Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES KERETA SEWA DENGAN MODAL KECIL?

Assalamualaikum

Artikel ini ditujukan khas kepada rakan-rakan yang menghadapi masalah seperti dalam mesej di bawah. Saya tahu ramai yang mahu buat bisnes kereta sewa, tetapi ramai yang terkandas kerana tidak mempunyai modal yang besar.

Picture12

Sebenarnya memulakan bisnes kereta sewa, tidak memerlukan modal yang besar. Perkara ini dibuktikan oleh seorang pemuda yang menjalankan bisnes kereta sewa tanpa modal yang besar.

Walaupun beliau tidak mengeluarkan modal yang besar, namun pendapatan daripada bisnes berkenaan amat lumayan. Berikut merupakan skrin shot mesej yang beliau hantar kepada saya.

Picture13

BAGAIMANA BELIAU LAKUKAN?

Secara ringkasnya beliau telah membina sebuah laman web iaitu www.sewakeretasabah.com. Laman web berkenaan mengandungi maklumat tentang perkhidmatan kereta sewa di Sabah.

Sebelum bermula, beliau akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pengusaha kereta sewa di Sabah. Sekiranya beliau berjaya mendapat tempahan, maka beliau akan menghantar tempahan berkenaan kepada syarikat kereta sewa di sana. Syarikat saya juga turut menjalinkan kerjasama dengan beliau.

Untuk setiap tempahan, beliau mendapat komisen di antara 20 – 25%. Pendapatan berkenaan agak lumayan kerana ianya boleh mencecah 4 angka sebulan. Apa yang menarik, ia menjana pendapatan 2 kali ganda daripada gajinya walaupun dilakukan secara separuh masa.

Menarik bukan?, ya konsep ini bukan dilakukan oleh beliau seorang sahaja. Ia juga juga dipraktikkan oleh agen kereta sewa dalam dan luar negara seperti www.drive.my, www.cartrawler.com dan www.rentalcars.com. Apa yang penting pemilik laman web perlu pandai menarik trafik ke laman web mereka.

TIDAK TAHU MEMBINA LAMAN WEB?

Tidak menjadi masalah kerana banyak video tutorial di sediakan secara percuma di You Tube, anda boleh membina laman web malalui platform blogspot atau wordpress. Sekiranya anda tidak mahir dalam pembinaan laman web, maka boleh menggunakan Web System Car Rental.

Anda juga boleh menggunakan Facebook Pages untuk mempromosikan perkhidmatan anda. Selain itu anda boleh mempromosikan perniagaan kereta sewa dengan menggantung banner, mengedar flyer, menampal poster di lokasi-lokasi strategik.

Gunakan teknik pemasaran yang berkos rendah seperti facebook, instagram, twitter, whatapps, telegram, wechat dan sebagainya untuk mempromosikan perkhidmatan anda. Pastikan anda memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan supaya mereka terus setia dan membawa lebih banyak pelanggan.

Insya Allah dengan modal yang kecil, perniagaan anda boleh dikembangkan sedikit demi sedikit.

20 Thoughts on “BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES KERETA SEWA DENGAN MODAL KECIL?

  1. hj mohamad bin ngah on February 20, 2014 at 12:52 pm said:

    Tq…for very very good info..sy ada bahan pnp..e book n cd interaktif..intelek jawi n pintar literasi..amat sesuai bagi kanak2 (4,5n6 thn),prasekolah,linus tegar,pemulihan khas,dan pem.khas sek.men..mohon jasa bsik en wahi …beri pandangan kaedah pemasaran n edaran ke seluruh negara..tq en wahi

    • 1. Pastikan produk memang bagus.
      2. Dapatkan testimoni pelanggan.
      3. Buat minisite/blog.
      4. Pasang sistem affiliate supaya pelanggan yang berpuas hati boleh bantu pasarkan produk berkenaan sambil jana pendapatan.

  2. masyziyati on November 23, 2014 at 6:04 am said:

    salam… en wahi nak tanya pendapat.. saya budak U lagi.. sy nk buat sewa kereta tp hanya untuk student U shj.. skrg sy dah buat tp just ambil komisyen utk kereta org.. bgamna sy blh bmula tanpa modal yg besar.. terima ksh sgt2 sebb tolong bg pendapat

  3. abd wafi on February 15, 2015 at 11:00 am said:

    salam en wahi..saya berminat nak buat bisnes kereta sewa area johor,boleh guide saya atau saya nak franchise dari company encik.
    boleh call saya 0197464249 wafi.

  4. salam en wahi.. apa pndangan untk van sewa kwasan luar bndar.. van pakai sendiri.. sewa untuk side income.. perlu ambil permit dan sbgainye jgak ke.. berbaloi x? customer mgkin xseramai kwsan bndar

  5. salaam. saya berminat nak berkerjasama dengan pengusaha kereta sewa. saya tahu mengurangkan kos operasi khususnya major service dan repair akan meningkatkan keuntungan insyaAllah. saya baru buka workshop di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, servis, repair, tayar, aircon dan boleh pickup/delivery bagi kawasan berdekatan. boleh hubungi kami di fb Zaimauto Servis atau 03-80717279 atau 011-37516627.

  6. Mohd Husairi on June 2, 2015 at 11:46 pm said:

    Salam.. Saya berminat untuk join bisnes kereta sewa.. Kereta sewa sendiri dan juga nak dapat komisyen. Area kedah/perlis

  7. Salam. Sy berasal dari Johor dan kerja di Sabah. Sy ada sebuah kereta di Johor yg hanya digunakan ketika sy blk kg 2 atau 3 Kali sahaja setahun. Mcm mana kalau sy nk sewakan kereta tu ms sy di Sabah?

  8. Salam En.wahi…sy bminat nak bt Sewa kereta tp x de modal…bole Bantu sy…012-2794527

    • SUHAIMI BIN SALEH on January 10, 2016 at 11:08 am said:

      Salam..
      Saya memerlukan beberapa kereta untuk menjalankan Sewa Kereta di Seremban..harap Tuan dapat.membantu saya 0122573565.

  9. Ahmad Safiri Bin Majid on June 18, 2016 at 11:46 pm said:

    Salam..
    En.wahi sy brminat dgn dvd bisnes kereta sewa…
    sy ada masalah bhg ruangan bayaran…xbrp mahir…

  10. Anonymous on October 14, 2016 at 10:56 am said:

    Salam en wahi…
    Mohon pencerahan dr tuan… Apa syarat2 perlu ader klu saya mahu serius dlm business kereta sewa. Mksd saya cara yg btl ikut undang2. Tkt nnti kene cekup sbb buat business tanpa kebenaran sah.. Sbb skarang saya berjinak2 dgn business ni… Saya sewakan kereta kedua saya.. Mula2 suka2… Xsangka dapat sambutan pulak.. Mohon perkongsian dr tuan. Terima kasih

  11. abid on June 6, 2017 at 10:01 am said:

    asalamualaikum tn
    saya ada niat nak buat kereta sewa, tp xtau nak mulakan macamana,,tlg bantu ya

  12. Assalammualaikum.tuan wahi..boleh ajar sy bagaimana cara sy nk mulakan perniagaan sewa kereta ni?sbb sy bercadang nk cuba bidang ni…tp modal kecik.boleh ke?

  13. Jarry Bin Danis on September 30, 2017 at 1:27 pm said:

    Selamat petang.. Sya berminat utk bisnes sewa kereta dan sya da ada kenderaan utk di sewakan tapi tidak tau jalankan bisnes.. Sya nak jalankan bisnes kat kota kinabalu sabah dengan menyewakan kereta daripada semananjung yg bercuti kat sabah… Macam mana ya? Ni no hp sya 013-8785540

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code