Wahi Abd Rashid

Category Archives: Bisnes Internet

TIP MENGEMBANGKAN BISNES KERETA SEWA

Saya selalu ditanya bagaimana nak mengembangkan bisnes kereta sewa. Sebenarnya cara terbaik mengembangkan bisnes kereta sewa adalah dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Anda perlu pastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Sebagai pengusaha kereta sewa, anda perlu melihat keseluruhan proses perniagaan kereta sewa itu sendiri. Bermula dari proses mendapatkan pelanggan, tempahan, pengesahan, bayaran, penghantaran/pemulangan kereta hingga khidmat selepas jualan.

Ianya perlu mudah, pantas dan setiap pelanggan mestilah dilayan dengan baik. Tidak perlu teknik pemasaran yang ajaib, cuma fokus kepada kepuasan hati pelanggan. Nampak mudah, tetapi sangat sukar untuk dilaksanakan.

BAGAIMANA GMCR LAKUKAN?

bisnes-model-gmcr-png

Bisnes Model GMCR

Daripada rajah ianya bermula apabila syarikat mendapat pertanyaan yang datangnya dari pelbagai sumber seperti facebook, google, email, panggilan telefon, sms, whatapps, telegram dan ada juga melalui instagram.

Semua pertanyaan berkenaan perlu dilayan dengan pantas. Jadi untuk memudahkan kerja syarikat menggunakan sistem laman web yang dibangunkan khas. Pelanggan boleh mendapatkan sebut harga, membuat tempahan dan membuat bayaran secara online pada bila-bila masa tidak kira di mana mereka berada.

Bagi pelanggan yang tidak mahu menggunakan tempahan online, kami menyediakan proses tempahan offline, biasanya pelanggan ini terdiri daripada syarikat korporat, regular customer dan individu yang tidak mahir dari segi IT.

Dari segi pembayaran syarikat menyediakan pelbagai mod pembayaran, kami menerima bayaran secara tunai, cek, online transfer dan juga pembayaran melalui kad kredit secara online dan juga offline.

Dari segi penghantaran kereta, kakitangan diingatkan supaya menghantar kereta dalam keadaan bersih dan tip top. Mereka perlu berpakaian kemas supaya pelanggan selesa berurusan. Biasanya pelanggan akan berpuas hati dan akan memberitahu perkhidmatan syarikat kepada kawan-kawan mereka.

Begitulah serba ringkas bagaimana GMCR mengembangkan perniagaan, tiada teknik ajaib, hanya fokus kepada kepuasan hati pelanggan dan hasilnya GMCR berjaya berkembang di seluruh Malaysia.

APA ITU AFFILIATES?

Affiliate merupakan satu sistem yang dipasang di laman web yang menjual produk fizikal ataupun digital. Tujuan sistem berkenaan adalah untuk mengesan jualan yang dibuat oleh agen affiliate yang mendaftar.

Sebagai contoh saya mempunyai produk fizikal iaitu buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman. Bagi memudahkan pembelian, maka saya telah membina satu laman web jualan iaitu www.rahsiapinjaman.com.

Picture49

Minisite buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman

Pelanggan yang berpuas hati, berkemungkinan berminat untuk mempromosikan buku berkenaan. Bagi mengesan jualan yang dibuat oleh mereka, maka saya memasang satu sistem yang dinamakan sistem affiliate di dalam website berkenaan.

SAL_ebook_200

Sistem Affiliate Lite

Pelanggan tadi boleh mendaftar sebagai agen affiliate melalui www.rahsiapinjaman.com/affiliates. Seterusnya mereka akan mendapat satu link yang unik seperti http://www.rahsiapinjaman.com/hop.php?ref=wahi2011.

Tugas mereka adalah mempromosikan link berkenaan. Sistem affiliate akan mengesan jualan yang dibuat melalui link mereka.

Picture48

Akaun agen affiliate

KUNCI KEJAYAAN

Kunci kejayaan di dalam affiliate adalah bagaimana untuk menarik trafik yang banyak untuk klik link affilate mereka. Semakin tinggi jumlah klik, maka peluang untuk mendapat komisen juga tinggi.

Berdasarkan akaun affiliate di atas, jumlah klik adalah 711 dan jualan adalah sebanyak 26. Jadi kadar pembelian adalah 3.6% (26/711 x 100%) sahaja. Justeru agen affiliate perlu menarik lebih banyak trafik untuk meningkatkan jualan.

BAGAIMANA NAK TARIK TRAFIK?

Ada beberapa cara untuk menarik trafik antaranya;

Facebook peribadi

Cara paling mudah dan percuma adalah dengan mempromosikan link affiliate melalui wall facebook peribadi. Sungguh pun begitu pastikan anda ikut tip berikut sebelum bermula;

  • Elakkan spam wall facebook sendiri, dengan mempromosi link affiliate terlalu kerap.
  • Selalu menulis perkara-perkara yang positif di wall facebook.
  • Perlu ada kawan 1000 orang ke atas.
  • Gunakan nama sebenar.
  • Gunakan gambar profail sebenar.
  • Letakkan cover photo yang menarik.
  • Lengkapkan maklumat peribadi.
  • Kongsikan pendapat anda tentang produk berkenaan dengan ikhlas. Jangan nampak sangat anda menjual.
  • Semasa mempromosi link affiliate, galakkan prospek komen supaya post berkenaan menjadi viral.
  • Saya lebih suka gunakan autoresponder untuk menghantar email secara automatik kepada prospek yang berminat.
  • Anda boleh pm prospek satu persatu, tetapi berhati-hati, silap haribulan facebook boleh block anda kerana menyangka anda sedang melakukan spam.
  • Gunakan url shortener untuk menutup link affiliate.

Nota

Facebook peribadi sekarang umpama sebuah kedai maya, sekiranya kita mengisinya dengan perkara-perkara yang baik, maka ia akan mengundang lebih banyak orang untuk melawat. Sekiranya kita mengisinya dengan maklumat palsu dan negatif, saya percaya ramai yang berlalu pergi begitu sahaja. Silap haribulan ada yang akan unfriend anda.

Jadi sebelum bermula sila semak pos-pos di wall facebook anda. Padam mana-mana pos yang tidak memberi manfaat. Betulkan maklumat facebook profail anda.

Iklan di facebook group

Elakkan mempromosi membuta tuli di dalam facebook group seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang. Gunakan kaedah didik dan jual. Kongsikan pengalaman anda menggunakan produk berkenaan. Ceritakan bagaimana produk berkenaan membantu anda. Seterusnya tarik perhatian prospek untuk klik affiliate anda. Galakkan prospek untuk memberikan komen supaya pos berkenaan lebih viral.

Facebook fanpage dan Mailing List

Saya jarang mempromosi menggunakan fanpage kerana ia memerlukan kos yang agak tinggi. Walau bagaimanapun sekiranya friend list anda tidak ramai, maka anda boleh membina fanpage dan mengeluarkan sedikit kos untuk mengiklan.

Elakkan menjual secara membuta tuli. Jalinkan hubungan dengan prospek terlebih dahulu. Dapatkan nama dan email prospek dengan memberikan video atau ebook percuma. Sebolehnya gunakan autoresponder berbayar untuk mengumpul database pelanggan.

Setelah anda mendapat nama dan email pelanggan brainwash mereka dengan menghantar email-email yang santai dan bermutu tinggi. Saya galakkan anda belajar cara menghantar email yang baik daripada tuan Faisal Abdullah dan Aqif Azizan. Sila Subcribe mailing list mereka melalui blog berikut Nasihat Niaga dan Write To Wealth.

Blog

Anda juga boleh menulis review tentang sesuatu produk di dalam blog anda. Kongsikan pendapat anda dengan ikhlas. Tulis dalam bahasa yang santai dan ringkas. Semakin tinggi mutu kandungan blog anda, maka semakin banyak trafik yang akan masuk. Cuba belajar daripada blog-blog yang terkenal dan pelajari bagaimana penulisnya menulis artikel-artikel mereka.

24 TIP BERGUNA BAGAIMANA BUAT DUIT MELALUI EBOOK

Assalamaulaikum dan salam hormat

Kebelakangan ini saya sering di tanya bagaimana untuk menerbitkan  ebook. Terkejut juga bila terima soalan-soalan berkenaan. Saya ni bukannya pakar buat ebook, lagi pun masih banyak benda yang saya perlu belajar. Walau bagaimanapun berikut merupakan antara tip yang mungkin berguna untuk anda.

  1. Niatkan di dalam diri anda menulis bukan kerana wang. Anda menulis kerana mahu berkongsi pengalaman dengan orang ramai.
  2. Tulis dalam gaya bahasa yang santai. Tulis seolah-olah anda sedang bercakap dengan pembaca. Tulis dengan penuh perasaan kasih sayang.
  3. Tulis dengan  ringkas tetapi padat. Pembaca boleh membaca dalam tempoh 30 minit hingga 1 jam sahaja.
  4. Gunakan saiz font  14 supaya senang dibaca. Setiap perenggan hanya mengandungi 2 atau 3 ayat.
  5. Tulis menggunakan perisian microsoft word dan tukarkan ke dalam format pdf menggunakan perisian Primopdf untuk mengelakkan karya berkenaan di ubahsuai atau cetak rompak.
  6. Pastikan anda masukkan url blog, email dan url facebook anda supaya pembaca boleh menghubungi anda.
  7. Buat ecover yang cantik untuk meningkatkan kualiti ebook. Sekiranya tidak mahir boleh minta khidmat nasihat designer profesional seperti Luvley Creative Design. Boleh juga hubungi sahabat saya Tuan Saberi Nurhasimah untuk dapatkan khidmat beliau.
  8. Cuba berikan naskah percuma kepada 10 orang rakan dan dapatkan komen mereka.
  9. Sekiranya terima komen positif, gunakan komen berkenaan untuk tujuan pemasaran. Sekiranya terima komen negatif sila perbaiki ebook berkenaan.
  10. Cuba jual pada harga istimewa untuk melihat sambutan dan feedback pembaca.
  11. Pastikan nilai ebook yang anda berikan 3 kali ganda daripada apa yang pembeli bayar. Berikan bonus percuma seperti support group, rakaman video dan softcopy dokumen yang berkaitan.
  12. Berikan jaminan pemulangan wang sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan ebook anda.
  13. Buat group support dan pastikan pembaca diberikan link untuk masuk ke dalam group berkenaan. Pembaca boleh bertanya sekiranya ada soalan.
  14. Sekiranya mendapat sambutan, sebolehnya buat minisite yang lengkap dengan sistem affiliate.
  15. Saya cadangkan gunakan program Minisite Mudah untuk membina minisite anda sendiri. Kos lebih murah kalau anda nak buat ubahsuai.
  16. Pastikan anda membeli domain dan hosting daripada Minisite Mudah kerana hosting syarikat lain tidak compatible dengan program berkenaan. Kos dalam RM297 sahaja.
  17. Kalau tidak mahir untuk buat minisite, boleh upah Luvley Creative Design dengan kos di antara RM350 – RM450.
  18. Pastikan anda siapkan sales letter dahulu. Sales letter boleh tiru dan ubahsuai daripada minisite lain. Contoh sales letter saya boleh download di sini –> Sales letter
  19. Cuba hubungi otai-otai yang ada nama dalam bidang berkaitan ebook yang anda tulis. Berikan mereka naskah percuma, pelawa mereka untuk menjadi agen affiliate.
  20. Sebolehnya plug in sistem autoresponder pada minisite untuk mengumpulkan mailing list anda. Tawarkan laporan atau rakaman video percuma untuk mendapatkan email prospek. Sila lihat contoh di sini www.rahsiapinjamanrumah.com atau www.rahsiapinjaman.com.
  21. Pastikan anda sentiasa berinteraksi dengan prospek. Kongsikan pengalaman dan soalan yang anda terima dengan prospek anda. Interaksi yang ikhlas dan berterusan akan meningkatkan keyakinan prospek untuk membeli ebook anda.
  22. Anda juga boleh mempromosikan produk orang lain kepada prospek dan jana pendapatan tambahan.
  23. Saya cadangkan anda gunakan Getresponse kerana harganya lebih murah berbanding Aweber.
  24. Seterusnya jangan lupa bayar komisen agen affiliate setiap awal bulan. Pembayaran yang konsisten akan menaikkan semangat agen affiliate untuk terus mempromosi ebook anda.

Itulah serba sedikit tip yang boleh anda gunakan untuk menerbitkan ebook anda sendiri. Insya Allah dengan niat dan strategi pemasaran yang betul ebook anda boleh laku keras dan menjana wang setiap hari tanpa henti. Semoga bermanfaat.

 

Analytic Code