Wahi Abd Rashid

Category Archives: Bisnes Kereta Sewa

KERETA SAMBUNG BAYAR, PENTING ADA PERJANJIAN JUAL BELI

Salam hormat, kali ini saya ingin menjawab soalan dari pembeli DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa. Berikut merupakan soalan beliau.

Soalan

Salam.. tuan, saya nak tanya.. dalam DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa ada fail ‘sambung bayar’ (doc pdf dan word) ; setelah isi semua borang , adakah kereta akan bertukar milik kepada kita dan kita sambung bayar loan kereta yang masih dalam akaun penjual..? confius sikit la.

Jawapan

Surat perjanjian jual beli berkenaan boleh digunakan untuk tukar hak milik dengan syarat pinjaman dengan bank telah diselesaikan. Surat perjanjian berkenaan penting untuk.

1. Melindungi tuan sekiranya pemilik asal kenderaan cuba mengambil balik kenderaan setelah tuan penat melangsaikan hutangnya.

2. Menukar nama pemilik kenderaan (selepas hutang selesai) sekiranya pemilik asal tidak dapat dikesan.

p/s : pernah terjadi kepada saya, tidak membuat surat perjanjian berkenaan, selepas mengeluarkan banyak wang membaiki kenderaannya. Pemilik kenderaan meminta dikembalikan keretanya, kalau saya tidak mahu memulangkannya, dia mahu lapor kepada polis mengatakan saya mencuri keretanya. Kalau ada perjanjian, perkara berkenaan mungkin tidak terjadi.

Harap membantu. Insya Allah.

PAJAKAN KERETA SEWA, UNTUNG ATAU MERUGIKAN?

Salam Hormat,

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini. Kali ini saya ingin menjawab soalan yang ditanya oleh seorang rakan tentang untung rugi konsep pajakan kereta sewa. Soalannya agak menarik kerana ia melibatkan pengiraan yang sedikit teknikal. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, elok saya terangkan konsep pajakan kereta sewa di syarikat saya Green Matrix Car Rental (GMCR). Konsep pajakan di syarikat saya mungkin agak berbeza dengan syarikat lain. Konsep pajakan adalah seperti berikut;

  1. Pemajak perlu membeli kereta setelah berbincang dengan Rakan Niaga GMCR terlebih dahulu.
  2. Bayaran muka ditanggung sepenuhnya oleh Rakan Niaga GMCR
  3. Segala urusan penyewaan dikendalikan oleh Rakan Niaga GMCR.
  4. Rakan Niaga GMCR akan menguruskan bayaran ansuran, insuran, cukai jalan dan kos penyelengaraan. Pemajak tidak perlu menanggung sebarang kos sepanjang tempoh pajakan.
  5. Tempoh pajakan maksimum 5 tahun (60 bulan).
  6. Wang pajakan dibayar sebanyak RM200 selama 60 bulan setiap tahun.
  7. Selepas tamat tempoh pajakan, rakan niaga hanya perlu menyambung bayaran ansuran bulanan sehingga pinjaman selesai.
  8. Selepas pinjaman selesai, kereta berkenaan akan ditukar ke atas nama Rakan Niaga GMCR.

BAGAIMANA IANYA DIJALANKAN?

Sebagai contoh setelah berbincang, pemajak dan pihak syarikat bersetuju untuk membeli sebuah kereta Perodua Bezza 1.3 (A) berharga RM45,000. Tempoh pinjaman bank adalah selama 7 tahun dengan kadar faedah 5% setahun. Jadi

  • Bayaran muka 10% x RM45,000 = RM4500
  • Pinjaman bank RM45,000 – RM4500 = R40,500
  • Jumlah kadar faedah 5% x RM40,500 x 7 tahun = RM14,175
  • Jumlah Pinjaman RM40,500 + RM14,175 = RM54,675
  • Ansuran bulanan RM54,675/84 bulan = RM650.90

Pemilik kereta tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membeli kereta. Secara keseluruhan pemilik kereta akan mendapat RM200 x 60 bulan = RM12,000.

RISIKO

Sebelum anda membuat keputusan untuk memajak kereta anda perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antara risiko bisnes kereta sewa adalah pendapatan yang tidak menentu, persaingan, saman, kemalangan, kecurian dan penipuan. Risiko berkenaan memang tidak dapat dihindari, tetapi boleh dikurangkan. Bagi Green Matrix Car Rental antara langkah-langkah mengurangkan risiko adalah dengan;

  • Sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
  • Strategi pemasaran yang berbeza daripada pesaing.
  • Menapis pelanggan dan memberi fokus kepada pelanggan korporat.
  • Mempunyai prosedur tuntutan insuran yang berkesan.
  • Sistem menyenarai hitam pelanggan (CTOS).

PERINGATAN

Walaupun pajakan kereta sewa memberi pulangan yang menguntungkan, namun anda perlu berhati-hati. Ini kerana terdapat pengusaha kereta sewa yang tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak arif di dalam bisnes ini. Nasihat saya;

  1. Berhati-hati dengan pengusaha kereta sewa yang menawarkan bayaran pajakan yang terlalu tinggi. Nasihat saya, sekiranya sesuatu tawaran itu sukar dipercayai, maka ia memang sukar dipercayai.
  2. Jangka hayat kereta sewa adalah 200,000 KM, ini bermakna secara purata kereta sewa boleh bergerak sejauh 3333 KM sebulan (200,000/60 bulan). Sekiranya kereta anda bergerak melebihi had berkenaan, jangka hayatnya mungkin lebih singkat. Akibatnya anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk melangsaikan hutang yang masih tinggi sekiranya kereta berkenaan perlu dijual sebelum tempoh matang.
  3. Pastikan anda memajak kereta kepada syarikat kereta sewa yang mempunyai sistem perniagaan yang tidak bergantung harap kepada pemilik perniagaan sepenuhnya. Ini kerana, sekiranya sesuatu berlaku kepada pemilik perniagaan itu (sakit, bercuti atau mati), perniagaan kereta sewa akan terhenti dan akan menjejaskan anda.

Sekian dari saya dan semoga artikel ini bermanfaat. Terima kasih.

Analytic Code