Wahi Abd Rashid

Author Archives: Wahi Abd Rashid

Wahi Bin Abd Rashid merupakan seorang usahawan kereta sewa, penulis dan speaker di dalam bidang keusahawanan. Syarikat beliau www.greenmatrixcarrental.com menyediakan perkhidmatan kereta sewa di seluruh Malaysia. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman di dalam blog peribadinya www.wahiabdrashid.com

BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN ASB MENGGUNAKAN TEKNIK DI DALAM BUKU RAHSIA SENANG MENDAPAT PINJAMAN?

Salam hormat, kali ini saya ingin menjawab soalan yang sering ditanya samada boleh atau tidak mendapatkan pinjaman ASB menggunakan teknik di dalam buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman. Saya mempunyai 2 jawapan.

Jawapan 1

Ya, boleh sekiranya anda tidak ada perancangan untuk menceburi bidang perniagaan atau cuba berhijrah menjadi usahawan. Sesuai untuk mereka yang selesa makan gaji dan tidak ada disiplin menyimpan. Walaupun pilihan ini nampak selamat namun ia mempunyai risiko kerana keadaan ekonomi boleh berubah (ya keadaan ini pasti berlaku). Sekiranya keadaan ekonomi menurun, pihak bank boleh menaikkan kadar faedah dan menurunkan kadar dividen. Pada masa itu, mereka yang membuat pinjaman ASB akan merasa sesak nafas sedikit kerana terpaksa top up duit sendiri untuk membayar kadar bunga yang lebih tinggi daripada dividen yang diterima.

Jawapan 2

Tidak, sekiranya anda bercita-cita mahu menjadi usahawan. Ini kerana sebaik sahaja anda membuat pinjaman ASB, future value untuk membuat pinjaman lain akan menurun. Anda akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman bagi mengembangkan perniagaan, membeli aset, hartanah dan pelaburan lain. Jadi pinjaman ASB tidak sesuai untuk mereka yang cuba keluar dari kepompong makan gaji.

p/s : Saya memilih jawapan 2 dan syukur Alhamdulillah setiap bulan boleh menyimpan jumlah yang sama banyak dengan 3 bulan gaji. Apa yang penting, kena berani keluar dari zon selesa dan teroka rezeki Allah yang terbentang luas.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN SYARIKAT PERKONGSIAN UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN BAGI DIRI SENDIRI?

Salam hormat, kali ini saya ingin menjawab soalan yang ditanya oleh salah seorang pembaca buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman. Berikut merupakan soalan beliau;

Soalan

Salam abg wahi, saya nak tanya pendapat abg wahi. Saya ada nama kat dalam perniagaan Enterprise (perkongsian), tetapi saya tak terlibat secara langsung pun dengan perniagaan tu. Perniagaan tu diusahakan oleh anak saudara.

Boleh tak saya guna statement akaun perniagaan tu utk buat permohonan loan?

Jawapan

Boleh, kalau salah seorang rakan kongsi tidak mahu pinjaman dibuat atas nama perniagaan, maka pinjaman boleh dibuat di atas nama pemilik perniagaan. Penyata akaun semasa perniagaan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan yang menyatakan tuan mempunyai “extra income”.

Soalan

Kalau boleh, apa dokumen syarikat yg bank akan mintak?

Jawapan

  • Lesen perniagaan
  • Penyata akaun semasa perniagaan (6 bulan)
  • IC Pemilik perniagaan
  • Slip gaji 3 bulan (tempat kerja individu yang nak buat pinjaman)
  • KWSP, ASB dan Saham (Kalau ada)

Harap membantu. Insya Allah.

KERETA SAMBUNG BAYAR, PENTING ADA PERJANJIAN JUAL BELI

Salam hormat, kali ini saya ingin menjawab soalan dari pembeli Ebook Panduan Bisnes Kereta Sewa. Berikut merupakan soalan beliau.

Soalan

Salam.. tuan, saya nak tanya.. dalam Ebook Panduan Bisnes Kereta Sewa ada fail ‘sambung bayar’ (doc pdf dan word) ; setelah isi semua borang , adakah kereta akan bertukar milik kepada kita dan kita sambung bayar loan kereta yang masih dalam akaun penjual..? confius sikit la.

Jawapan

Surat perjanjian jual beli berkenaan boleh digunakan untuk tukar hak milik dengan syarat pinjaman dengan bank telah diselesaikan. Surat perjanjian berkenaan penting untuk.

1. Melindungi tuan sekiranya pemilik asal kenderaan cuba mengambil balik kenderaan setelah tuan penat melangsaikan hutangnya.

2. Menukar nama pemilik kenderaan (selepas hutang selesai) sekiranya pemilik asal tidak dapat dikesan.

p/s : pernah terjadi kepada saya, tidak membuat surat perjanjian berkenaan, selepas mengeluarkan banyak wang membaiki kenderaannya. Pemilik kenderaan meminta dikembalikan keretanya, kalau saya tidak mahu memulangkannya, dia mahu lapor kepada polis mengatakan saya mencuri keretanya. Kalau ada perjanjian, perkara berkenaan mungkin tidak terjadi.

Harap membantu. Insya Allah.

Analytic Code