Wahi Abd Rashid

Author Archives: Wahi Abd Rashid

Wahi Bin Abd Rashid merupakan seorang usahawan kereta sewa, penulis dan speaker di dalam bidang keusahawanan. Syarikat beliau www.greenmatrixcarrental.com menyediakan perkhidmatan kereta sewa di seluruh Malaysia. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman di dalam blog peribadinya www.wahiabdrashid.com

SEWA PERMIT KERETA SEWA PANDU

Saya selalu dapat pertanyaan, biasanya dari individu yang mahu menjalankan bisnes kereta sewa berlesen. Memandangkan kos untuk mendapatkan lesen kereta sewa pandu perlukan modal yang agak besar, maka ada yang bertanya boleh tak mereka menyewa permit kereta sewa pandu sahaja?

Sebenarnya tiada istilah sewa permit dan tiada syarikat yang berani sewakan permit kepada orang yang mereka tidak kenali. Sebabnya kereta sewa berpermit perlu dibeli di atas nama syarikat pelancongan yang mendapat permit. Kalau syarikat berkenaan membuat pinjaman bank, maka segala risiko adalah di atas syarikat berkenaan.

Katakan syarikat berkenaan membeli kereta guna pinjaman bank selama 7 tahun dan sewakan kereta berpermit kepada seorang individu. Selepas 1 tahun, tiba-tiba individu berkenaan tidak lagi mahu buat bisnes kereta sewa. Jadi siapa nak bayar baki pinjaman bank selama 6 tahun lagi? Senang cerita model bisnes ini tidak praktikal.

Sungguhpun begitu saya ada rakan pernah menyewa permit kereta sewa pandu. Apa yang beliau buat adalah beliau mohon pinjaman peribadi tunai atas namanya sendiri. Wang berkenaan beliau gunakan untuk membeli kereta di atas nama syarikat pelancongan berlesen yang sudah ada permit kereta sewa pandu. Cumanya dia dapat sewa permit itu sebab pemilik syarikat pelancongan berlesen itu adalah saudaranya sendiri.

Sebagai pulangan, syarikat pelancongan itu akan menyewakan permit berkenaan ikut amaun yang dipersetujui. Saya ada syarikat yang ada permit dan setuju sewakan permit pada kadar RM100 sebulan untuk kereta biasa (prefered Perodua), RM200 sebulan untuk MPV (prefered Toyota) dan RM300 sebulan untuk van (prefered Toyota). Syarikat ini dikenali sebagai Green Matrix Partner (GMP).

GMP hanya akan sewakan permit kepada Green Matrix Licensee (GML) yang sudah ada track rekod sales lebih RM5K sebulan. Sebabnya mereka hanya mahu sewakan permit kepada pengusaha kereta sewa yang betul-betul serius dan ada sistem perniagaan yang sudah terbukti berjaya. Sebagai pulangan GMP akan mendapat keutamaan tempahan dari Green Matrix untuk lokasinya beroperasi.

Faedah GML

  • Tak perlu daftar syarikat pelancongan (RM5K).
  • Tak perlu sediakan modal berbayar (RM200K).
  • Tak perlu mohon lesen pelancongan (RM1K)
  • Tak perlu ada pejabat (RM10K).
  • Tak perlu jadi ahli persatuan tertentu (RM750).
  • Tak perlu pergi kursus pelancongan (RM750).
  • Tak perlu pening kepala audit syarikat (RM3K).
  • Boleh beroperasi secara sah.

Jimat RM220 – 230K.

Faedah GMP

  • Maksimumkan sumber syarikat sedia ada.
  • Tambah pendapatan dari sewaan permit.
  • Dapat keutamaan tempahan dari Green Matrix.
  • Syarikat lebih berdaya saing.
Syarat-syarat
  • Sudah mendaftar sebagai GML.
  • Mampu membuat pinjaman tunai ikut nilai kereta.
  • Mampu bayar sewaan permit secara bulanan.
Sekiranya anda berminat sila email.
 
Nama penuh :
No Telefon :
Lokasi ingin beroperasi :
 
Email : admin@gogreenmatrix.com.

PENYEWA KERETA TERLALU LASAK

Salam artikel ini saya nak kongsi tentang soalan dari seorang pengusaha kereta sewa, beliau hadapi masalah apabila penyewanya menggunakan kereta dengan cara agak kasar atau lasak. Saya tak pasti bagaimana kasar atau lasak yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun saya ada pengalaman apabila ada penyewa yang menyewa kereta saya untuk mengangkut enjin kereta.

Pelanggan berkenaan datang secara tiba-tiba lengkap berpakaian seperti mekanik. Tanpa banyak soal, saya menyewakan kereta kepadanya. Setelah kereta dipulangkan, saya dapati bahagian dalam kereta penuh dengan debu dan pada bahagian bonet pula ada kesan karat enjin. Saya jangka kereta saya digunakan untuk mengangkat enjin kereta, sebab pelapik bonet ada kesan calar.

Saya juga pernah menyewa sebuah kereta kepada orang tempatan, saya dapati kereta saya digunakan untuk ke kebunnya. Apabila kereta dipulangkan, bahagian dalam kereta terlalu kotor. Saya sendiri nampak penyewa menggunakan kereta untuk mengangkut barang-barang kebun termasuk mesin potong rumput.

Pada peringkat awal, saya memang tiada pilihan, siapa saja pelanggan yang datang saya terpaksa layan. Kalau dapat pelanggan yang bagus saya bersyukur, kalau dapat pelanggan dari neraka, saya berserah.

Walau bagaimanapun hasil pendapatan daripada bisnes kereta sewa, saya laburkan  untuk membina jenama syarikat saya. Saya juga melabur untuk membina laman web syarikat yang bersistem dan profesional. Tanpa saya sedari ramai pula orang yang ingin belajar tentang bisnes kereta sewa.

Saya mula berkongsi pengalaman tentang bisnes kereta sewa dan ada yang berminat untuk menyertai syarikat saya. Saya mula membuka cawangan baru di seluruh negara melalui sistem licensing (macam francais). Apabila cawangan saya semakin banyak, saya dihubungi oleh banyak syarikat dari dalam dan luar negara yang ingin bekerjasama.

Green Matrix salah satu pembekal kereta sewa untuk Air Asia (rating 8.8/10)

Hasil antara kerjasama berkenaan, kalau anda perhatikan dalam laman web Air Asia dan Expedia, syarikat saya secara rasminnya menjadi salah satu pembekal kereta sewa untuk dua syarikat gergasi berkenaan. Sejak itu kami mendapat banyak tempahan dari dalam dan luar negara.

Sungguhpun begitu pada peringkat awal kerjasama berkenaan tidak mudah. Cabaran saya pada masa itu bagaimana nak pastikan setiap cawangan dapat memberikan servis yang terbaik dan seragam di seluruh negara? Justeru mahu tak mahu saya perlu memberikan latihan yang berterusan supaya setiap licensee sentiasa memberikan servis terbaik.

Green Matrix salah satu pembekal untuk Expedia (rating 8.8/10)

Hasil daripada latihan yang berterusan kami mendapat rating tertinggi di Malaysia berbanding syarikat kereta sewa yang lain. Pelanggan yang gembira dengan servis kami, turut  memberitahu kepada kawan-kawan dan keluarga mereka. Secara tidak langsung ia mengurangkan kos pengiklanan dan meningkatkan margin keuntungan syarikat saya.

Syarikat saya terus memberikan perkhidmatan kereta sewa terbaik kepada pelanggan setia kami, kami ada ratusan video testimonial dan sentiasa mendapatkan maklum balas pelanggan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Syarikat saya juga berjaya mengembangkan perniagaan ke Brunei dan Insya Allah kami akan tembus ke Singapura dan Indonesia.

Pelanggan-pelanggan kami sekarang lebih berkualiti dan ada dari kalangan selebriti. Setakat ini kami tiada masalah dengan pelanggan dan kebanyakan menggunakan kereta dengan baik. Sekiranya berlaku kerosakan akibat kecuaian pelanggan biasanya mereka akan membayar gantirugi seperti yang dinyatakan dalam perjanjian sewa.

Harap membantu.

PENYEWA TAK NAK BAYAR SAMAN

Arikel ini saya nak jawab soalan tentang penyewa tak nak bayar saman (maaf kalau ejaan tak tepat sebab saya copy & paste dari email saja).
Slm tuan…sy bru 3bln cburkn dri dlm bdang ni…kreta pn bru ada sbjik..mcmna sy nk slesaikn msalah brkaitan dgn sman…pnyewa msih blm slesaikn sman trsebut.
 
Wasalam
 
Pendapat saya, bukan semua orang kita boleh sewakan kereta. Tuan perlu fokus pelanggan berkualiti saja. Macam syarikat saya, kami ada fokus sasaran pelanggan tertentu. Bukan semua orang adalah pelanggan kami. Kami fokus pelanggan yang ada duit dan berkualiti saja.
Semakin tinggi kualiti pelanggan maka semakin mudah kita nak buat apa-apa tuntutan dari mereka. Kenapa pelanggan berkualiti boleh bayar? sebab mereka ada air muka. Kalau setakat 2 – 3 ratus atau 2 – 3 ribu mereka pejam mata bayar saja. Tak guna nak bergaduh, masuk kes polis dan viral, sebab air muka mereka lebih mahal.
Pelanggan tuan tak nak bayar mungkin sebab tuan tiada fokus sasaran yang jelas. Ada tuan tanya pelanggan seperti berikut?
  1. Nak sewa kereta untuk personal atau syarikat?
  2. Nak pergi ke mana?
  3. Boleh saya tahu tuan kerja di mana?
  4. Sewaan kereta ni untuk apa?
  5. Tuan datang sendiri atau dengan keluarga?
Daripada contoh soalan di atas tuan boleh tahu siapa pelanggan tuan. Tuan kena fokus siapa sasaran yang tuan nak. Cuma masalah kepada yang baru bermula, orang tidak kenal, jenama tak kuat, jadi susah sikit nak dapat pelanggan yang berkualiti.
Pelanggan berkualiti ni dia akan cari syarikat kereta sewa yang sudah establish. Mereka mahukan servis terbaik. Harga perkara kedua. Mereka tak mahu dapat sewa murah tapi servis tak seperti yang mereka harapkan.
Sekiranya tuan ada modal, tuan boleh daftar program Green Matrix Licensee (GML). Program GML ni macam sistem francais juga. Syarikat saya Green Matrix memang sudah established sejak 2006. Kami ada lebih 30,000 pelanggan tetap yang berkualiti.
Tuan tak perlu pening kepala dan buang masa nak bina brand baru kerana GML boleh terus guna jenama Green Matrix yang memang dikenali syarikat kereta sewa paling trusted. Sistem dan latihan kami sediakan selagi tuan masih aktif sebagai GML.
Selain itu kami ada team seluruh Malaysia dan Brunei. Sekiranya tuan ada masalah seperti kereta rosak di lokasi lain, tuan boleh maklumkan dalam group dan peserta GML terdekat sedia membantu. Kami berniaga secara berjemaah, jadi kerja lebih mudah.
Banyak juga booking dari Green Matrix dan GML yang kami terima. Jadi tuan boleh sewakan kereta kepada pelanggan yang lebih berkualiti. Walau bagaimanapun apabila tuan menyertai GML, tidak bermakna tuan boleh duduk goyang kaki. Tuan perlu juga buat pemasaran dan mencari pelanggan. Semua orang kena cari pelanggan.
Strategi pemasaran tanpa kos akan di ajar semasa sesi latihan yang diadakan di pejabat Green Matrix di Sepang Selangor. Latihan akan diadakan sebulan sekali dan tuan perlu hadir sekurang-kurangnya sekali selepas mendaftar.
Sekiranya tuan betul-betul tiada modal, mungkin tuan boleh minta pelanggan buat bayaran secara baik. Kalau pelanggan tak mahu bayar anggap saja tiada rezeki. Untuk syarikat saya, kami ada sistem CTOS di mana sekiranya pelanggan tak mahu bayar kami boleh senarai hitam pelanggan dalam sistem CTOS. Kos CTOS adalah RM6K setahun. Peserta GML dapat akses CTOS secara percuma.
 
Harap membantu.
Analytic Code