Wahi Abd Rashid

Author Archives: Wahi Abd Rashid

Wahi Bin Abd Rashid merupakan seorang usahawan kereta sewa, penulis dan speaker di dalam bidang keusahawanan. Syarikat beliau www.greenmatrixcarrental.com menyediakan perkhidmatan kereta sewa di seluruh Malaysia. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman di dalam blog peribadinya www.wahiabdrashid.com

AKAUN SEMASA VS AKAUN SIMPANAN

Soalan

Salam saudara Wahi, saya sudah memiliki buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman dan telah habis membacanya. Saya teruja dengan isi yang saudara kongsikan dalam buku tersebut. Cuma saya ada sedikit persoalan disini. Kaedah yang digunakan ialah dengan mengeksploitasi akaun semasa peribadi. Kenapa kita tak boleh menggunakan kaedah yang sama dengan menggunakan akaun simpanan peribadi. Adakah ia berbeza dari segi pandangan pihak bank terhadap kedua-dua akaun tersebut? Sila beri tunjuk ajar dan pandangan saudara berdasarkan pengalaman saudara. Terima kasih.

Jawapan

Kaedah berkenaan boleh juga digunakan untuk akaun simpanan (kalau duit dalam tu ada banyak), walau bagaimanapun, memiliki akaun semasa bermakna kita mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi. Bukan semua orang boleh membuka akaun semasa kerana depositnya yang agak tinggi. Kedua memiliki akaun semasa bermakna kita mempunyai perniagaan (pendapatan boleh bertambah sekiranya perniagaan maju). Ketiga sebelum akaun semasa diluluskan pihak bank akan menyemak latarbelakang kita. Sebagai contoh sekiranya kita mempunyai hutang tertunggak di courts mammoth, permohonan akan di tolak. Seorang rakan saya mempunyai kes tuntutan di mahkamah kerana tidak membayar bil telefon juga tidak dapat membuka akaun semasa. Ini berlainan dengan, pemegang akaun simpanan kerana syarat membuka akaun simpanan lebih longgar. Pihak bank juga mempunyai sistem pemarkahan tertentu, pemegang akaun semasa mempunyai markah yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan. Markah yang lebih tinggi bermakna peluang mendapat pinjaman juga tinggi. Markah yang rendah bemakna anda sukar mendapat pinjaman atau perlu mengemukakan cagaran atau penjamin. – Harap menjawab soalan

KESAN ASB LOAN TERHADAP KELAYAKAN MEMINJAM

Terima soalan dari Rakan Facebook.

Soalan

Assalamualaikum, saya ada buka 2 akaun semasa. Satu akaun sendiri dan satu lagi akaun atas nama syarikat. Syarikat didaftarkan atas nama bengkel kereta milik kawan. Baru-baru ini saya membuat pembelian 3 buah kereta dan sudah diluluskan ketiga-tiganya dan pada masa ini pihak bank ada tawarkan pinjaman ASB dan saya setuju ambil RM100k, juga sudah diluluskan. Penyata bank memang saya jaga sebaik-baiknya. Soalannya, kalau saya mohon pinjaman kereta lagi masih boleh luluskah memandangkan komitmen tinggi. kereta yang atas nama saya hanya 5 buah sahaja dan pinjaman ASB yg baru sangat lulus 100k. kereta yang lain hanya pinjam nama keluarga yg terdekat.

Jawapan

Berdasarkan pengalaman kalau ada ASB loan..mana-mana pinjaman sukar untuk lulus. Saya tidak pasti kenapa, tetapi menurut rakan yang bekerja dengan pihak bank..apabila bank ingin membuat semakan kredit mereka tidak dapat mengenalpasti jenis hutang yang kita ada, jadi pada mereka risiko semakin tinggi, sekiranya lulus mereka akan meminta cagaran atau penjamin – Walahualam.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN BANK SEKIRANYA SAYA BEKERJA SENDIRI ATAU MASIH BELAJAR DI UNIVERSITI?

Salam hormat, Kali ini saya menerima mesej dari seorang pelajar dari sebuah universiti. Beliau ingin mendapatkan nasihat bagaimana hendak mendapatkan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan. Untuk makluman, saya juga sering menerima rungutan daripada rakan-rakan yang berniaga kecil-kecilan tentang kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank. Secara umumnya situasi kedua-dua individu berkenaan boleh dikatakan sama iaitu tidak mempunyai dokumen sokongan seperti penyata gaji bulanan dan kwsp untuk memohon pinjaman.

Sungguhpun begitu terdapat cara bagaimana untuk mendapatkan pinjaman bank walaupun mereka tidak mempunyai kerja tetap samada di sektor awam atau swasta. Syaratnya mereka mestilah mempunyai sumber pendapatan daripada perniagaan (tidak kisah walaupun berniaga goreng pisang di tepi jalan). Berikut merupakan caranya;

  1. Daftar perniagaan kecil (sekurang-kurangnya milikan tunggal)
  2. Buka akaun semasa perniagaan.
  3. Masukkan hasil jualan ke dalam akaun semasa perniagaan.
  4. Keluarkan apabila mahu gunakan untuk modal pusingan.
  5. 10% peratus hasil jualan mestilah disimpan di dalam ASB atau Tabung Haji.
  6. Lakukan transaksi berkenaan selama 6 bulan.
  7. Kalau boleh transaksi mestilah lebih RM5K sebulan. Pelajari teknik transaksi ulangan di dalam buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman untuk meningkatkan jumlah transaksi. Lagi banyak transaksi lagi bagus.
  8. Selepas 6 bulan, hantar salinan penyata akaun semasa (untuk 6 bulan berturut-turut), sijil pendaftaran perniagaan, kad pengenalan pemilik perniagaan dan buku ASB/Tabung Haji kepada bank untuk memohon pinjaman.
  9. Insya Allah pinjaman anda akan lebih mudah lulus.

Jumlah pinjaman bergantung kepada purata transaksi anda selama 6 bulan. Sebagai contoh, sekiranya purata transaksi anda adalah RM10,000 sebulan, maka anda layak mendapat pinjaman dengan bayaran bulanan RM1,000 sebulan (jumlah tidak tetap dan bergantung kepada jumlah komitmen sedia ada anda dan kelulusan bank). Semasa saya hendak membeli rumah pertama berharga RM175,000, purata transaksi di dalam akaun semasa saya adalah RM15,000 sebulan.

Formulanya adalah seperti berikut

Purata Duit Masuk 6 bulan x 10% = Jumlah Ansuran Yang Layak

Contoh

RM10,000 x 10% = RM1,000

Sekiranya anda ada komitmen hutang sedia ada sebanyak RM500 maka anda hanya layak membuat pinjaman dengan ansuran bulanan RM500 sahaja (RM1,000 – RM500).

PERINGATAN

Seboleh-bolehnya pinjaman dilakukan untuk membesarkan perniagaan, bukan untuk memulakan perniagaan. Jadi, bagi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan, nasihat saya gunakan modal sendiri dahulu. Binalah perniagaan anda perlahan-lahan, bila hendak berkembang, barulah memohon pinjaman. Insya Allah anda pasti akan berjaya. Selamat mencuba.

Analytic Code