Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA SAYA BUAT DUIT RM1,000 SEBULAN MELALUI PROGRAM AFFILIATE?

Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini. Baru-baru ini saya menerima soalan tentang bagaimana nak buat duit melalui program affiliate. Sebenarnya saya bukanlah pakar affiliates. Saya pun masih belajar lagi tentang affiliate ini. Walau bagaimanapun, saya akan kongsikan sedikit tip bagaimana saya berjaya mendapat komisen lebih RM1,000 setiap bulan melalui program affiliate. Berikut merupakan antara langkah-langkah yang selalu saya praktikkan.

  1. Sebelum bermula saya akan kenal pasti produk affiliate yang sedang hangat di pasarkan. Biasanya produk yang hot akan diiklankan di facebook.
  2. Saya akan baca komen-komen atau testimoni terhadap produk berkenaan.
  3. Saya cuba kenali siapa dan kredibiliti penerbit produk berkenaan.
  4. Setelah yakin dengan produk berkenaan, saya akan beli produk berkenaan untuk membuat review.
  5. Sekiranya saya berpuas hati dengan produk berkenaan, baru saya promosikan kepada rakan-rakan.
  6. Biasanya saya akan kongsikan pendapat  tentang produk berkenaan di facebook, fanpages, group, mailing list dan blog.

TIP PENTING

  • Sebelum membeli, saya akan mendaftar sebagai agen affiliate terlebih dahulu.
  • Pendaftaran agen affiliate (biasanya) boleh dibuat melalui www.domainproduk.com/affiliates.
  • Untuk dapatkan produk pada harga yang lebih murah saya akan beli melalui link affiliate saya sendiri.
  • Semasa mempromosi saya akan gunakan url shortener seperti www.bit.ly untuk tutup link affiliate saya.
  • Saya akan mempromosikan produk berkenaan dengan penuh kasih sayang. Saya bayangkan seolah-olah saya mahu memberitahu orang yang saya sayangi supaya mendapatkan produk berkenaan. Saya akan beritahu mereka apakah faedah-faedah yang mereka akan perolehi sekiranya mereka mendapatkan produk berkenaan.
  • Saya akan pastikan post di facebook menjadi viral dengan meminta prospek memberi komen terhadap post berkenaan.
  • Contohnya “Saya baru sahaja memiliki produk ABC. Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan produk ini. Ia dapat menyelesaikan masalah XYZ dengan lebih mudah dan menjimatkan. Saya rekomen 100% produk ini. Sekiranya anda berminat nak tahu tentang produk ini sila like & komen “BERMINAT”. Insya Allah nanti ada masa saya akan berikan linknya.
  • Saya akan menghantar mesej secara peribadi kepada prospek yang komen BERMINAT. Contohnya “Salam Hormat, Terima kasih kerana berminat. Ini merupakan link produk berkenaan [Link Affiliate], Dapatkan sekarang sebelum tawaran istimewa ini ditutup. Ceria Selalu, Yang Benar, Nama Anda”
  • Selepas menghantar mesej, saya akan komen “Sila check inbox ya” supaya pos itu bertambah viral.

Pada saya zaman sekarang ini kita tak boleh bergantung sepenuhnya pada gaji sahaja. Kita kena pandai cari pendapatan tambahan. Program Affiliate merupakan salah satu kaedah yang boleh menjana pendapatan tanpa perlu keluar modal yang besar. Tugas anda hanya kongsikan produk berkenaan dengan rakan-rakan anda. Apa yang penting anda keluarkan sedikit modal untuk mencari ilmu. Insya Allah anda boleh berjaya.

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code