Wahi Abd Rashid

Category Archives: Bisnes Kereta Sewa

TIP MENDAPATKAN MODAL PERNIAGAAN

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana meluangkan masa melawat laman web ini. Artikel ini saya tulis untuk menjawab soalan yang ditanya oleh seorang rakan FB yang mahu membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan makanan. Beliau memerlukan modal sebanyak RM10,000 untuk memulakan bisnes berkenaan.

Saya nasihatkan beliau supaya tidak membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan. Pada saya pinjaman hanya untuk mengembangkan perniagaan. Beliau bertanya lagi, kalau beliau tidak boleh mendapatkan pinjaman, bagaimana beliau mahu mendapatkan modal perniagaan. Lama juga saya berfikir jadi saya ambil keputusan untuk merakam video berikut.

Sekiranya tip di dalam video ini bermanfaat, sila like dan share ya. Terima kasih.

BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES KERETA SEWA DENGAN MODAL KECIL?

Assalamualaikum

Artikel ini ditujukan khas kepada rakan-rakan yang menghadapi masalah seperti dalam mesej di bawah. Saya tahu ramai yang mahu buat bisnes kereta sewa, tetapi ramai yang terkandas kerana tidak mempunyai modal yang besar.

Picture12

Sebenarnya memulakan bisnes kereta sewa, tidak memerlukan modal yang besar. Perkara ini dibuktikan oleh seorang pemuda yang menjalankan bisnes kereta sewa dengan modal yang sangat minima.

Walaupun beliau tidak mengeluarkan modal yang besar, namun pendapatan daripada bisnes berkenaan amat lumayan. Berikut merupakan skrin shot mesej yang beliau hantar kepada saya.

Picture13

BAGAIMANA BELIAU LAKUKAN?

Secara ringkasnya beliau telah membina sebuah laman web khas. Laman web berkenaan mengandungi maklumat tentang perkhidmatan kereta sewa di Sabah.

Sebelum bermula, beliau akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pengusaha kereta sewa di Sabah. Sekiranya beliau berjaya mendapat tempahan, maka beliau akan menghantar tempahan berkenaan kepada syarikat kereta sewa di sana. Syarikat saya juga turut menjalinkan kerjasama dengan beliau.

Untuk setiap tempahan, beliau mendapat komisen sehingga 10%. Pendapatan berkenaan agak lumayan kerana ianya boleh mencecah 4 angka sebulan. Apa yang menarik, ia menjana pendapatan 2 kali ganda daripada gajinya walaupun dilakukan secara separuh masa.

Menarik bukan?, ya konsep ini bukan dilakukan oleh beliau seorang sahaja. Ia juga juga dipraktikkan oleh agen kereta sewa dalam dan luar negara seperti airportrentals.com dan rentalcars.com. Apa yang penting pemilik laman web perlu pandai menarik trafik ke laman web mereka.

TIDAK TAHU MEMBINA LAMAN WEB?

Tidak menjadi masalah kerana anda boleh belajar membina laman web secara percuma di Youtube. Anda boleh membina laman web melalui platform blogspot atau wordpress. Sekiranya anda mahu cepat, boleh daftar sebagai agen Affiliate Green Matrix. Anda akan mendapat link khas dan boleh promosikan bisnes kereta sewa dengan komisen 10%.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan sendiri, anda boleh belajar melalui Panduan Bisnes Kereta Sewa yang saya sediakan ini (DVD ini akan diberikan dalam bentuk pakej ebook).

 

Mulakan dengan modal yang kecil, kemudian kembangkan sedikit demi sedikit. Insya Allah.

BAGAIMANA MENGEMBANGKAN BISNES KERETA SEWA?

Salam hormat

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Kali ini saya ingin berkongsi kisah menarik 2 orang usahawan kereta sewa yang saya temui baru-baru ini. Kisah mereka sangat menarik kerana kedua-duanya sedang mengalami 2 perkara yang berbeza. Seorang sedang mengalami zaman kemerosotan dan seorang lagi sedang meningkat naik.

Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada kisah mereka. Saya namakan mereka sebagai Usahawan A dan Usahawan B. Usahawan A menjalankan bisnes kereta sewa di utara manakala Usahawan B menjalankan bisnes kereta sewa di selatan.

USAHAWAN A

Usahawan A merupakan bekas pengurus di sebuah syarikat swasta. Akibat tekanan di tempat kerja, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Salah satu perniagaan yang beliau ceburi adalah bisnes kereta sewa.

Beliau memulakan bisnes berkenaan pada tahun 2007. Pada mulanya bisnesnya berjalan dengan baik dan beliau berjaya memiliki sehingga 16 buah kereta sewa. Walau bagaimanapun dari tahun ke tahun, perniagaannya semakin merosot. Keadaan kereta sewanya semakin teruk dan ada yang terpaksa dijual bagi mengelakkan beliau menanggung lebih banyak kerugian. Akibatnya bilangan keretanya semakin berkurangan.

Semasa saya bertemu dengannya, beliau nampak seperti berada di dalam dilema. Beliau tidak tahu samada mahu meneruskan bisnes kereta sewa atau kembali mencari pekerjaan. Dari perbualannya, saya mendapati beliau banyak fokus kepada pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT dan invididu di sekitar kawasannya. Beliau mengatakan menghadapi banyak masalah apabila berurusan dengan pelanggan berkenaan. Beliau tidak tahu bagaimana hendak mengembangkan bisnes kereta sewanya.

“Pada pendapat saya perniagaan tuan sukar berkembang sekiranya tuan terus fokus kepada pelanggan sebegitu” kata saya. Beliau agak terkejut dan berkata “Masalahnya saya tidak tahu bagaimana hendak mencari pelanggan lain”. Saya hanya tersenyum mendengar jawapan beliau. “Saya tidak akan tunjukkan caranya tetapi izinkan saya berkongsi cerita mengenai Usahawan B” jawab saya. “Baik tuan, silakan” pelawa beliau.

USAHAWAN B

Usahawan B merupakan seorang warganegara Singapura. Beliau berkahwin dengan rakyat Johor dan akhirnya berpindah ke Johor. Usahawan B tidak mempunyai pendidikan formal seperti kebanyakan orang lain. Sejak kecil beliau dihantar belajar ilmu agama di Indonesia dan Mesir.

Memandangkan beliau tidak ada kelulusan pendidikan formal, maka peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan agak terbatas. Mahu tidak mahu, beliau perlu berniaga secara kecil-kecilan. Salah satu perniagaannya adalah bisnes kereta sewa. Beliau memulakan bisnes berkenaan sekitar tahun 2010 dengan bilangan kereta tidak sampai 5 unit.

Pada mulanya beliau banyak fokus kepada pelajar-pelajar di IPT dan individu di sekitar tempatnya. Walau bagaimanapun beliau menyedari terdapat banyak masalah apabila terlalu fokus kepada pelanggan sebegitu.

Justeru beliau mula mencari cara bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang lebih berkualiti. Setelah melakukan pelbagai strategi, beliau mendapati 4 strategi berikut banyak memberi kesan ke atas perniagaannya.

1. Membina laman web kereta sewa dalam bahasa inggeris sepenuhnya.
2. Mempromosikan perniagaannya melalui saluran yang betul.
3. Sentiasa berpakaian kemas.
4. Memastikan kualiti perkhidmatan terbaik.

Setelah melakukan strategi berkenaan perniagaannya mula berubah. Beliau mula mendapat tempahan daripada banyak pelanggan korporat. Syarikatnya juga berjaya bekerjasama dengan syarikat kereta sewa ternama seperti Orix Car Rental, Europcar dan Hertz. Dalam tempoh 2 tahun syarikatnya berjaya menambah kereta sehingga 50 unit. Beliau juga telah menaik taraf syarikat kepada syarikat Sdn Bhd.

Pencapaiannya agak membanggakan sekiranya hendak dibandingkan dengan pengusaha kereta sewa yang lain. “Bagaimana tuan boleh berjaya dalam masa singkat? ramai lagi pengusaha lain yang telah lama menjalankan bisnes kereta sewa dari tuan, namun kebanyakannya sukar berkembang seperti tuan? Tanya saya.

Daripada jawapannya, beliau berpendapat strategi perniagaan pengusaha kereta sewa yang kurang sesuai menyebabkan kebanyakan usahawan kereta sewa sukar berkembang. “Apa maksud tuan” tanya saya yang kurang jelas dengan kenyataannya.

Beliau memberi contoh, katanya ada sesetengah usahawan kereta sewa yang tidak menjaga imej perniagaan mereka. Ada yang menghantar kereta kepada pelanggan dalam keadaan tidak mandi, memakai seluar pendek dan sangat selekeh.

Menurut beliau Imej kita menentukan dengan siapa kita berurusan. Sekiranya kita selekeh maka kita mungkin akan berurusan dengan pelanggan yang mempunyai imej yang hampir sama dengan kita. Pelanggan berkenaan mungkin mendatangkan masalah kepada kita. “Betul juga katanya” bisik saya dalam hati.

Seterusnya kebiasaannya pengusaha kereta sewa suka mengiklankan bisnes kereta sewa melalui saluran yang kurang sesuai seperti wall peribadi facebook, poster, banner dan mengiklankan secara online dalam portal pengiklanan seperti mudah.my.

Strategi pengiklanan berkenaan ada baiknya, namun bakal mengundang pelanggan yang bermasalah seperti penjenayah dan penyangak. Beliau mencadangkan supaya pengusaha kereta sewa mengeluarkan sedikit modal membina laman web berbahasa inggeris dan mengiklankannya secara online melalui google adwords.

Beliau juga mencadangkan supaya pengusaha kereta sewa melakukan iklan secara offline dengan menghantar brosur kepada hotel-hotel dan syarikat korporat. Walaupun ia memakan kos yang agak tinggi, namun ianya amat berbaloi jika hendak dibandingkan dengan kerugian yang bakal dialami apabila tersalah memilih pelanggan.

Selain itu beliau menasihatkan pengusaha kereta sewa sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan pada tahap yang terbaik. Sebagai contoh kereta-kereta syarikatnya tidak akan diubahsuai dan keadaannya sentiasa dipastikan dalam keadaan terbaik.

Hasilnya pelanggan-pelanggannya sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan beliau dan secara tidak langsung turut mempromosi kepada pelanggan lain. Menurut beliau perniagaannya berkembang hasil promosi dari mulut ke mulut sahaja. Begitulah bagaimana beliau mengembangkan syarikat beliau.

KESILAPAN USAHAWAN KERETA SEWA

Setelah bercerita tentang usahawan B, saya perhatikan usahawan A mula termenung dan akhirnya berkata “sekarang saya dah tahu di mana silapnya saya. Kenapa saya tidak sedar benda ini lebih awal. Kesilapan-kesilapan yang tuan ceritakan itu, memang saya lakukan. Sebab itu bisnes saya makin lama-makin merudum” katanya.

“Pada pendapat saya perkara ini, bukan tuan seorang sahaja yang lakukan. Ramai lagi yang melakukan perkara yang sama. Sebab itu kebanyakan usahawan kereta sewa terus struggle dan sukar berkembang” balas saya.

“Saya harap perkongsian saya ini memberi manfaat kepada tuan” sambung saya. “Memang bermanfaat tuan, terima kasih banyak-banyak kerana berkongsi pengalaman yang sangat menarik” balas beliau.

“Sama-sama” jawab saya.

Analytic Code