Wahi Abd Rashid

APA BEZA GMIS & LICENSING GREEN MATRIX?

Salam ramai yang bertanya apa beza antara program Green Matrix Independent Supplier (GMIS) dan juga licensing Green Matrix? Berikut penerangan tentang kedua-dua program berkenaan.

GMIS

Program ini diwujudkan untuk beri peluang kepada pengusaha kereta sewa persendirian menjadi pembekal kereta sewa kepada Green Matrix, tiada bayaran dikenakan untuk menjadi peserta. Setiap peserta akan mendapat sistem tempahan kereta sewa online yang Green Matrix sediakan. Selain itu peserta juga akan mendapat latihan asas tentang bisnes kereta sewa bersama Green Matrix. Walau bagaimanapun GMIS tidak dibenarkan menggunakan jenama Green Matrix.

Paparan sistem tempahan Green Matrix

Setiap tempahan yang diterima oleh GMIS, Green Matrix akan ambil 15%. Setiap peserta akan mendapat direct link dan mereka boleh gunakan link berkenaan untuk pelanggan mereka buat tempahan. Setiap tempahan yang dibuat melalui link berkenaan ianya akan terus dihantar ke email GMIS. Kalau tempahan itu peserta boleh bekalkan kereta, mereka akan dapat lebih kurang 85% daripada kadar sewa yang dibayar pelanggan.

Kalau tempahan itu mereka tak dapat bekalkan kereta, mereka boleh kongsikan kepada GMIS lain (mereka boleh bertanya dalam group telegram khas) dan sekiranya tempahan berkenaan berjaya mereka akan dapat komisen 5%. Proses tempahan mesti menggunakan sistem yang Green Matrix sediakan untuk proses dokumentasi.

Peserta GMIS biasanya mereka yang baru atau sudah menjalankan bisnes kereta sewa dan tiada perancangan untuk menjadi licensee Green Matrix. Mereka hanya boleh menggunakan sistem tempahan Green Matrix memandangkan sistem berkenaan boleh menerima tempahan di seluruh Malaysia. Untuk pendaftaran menjadi independent supplier boleh klik SINI.

Ibu Pejabat Green Matrix di Sepang, Selangor.

LICENSING GREEN MATRIX

Bagi pengusaha kereta sewa yang ingin menyertai Green Matrix, mereka boleh menyertai program licensing kami. Licensee Green Matrix perlu menggunakan 100% jenama Green Matrix sepenuhnya. Semua bayaran mesti di masukkan ke dalam akaun Green Matrix untuk proses dokumentasi. Mereka akan mendapat set lengkap bisnes kereta sewa seperti di bawah.

Set lengkap kit licensing Green Matrix

Terdapat sedikit yuran untuk penyertaan dan setiap tahun keahlian perlu diperbaharui dengan sedikit yuran tahunan. Setiap tempahan Green Matrix akan menolak 15% caj perkhidmatan sekiranya mereka mendapat tempahan secara online (kereta sendiri), 12% sekiranya tempahan secara offline (kereta sendiri) dan 30% daripada keuntungan sekiranya tempahan bukan menggunakan kereta sendiri. Maklumat tentang program ini boleh Klik SINI.

Program licensing Mycampus

LICENSING MYCAMPUS

Selain itu kami juga mempunyai program licensing untuk mereka yang mengusakan bisnes kereta di kawasan kampus universiti. Peserta berkenaan dikenali licensee Mycampus. Terdapat  sedikit yuran penyertaan untuk menjadi licensee Mycampus. Licensee Mycampus juga akan dibekalkan set lengkap bisnes kereta sewa untuk mereka beroperasi. Setiap kutipan sewa Green Matrix akan mengambil bayaran 5% untuk menampung kos operasi. Setiap kampus hanya satu licensee sahaja dibenarkan. Maklumat tentang program licensing Mycampus boleh klik SINI.

Sertai Facebook group ini untuk belajar bisnes kereta sewa. Klik SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code