu untuk mencari rezeki. Pada saya pengusaha kereta sewa bukan orang jahat, tetapi mereka terpaksa menipu disebabkan tekanan dalam bisnes kereta sewa. Semua ini sedikit sebanyak disebabkan oleh sikap sesetengah pelanggan yang hanya fikirkan perut mereka sahaja. Mereka nak sewa kereta murah-murah, bila berlaku masalah mereka akan melarikan diri. Pada saya pelanggan macam ni umpama virus dalam bisnes kereta sewa. Mereka hanya pentingkan diri sendiri dan tidak fikirkan bagaimana susahnya pengusaha kereta sewa mencari rezeki. Sama seperti pelanggan yang tak bayar hutang ayah saya menyebabkan hidup kami sangat susah dulu.

Apabila saya mula bekerja di universiti, saya pernah menyewa van dengan sebuah syarikat kereta sewa. Tujuan nak pergi kenduri kahwin seorang rakan. Apa yang tak menyeronokkan saya dilayan seolah-olah saya ni macam penyamun. Nak sewa kereta minta bil api, bil air, kena tinggal motosikal dan bermacam syarat lagi. Saya ni bukan orang jahat tapi kenapa saya dilayan macam saya ni penyamun. Dipendekkan cerita bila saya mulakan bisnes kereta sewa pada tahun 2006, saya nekad dalam hati, saya tak mahu ada penipuan dalam syarikat saya. Pada saya kalau itu hak saya, itu memang hak saya, kalau itu bukan hak saya maka itu bukan hak saya. Sebab itu bila pelanggan guna servis syarikat saya apabila mereka tak berpuas hati, syarikat saya akan pulangkan duit mereka 100%. Sebabnya saya rasa tak berhak dapat duit pelanggan kalau mereka tak dapat apa yang mereka patut dapat.

Saya juga mahu setiap pelanggan syarikat saya dilayan dengan penuh hormat. Sebab itu syarikat saya tak pernah minta pelanggan beri bil api, bil air, tinggal motosikal dan kebanyakan kami tak ambil deposit pun. Dengan syarat pelanggan ikut proses tempahan yang kami tetapkan. Untuk elak pelanggan-pelanggan “virus” kami wujudkan sistem tempahan Green Matrix. Sistem berkenaan umpama firewall kepada bisnes kereta sewa saya. Pelanggan tak berkualiti awal-awal lagi kena reject kalau tak boleh ikut step yang telah ditetapkan. Hasilnya setakat ini syarikat saya tiada kes kereta hilang, customer lari, saman tak bayar, kalau pelanggan pulang minyak kereta kurang RM10 pun mereka akan bayar. Sebabnya pelanggan yang menggunakan servis syarikat saya adalah orang baik-baik.

Bila saya mengajar orang buat bisnes kereta sewa, sebenarnya saya nak mereka berjaya dan boleh berniaga dengan jujur. Saya nak mereka tak teraniaya dapat pelanggan yang tak berkualiti sebagaimana keluarga saya hidup susah bila pelanggan lari tak mahu bayar hutang. Saya juga nak orang baik-baik dilayan dengan penuh hormat. Orang yang tak hormat orang lain dan hanya fikirkan perut sendiri pada saya tak layak pun dilayan. Mereka adalah virus dalam mana-mana bisnes. Matlamat saya suatu masa nanti semua orang boleh bergabung dalam satu platform. Zaman sekarang bukan lagi zaman membina empayar dan kaya sorang-sorang, zaman sekarang adalah zaman berkongsi ekonomi. Bekerjasama dan kuasai pasaran bersama.

Impian saya suatu masa nanti sesiapa yang nak sewa kereta dekat mana sekali pun mereka boleh tempah melalui platform Green Matrix. Kalau ada orang sanggup buat platform seperti Green Matrix, saya lebih suka gunakan platform dia saja, saya akan fokus beli kereta, cari pelanggan dan buat duit secepat mungkin. Sambil bantu orang baik-baik sewa kereta sambil buat duit. Aliran tunai daripada bisnes kereta sewa saya akan gunakan untuk beli hartanah. Bila dah tua nanti boleh wariskan bisnes kereta sewa pada anak-anak, kalau dah tak larat sangat fokus kutip duit sewa rumah saja.

Kepada anda yang baru nak memulakan bisnes kereta sewa, tak perlulah nak bina jenama sendiri, kalau anda betul-betul nak jadi founder anda perlu melabur ratusan ribu ringgit setahun untuk menuntut ilmu, bina sistem, bina team, bina jenama dan bermacam lagi. Banyak yang saya perhati mereka cuba jadi founder, tetapi mereka struggle dan tidak boleh bertahan. Puncanya pertama mereka buat bisnes kereta sewa hanya sebab duit. Kedua mereka tidak sanggup melabur pada ilmu.

Green Matrix wujud pada saya kerana saya ingin ubah kehidupan saya. Saya juga berharap kami dapat bantu ubah hidup orang lain. Tiada paksaan untuk anda sertai Green Matrix, cuma cara paling pantas untuk buat duit adalah bekerjasama. Cabaran dalam bisnes kereta sewa adalah kebanyakan pengusaha kereta sewa yang saya kenal adalah dari kalangan orang Melayu. Masalah orang Melayu adalah mereka susah nak bekerjasama. Kalau mereka tengok orang lain berjaya, mereka cuba tiru dan acah-acah nak jadi founder, tapi akhirnya mereka jadi founder not found. Bila mereka tak berjaya mereka mula iri hati dan burukkan orang lain.

Kadang-kadang saya terfikir, apa salahnya semua pengusaha kereta sewa bergabung dan kongsi rezeki bersama, mana tahu boleh borong kereta bersama, boleh buka workshop bersama, boleh ada rangkaian car wash bersama, boleh ada hotel bersama, boleh beli hartanah bersama. Zaman sekarang tak perlu jadi Melayu tipikal, sekarang ni kita perlu jadi Melayu era baru, Melayu yang boleh bekerjasama dengan sesiapa saja. Insya Allah semua orang boleh berjaya kalau bekerjasama. Ok itu saja perkongsian saya kali ini. Kalau anda ada apa-apa soalan tentang bisnes kereta sewa boleh email kepada saya info@wahiabdrashid.com.

BISNES KERETA SEWA JANA INCOME RM15K SEBULAN

Muhammad Bakhit Zainal (aka Tuah) dan isteri Puteri Balkes Mohd Jamil

Salam artikel kali ini saya ingin kongsi kisah Tuan Muhammad Bakhit Zainal (juga dikenali sebagai Tuah). Beliau merupakan licensee Green Matrix di Perlis sejak 5 Jun 2018. Sebelum menyertai Green Matrix beliau sudah mengusahakan bisnes kereta sewa  di bawah jenama sendiri hampir 2 tahun.

Sebenarnya beliau memulakan bisnes kereta sewa kerana “terpaksa” setelah keluarganya tertipu dengan program pajakan kereta sewa yang diperkenalkan oleh seorang pengusaha kereta sewa di kampungnya. Setelah mengambil balik kereta dari pengusaha kereta sewa berkenaan, sedar tak sedar keluarganya terpaksa menanggung hutang percuma untuk 5 buah kereta.

Kereta-kereta berkenaan tidak dapat dijual kerana masih baru dan baki hutang masih banyak, kalau keluarganya tidak dapat membayar ansuran bulanan kepada pihak bank, kemungkinan mereka akan jatuh bankrap. Jadi mahu tidak mahu beliau terpaksa mencari jalan bagaimana untuk menyewakan kereta berkenaan.

Memandangkan tempat tinggalnya dekat dengan IPTA di Perlis, maka beliau mendapat idea untuk menyewakan kereta-kereta berkenaan kepada pelajar-pelajar di sana. Pada peringkat awal beliau mula mendapat tempahan kereta sewa, tetapi pendapatannya tidak menentu, kadang-kadang langsung tak balik modal.

Namun demi nak membantu keluarganya, beliau usahakan juga. Sebenarnya beliau hampir putus asa untuk meneruskan bisnes kereta sewa pada masa itu. Pada 5 Jun 2018, beliau ambil keputusan untuk menyertai program licensing Green Matrix.

Sebaik menyertai Green Matrix, beliau mula belajar tentang strategi pemasaran yang betul. Hasilnya pelanggannya mula bertambah dan pendapatannya mula meningkat. Apa yang menariknya beliau tidak mengeluarkan sebarang kos untuk pemasaran.

Apabila tempahan semakin meningkat beliau mula mengambil pekerja untuk membantunya. Melalui sistem perniagaan yang disediakan oleh Green Matrix, beliau dapat menguruskan bisnes kereta sewanya dengan lebih sistematik. Hasilnya perniagaannya boleh diuruskan sepenuhnya oleh pekerjanya dan beliau ada lebih banyak masa bersama keluarganya.

Perniagaannya terus berkembang dan tanpa beliau sedari, ada pihak yang berminat untuk bekerjasama dengannya. Hasilnya beliau mendapat pelaburan 8 buah kereta baru melalui program pajakan. Apabila bilangan kereta semakin bertambah maka pendapatannya juga meningkat sehingga mencecah lebih RM15K sebulan.

Daripada pendapatan kereta sewa berkenaan beliau dapat membayar hutang keluarganya sedikit demi sedikit dan memperbaiki kehidupannya sendiri. Begitulah kisah Tuah yang terpaksa memulakan bisnes kereta sewa demi membantu keluarganya yang ditipu. Setelah 2 tahun berusaha, beliau hampir putus asa dengan bisnes kereta sewa.

Namun setelah menyertai Green Matrix kehidupannya terus berubah. Kini perniagaannya semakin berkembang, keretanya semakin bertambah, kedudukan kewangannya semakin baik dan beliau sedang berusaha untuk membeli hartanah dalam masa terdekat. Doakan beliau.

BISNES KERETA SEWA INCOME RM8K SEBULAN

Tuan Syed Sulaiman bersama salah seorang pelanggannya

Salam artikel kali ni saya nak kongsi kisah salah seorang licensee Green Matrix iaitu Tuan Syed Sulaiman di Kuantan. Beliau mendaftar sebagai licensee Green Matrix pada 8 Jun 2018. Ketika itu beliau baru berumur 34 tahun.

Tujuan beliau mendaftar sebagai licensee Green Matrix tak lain dan tak bukan adalah untuk belajar bagaimana nak memulakan bisnes kereta sewa. Beliau memang tiada pengalaman dalam bisnes kereta sewa. Bukan itu saja, beliau juga tiada kereta dan tak mampu nak beli kereta untuk dibuat sewa.

Sebelum menyertai Green Matrix, beliau pernah terlibat dalam beberapa perniagaan, tetapi semuanya tidak kekal lama. Beliau dan keluarganya pernah kerugian lebih RM100K akibat melabur dalam skim cepat kaya.

Akibatnya ahli keluarganya mula hilang kepercayaan terhadap dirinya. Selepas jatuh terduduk dengan kerugian perniagaan-perniagaan yang beliau lakukan sebelum ini, beliau terpaksa kembali bekerja sebagai juruteknik komputer, cuma beliau terfikir sampai bila beliau nak kerja makan gaji?

Nalurinya kuat ingin berniaga, beliau ingin keluarganya hidup senang, beliau mahu ada lebih banyak masa bersama keluarga dan paling penting beliau ingin luangkan lebih banyak masa untuk beribadat. Semua itu nampak mustahil kalau beliau terus bekerja makan gaji.

Jadi beliau perlu mulakan perniagaan. Dipendekkan cerita, selepas beliau menyertai Green Matrix, baru beliau sedar bisnes kereta sewa bukan sesuatu yang mudah. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau. Perlahan-lahan beliau belajar selok belok tentang bisnes kereta sewa. Walaupun beliau tiada kereta dan tidak mampu membeli kereta, beliau tetap terus berusaha.

Daripada strategi pemasaran yang beliau pelajari dari Green Matrix, beliau mula mendapat pelanggan sedikit demi sedikit. Memandangkan beliau tiada kereta, buat permulaan beliau menyewakan kereta milik pengusaha kereta sewa lain dahulu. Beliau hanya makan komisen sahaja.

Setiap kali mendapat pelanggan beliau akan mendapatkan testimonial daripada mereka. Testimonial berkenaan beliau gunakan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Hasilnya tempahan kereta sewa semakin lama semakin meningkat. Masalahnya beliau masih tiada kereta.

Tanpa beliau sedari ada pihak yang memerhatikan beliau dan berminat untuk bekerjasama dengannya. Hasilnya beliau mendapat 4 buah kereta percuma melalui program pajakan. Daripada kereta pajak berkenaan, beliau dapat menjana pendapatan lebih RM8K sebulan.

Komen Tuan Syed Sulaiman dalam group Green Matrix

Setelah menolak segala bayaran, pendapatan bisnes kereta sewa lebih tinggi daripada kerjanya sebagai juruteknik. Tempahan kereta sewa semakin lama semakin meningkat dan konsisten. Pada bulan Julai 2019 beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin fokus kepada bisnes kereta sewa.

Beliau bercadang untuk menambah lagi bilangan kereta dan mengembangkan lagi bisnes kereta sewa bersama Green Matrix. Seperti orang lain, beliau ingin membeli rumah dan mempunyai simpanan untuk masa depannya. Begitulah kisah tuan Syed Sulaiman yang bermula tanpa kereta dan kini boleh menjana pendapatan sehingga RM8K sebulan. Anda pun boleh jadi seperti beliau sekiranya ingin berusaha.

BISNES KERETA SEWA TANPA MODAL

Salam semua, kepada sahabat-sahabat saya yang sudah menjalankan bisnes kereta sewa atau baru nak memulakan bisnes kereta sewa, saya cadangkan anda daftar sebagai pembekal kereta sewa untuk syarikat Green Matrix atau program dipanggil Green Matrix Independent Supplier (GMIS). Pendaftaran percuma saja.

Kenapa Kena Daftar Sebagai GMIS?

  • Anda akan dapat sistem tempahan kereta sewa online paling canggih dalam dunia yang dibangunkan oleh Green Matrix. Sistem ni saja kalau nak buat makan ratus ribu. Daripada sistem ini anda boleh promote (anda ada link sendiri) dan terima booking seluruh Malaysia termasuk Brunei. Kalau anda dapat job dan boleh supply kereta, anda akan dapat bersih 85% daripada kadar sewa dan Green Matrix hanya ambil 15% untuk tampung kos operasi dan cukai.

Kadar sewa harian (untuk Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak sahaja).

  1. Perodua Viva 1.0 (A) RM100
  2. Perodua Axia 1.0 (A) RM120
  3. Proton Saga 1.4 (A) RM130
  4. Perodua Myvi 1.3 (A) RM140
  5. Perodua Bezza 1.3 (A) RM150
  6. Perodua Alza 1.5 (A) RM200
  7. Proton Exora 1.6 (A) RM250
  8. Toyota Vios 1.5 (A) RM280
  9. Toyota Innova 2.0 (A) RM300
  10. Toyota Hiace 2.5 (M) RM350
  11. Toyota Hilux 2.5 (A) RM400
  12. Toyota Camry 2.0 (A) RM500
  13. Hyundai Starex 2.5 (A) RM600
  14. Toyota Vellfire 2.4 (A) RM900

Nota : Kadar sewa akan diubah ikut musim low/peak. Kadar sewa untuk Langkawi, Labuan dan Brunei ikut harga setempat (ditentukan oleh pengusaha ikut lokasi).

  • Kalau anda dapat tempahan kereta sewa tapi tak boleh supply, anda boleh pass tempahan tu dekat pengusaha lain dan dapat komisen 5%. Penghantaran dan pemulangan kereta semua pemilik kereta yang urus. Anda akan dapat 5% komisen daripada kadar sewa yang pelanggan bayar. Pemilik kereta akan dapat bersih 80% dan Green Matrix akan deduct 15% untuk tampung kos operasi dan cukai. Apa yang best anda dapat berkongsi rezeki.
  • Urusniaga anda lebih selamat di mana setiap pelanggan perlu berdaftar terlebih dahulu. Sistem juga lengkap dengan sistem pembayaran online di mana ia dapat mengurangkan risiko menyewakan kepada pelanggan kurang berkualiti.
  • Kadar sewa adalah seragam di seluruh Malaysia, jadi anda tak perlu berperang harga dengan pengusaha lain. Green Matrix merupakan jenama yang sudah dipercayai oleh pelanggan seluruh dunia. Apa yang penting anda mesti memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Green Matrix.
  • Setiap transaksi menggunakan sistem Green Matrix lengkap dengan akses CTOS di mana sekiranya ada pelanggan yang sengaja merosakkan kenderaan anda atau ada apa-apa tuntutan disebabkan perlanggaran syarat penyewaan dan mereka enggan membuat bayaran ganti rugi, anda boleh memasukkan nama mereka di dalam CTOS. Kos CTOS adalah RM6K setahun, jadi anda dapat berjimat kerana tidak perlu membayar sistem CTOS.
  • Anda dapat bernetworking dengan lebih 300 pengusaha kereta sewa seluruh Malaysia dan Brunei di dalam group khas. Sekiranya ada masalah, ahli di dalam group sedia membantu.
  • Anda dapat belajar dengan jutawan kereta sewa yang sudah berjaya iaitu Tuan Wahi Abd Rashid, pengasas Green Matrix. Sekiranya ada pertanyaan tentang bisnes kereta sewa, tanya saja dalam group yang disediakan, beliau dan pasukan sedia membantu.

Matlamat Program

  • Matlamat program GMIS adalah untuk membantu pengusaha kereta sewa menjana pendapatan secepat mungkin tanpa perlu pening kepala dan buang duit membina sistem yang memakan masa dan kos yang tinggi.
  • Selain itu program GMIS juga bertujuan menggabungkan pengusaha kereta sewa di dalam satu platform supaya mereka dapat berniaga dengan lebih baik dan bersaing secara sihat.

Sekiranya berminat untuk menyertai GMIS sila KLIK SINI.

KISAH ABAM BOMBA BUAT BISNES KERETA SEWA

Salam artikel ni saya nak kongsi cerita bagaimana mudahnya seorang anggota bomba memulakan bisnes kereta sewa dengan platform Green Matrix Untuk mudahkan anda faham gambar di bawah menunjukkan tempahan yang dibuat oleh seorang pelanggan melalui plaftorm Green Matrix.

Pelanggan berkenaan menempah sebuah kereta model Perodua Exora 1.6 (A) dari 4 hingga 9 Jun 2019. Tarikh dan masa tempahan adalah pada 8 May 2019 07:03:21 pagi. Kadar sewa yang dikenakan adalah RM227 x 5 hari = RM1,135.

Berdasarkan tarikh tempahan, ternyata tempahan berkenaan adalah untuk kegunaan ketika menyambut hari raya pada 4 – 5 Jun 2019 nanti. Pelanggan ini dikira sangat bijak kerana membuat tempahan hampir sebulan awal. Mungkin beliau tidak mahu pening kepala kalau buat tempahan saat akhir.

SIAPA TUAN MUHAMMAD TARMIZI BIN AHMAD NORDIN?

Sekiranya anda lihat pada bahagian SUPPLIER INFO anda akan nampak nama Muhammad Tarmizi Bin Ahmad Nordin. Beliau sebenarnya merupakan salah seorang peserta Green Matrix Independent Supplier. Selain itu beliau juga merupakan seorang anggota Bomba dan baru berjinak-jinak dengan bisnes kereta sewa. Beliau ada sebuah kereta model Proton Exora 1.6 (A) dan terfikir bagaimana beliau boleh jana pendapatan daripada kereta berkenaan.

Setelah lama tercari-cari, beliau ternampak peluang untuk menjadi  pembekal kereta sewa Green Matrix. Tanpa membuang masa beliau terus mendaftar program Green Matrix Independent Supplier pada 23 Jan 2019. Tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar.

Sebagai peserta beliau diberikan sistem tempahan kereta sewa yang dibangunkan oleh Green Matrix. Beliau juga diberikan akses untuk masuk dalam facebook group khas di mana beliau boleh belajar selok-belok menjalankan bisnes kereta sewa dengan betul dan selamat. Terdapat banyak video tutorial di dalam group berkenaan.

Sistem tempahan kereta sewa yang disediakan Green Matrix

Selain itu beliau juga dimasukkan dalam group support telegram dan boleh bertanya sebarang soalan tentang bisnes kereta sewa dengan pasukan Green Matrix. Dalam program ini Green Matrix tidak menjanjikan peserta akan mendapat tempahan namun setiap peserta akan diajar cara mendapatkan pelanggan menggunakan teknik pemasaran tanpa kos.

Komen Tuan Muhammad Tarmizi dalam group telegram

Tuan Muhammad Tarmizi mula membuat pemasaran di media sosial. Rezeki beliau, pelanggan berkenaan terjumpa iklan beliau di media sosial dan terus menghubunginya melalui Whatsapp. Pelanggan berkenaan rupanya memang sudah biasa menggunakan servis Green Matrix, jadi beliau tidak ragu-ragu buat tempahan dengan Tuan Muhammad Tarmizi kerana beliau menggunakan platform tempahan Green Matrix. Lihat perbualan beliau dengan pelanggan.

 

Tanpa banyak soal pelanggan terus membuat tempahan dan membayar RM1,135 melalui Maybank2u dalam tempoh 2 jam selepas membuat tempahan. Lihat masa bukti bayaran di bawah. Lihat betapa mudahnya beliau memulakan bisnes kereta sewa dengan modal yang sangat minima.

BAGAIMANA TUAN MUHAMMAD TARMIZI BUAT DUIT?

Green Matrix akan membuat bayaran kepada beliau dalam masa tidak lebih 10 hari selepas beliau menghantar kereta kepada pelanggan. Maknanya beliau akan terima bayaran sewa selewat-lewatnya pada 14 Jun 2019. Green Matrix akan menolak 15% daripada kadar sewa untuk menampung kos operasi dan cukai. Jadi baki keseluruhan yang beliau akan dapat adalah RM1,135 – 15% = RM964.75.

Jumlah berkenaan cukup baik kerana beliau hanya sewakan kereta selama 5 hari dan beliau boleh dapat bersih RM964.75. Cukup untuk bayar ansuran bulanan keretanya. Kalau beliau usaha lebih lagi, mungkin beliau boleh jana pendapatan RM2,000 – 2,500 sebulan. Beliau tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membuat pemasaran, cukup setakat menggunakan teknik Zero Kos Marketing yang beliau belajar dari Green Matrix.

Lihat begitu mudah untuk memulakan bisnes kereta sewa dengan platform Green Matrix. Beliau tidak perlu ada kemahiran IT yang tinggi dan modal yang banyak untuk memulakan bisnes kereta sewa. Cukup mulakan dengan apa yang ada.

Bagi mereka yang serius dengan bisnes kereta sewa, ada yang sudah menjana pendapat lebih 5 angka setiap bulan. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Green Matrix Independent Supplier KLIK SINI.