Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA SAYA SELESAIKAN MASALAH HUTANG?

Picture1
Salam hormat

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini. Beberapa minggu yang lalu saya ada menerima satu email. Di dalam email berkenaan penulis meluahkan perasaannya. Beliau tertekan kerana sukar mendapatkan pinjaman bank. Kalau tak silap pinjaman itu mahu digunakan untuk membayar hutangnya yang berjumlah RM25,000.

Sebenarnya, email berkenaan adalah antara email favourite yang saya selalu terima. Kebanyakannya akan mengadu tentang masalah hutang yang bertingkek-tingkek. Sebagai jalan penyelesaian mereka mahu membuat pinjaman bank untuk membayar hutang lama. Biasanya mereka akan terkandas kerana rekod pembayaran hutang lama yang kurang elok.

Penat juga nak jawab soalan-soalan berkenaan satu persatu. Jadi saya ambil keputusan untuk tulis artikel ini. Saya harap ianya dapat menjawab semua soalan yang saya selalu terima berkenaan hal ini.

KENALI HUTANG ANDA

Menurut Garrent Sutton iaitu penulis buku The ABCs of Getting Out of Debt secara umumnya hutang ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu hutang sihat dan hutang tidak sihat. Hutang sihat akan menjadikan anda lebih kaya, manakala hutang tidak sihat akan menjadikan anda semakin miskin.

Jadi sekiranya anda mahu hidup kaya, maka anda perlu fokus kepada hutang sihat. Contoh hutang sihat adalah dengan menggunakan pinjaman untuk menambah aset, mengembangkan perniagaan, pembelian saham dan sebagainya. Tidak kira apa pun yang anda beli, pastikan ianya boleh menjana lebih banyak wang masuk ke dalam poket anda.

KENAPA SUKAR BUAT HUTANG SIHAT?

Untuk makluman anda, hutang sihat bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Menurut Garrent Sutton lagi, kebiasaannya pihak bank lebih mudah memberi pinjaman untuk membiayai hutang tidak sihat berbanding hutang sihat. Contohnya anda lebih mudah mendapat pinjaman untuk membeli kereta, membeli motosikal berkuasa tinggi, memiliki kad kredit, pinjaman peribadi, skim ansuran mudah dan sebagainya.

Sebaliknya sekiranya anda cuba memohon pinjaman untuk mengembangkan perniagaan atau membeli hartanah untuk pelaburan ianya amat sukar. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang memilih untuk membuat pinjaman untuk membiayai hutang tidak sihat.

Seterusnya menurut Garret Sutton lagi terlalu banyak hutang tidak sihat biasanya akan lebih menyukarkan peminjam mendapatkan pinjaman untuk membiayai hutang sihat. Contohnya sekiranya anda mempunyai banyak hutang kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan sebagainya, kemungkinan besar anda sukar mendapatkan pinjaman untuk mendapatkan modal perniagaan dan juga pembelian hartanah untuk pelaburan.

Justeru tidak hairanlah kebanyakan mereka yang menghantar email kepada saya sukar mendapatkan pinjaman kerana mereka mempunyai banyak hutang tidak sihat. Keadaan bertambah sukar, apabila mereka gagal menguruskan hutang tidak sihat berkenaan dengan baik. Dalam erti kata lain tidak membayar tepat pada masanya.

KENAPA RAMAI TERLIBAT HUTANG TIDAK SIHAT?

Saya berpendapat, tiada siapa yang mahu terlibat dengan hutang tidak sihat. Namun realitinya ramai yang terperangkap dengan hutang berkenaan. Semuanya berpunca daripada kesilapan samada secara sengaja ataupun tidak.

Kesilapan secara sengaja biasanya adalah disebabkan kejahilan menguruskan wang. Contohnya ada rakan yang membuat pinjaman peribadi untuk bercuti ke luar negara. Saya tidak tahu apa tujuannya, mungkin ingin menunjuk-nunjuk kepada rakan bahawa mereka mempunyai kehidupan yang hebat seperti orang kaya.

Kesilapan secara tidak sengaja pula biasanya di sebabkan kesilapan membuat pelaburan yang merugikan. Contohnya anda terbeli rumah terbengkalai yang gagal disiapkan oleh pemaju. Mahu tidak mahu anda terpaksa membayar hutang berkenaan walaupun projek berkenaan terus terbengkalai. Apabila memiliki hutang tidak sihat wang terus mengalir keluar dari poket anda dari masa ke semasa.

PENGALAMAN SAYA

Saya juga tidak terkecuali melakukan kesilapan. Kesilapan berkenaan mengakibatkan saya terpaksa menanggung hutang yang tidak sihat. Berikut merupakan antara hutang tidak sihat yang terpaksa saya tanggung;

Perkara

Kesilapan

Jumlah (RM)

Ansuran Bulanan (RM)

Jangkamasa Tamat

1 Unit Kereta 4WD Dicuri dan gagal buat tuntutan insuran kerana silap buat laporan polis.

50,000

350

2 tahun

1 Unit Kereta Sedan Dicuri dan gagal buat tuntutan insuran kerana silap buat laporan polis.

35,000

700

2.5 tahun

Biasiswa Pendidikan Langgar kontrak tidak mahu kembali bekerja dengan majikan lama.

160,000

500

25 tahun

JUMLAH

245,000

1,550

Kalau nak diikutkan banyak lagi hutang tidak sihat yang terpaksa saya tanggung. Jumlahnya mencecah RM0.5 Juta. Namun syukur alhamdulillah, walaupun perit namun sebahagian (RM255,000) telah berjaya diselesaikan perlahan-lahan.

BELAJAR DARI KESILAPAN

Menurut Robert Kiyosaki iaitu penulis terkenal buku Rich Dad Poor Dad, melakukan kesilapan adalah sesuatu yang bagus. Apa yang penting kita belajar daripada kesilapan lalu dan cuba untuk tidak mengulanginya.

Dalam kes saya, semasa mula terlibat di dalam perniagaan, saya banyak melakukan kesilapan. Semuanya berpunca daripada kejahilan saya sendiri. Daripada kesilapan-kesilapan berkenaan saya jadikan sebagai pengajaran.

Pada hari ini, saya masih melakukan kesilapan, namun kesilapan sekarang tidak seteruk seperti dahulu. Sekarang saya lebih berhati-hati.

BAGAIMANA SAYA MEMBAYAR HUTANG TIDAK SIHAT?

Saya tidak pernah cuba memohon pinjaman untuk membayar hutang tidak sihat berkenaan. Saya pasti tidak akan belajar apa-apa sekiranya mengambil jalan mudah dengan menggunakan kaedah korek lubang, tutup lubang. Apa yang pasti saya mungkin terus melakukan kesilapan dan akhirnya terperangkap dengan hutang yang semakin meningkat.

Justeru saya memilih jalan yang panjang dan sukar tetapi banyak memberi pengajaran berguna kepada saya. Berikut merupakan antara jalan yang saya ambil untuk membayar hutang tidak sihat berkenaan.

1. HIDUP DI BAWAH KEMAMPUAN

Saya cuba hidup di bawah kemampuan. Walaupun syarikat saya menjana pendapatan yang agak lumayan, namun saya cuba hidup sesederhana yang mungkin. Kereta rasmi keluarga saya adalah Perodua Kembara 1.3 (A) tahun 2001. Kereta berkenan di beli dari kedai kereta terpakai pada tahun 2007 dengan bayaran ansuran sebanyak RM255 sebulan selama 8 tahun.

Selain itu, keluarga saya tidak membazir untuk perkara-perkara yang tidak menjana wang. Kami hanya membeli pakaian yang biasa dan tidak menggunakan peralatan kosmetik yang mahal. Sebagai contoh pewangi badan yang kami gunakan adalah dari jenis biasa berharga RM20 hingga RM30 sebotol.

Saya mungkin berbelanja lebih untuk tinggal di rumah yang agak besar. Secara purata saya membelanjakan lebih RM4,000 untuk membayar ansuran bank dan bil-bil utiliti  setiap bulan. Walau bagaimanapun rumah ini digunakan untuk menjalankan sebahagian besar operasi perniagaan keluarga.

Pendapatan daripada perniagaan biasanya lebih besar daripada kos menduduki rumah ini dan syukur Alhamdulillah boleh menampung overhead untuk tinggal di rumah sebegini.

2. TAMBAH PENDAPATAN

Seterusnya saya cuba mempelbagaikan sumber pendapatan. Antaranya adalah seperti berikut;

A. MENULIS BUKU

Saya bermula dengan menulis buku. Buku pertama yang saya tulis adalah Rahsia Senang Mendapat Pinjaman. Buku berkenaan diterbitkan pada tahun 2011. Ianya menerangkan bagaimana saya berjaya mendapatkan pinjaman bank bernilai RM2.7 Juta untuk membangunkan bisnes kereta sewa.

Picture2

Saya akan menerima bayaran royalti sebanyak RM1.99 untuk setiap buku yang berjaya dijual oleh penerbit. Kalau nak diikutkan kutipan royalti tidaklah banyak sangat. Namun saya dapati ia mula menaikkan nama dan jenama syarikat saya.

B. KHIDMAT BIMBINGAN

Selepas buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman diterbitkan, saya dihubungi oleh seorang wanita dari Sabah. Beliau meminta saya mengajarnya bagaimana untuk membangunkan bisnes kereta sewa yang bermula dari kosong. Mungkin beliau yakin dengan saya setelah membaca buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman.

Saya bersetuju dan memintanya bertanya apa sahaja soalan berkaitan bisnes kereta sewa. Saya akan menjawab dalam bentuk rakaman video dan menghantarnya melalui email kepada beliau.

Saya mengenakan sedikit yuran untuk bimbingan selama 3 bulan. Syukur alhamdulillah wanita berkenaan kini sudah menjadi usahawan kereta sewa yang berjaya di Tawau, Sabah.

Seterusnya saya dihubungi oleh seorang lelaki yang turut mahu belajar bisnes kereta sewa. Saya turut mengenakan bayaran untuk sesi bimbingan selama 3 bulan. Kali ini kerja saya lebih mudah kerana bahan-bahan sudah ada. Alhamdulillah hasil bimbingan saya beliau kini sudah berjaya menjadi usahawan kereta sewa di Kuala Lumpur.

C. PENERBITAN DVD

Kejayaan mereka mula menjadi buah mulut beberapa orang yang berminat menjadi usahawan kereta sewa. Saya mula menerima permintaan yang mahu saya mengajar bagaimana hendak membangunkan bisnes kereta sewa.

Memandangkan bilangan yang berminat semakin ramai, maka saya mempakejkan segala ilmu yang saya ada di dalam DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa. Sekiranya mereka memerlukan bantuan atau ada soalan, boleh bertanya di dalam support group yang saya sediakan.

dvda1
Syukur alhamdulillah ramai yang sudah berjaya menjadi usahawan kereta sewa hasil daripada DVD berkenaan. Ada yang sudah berjaya memiliki hampir 50 unit kereta sewa dalam masa 2 tahun. DVD berkenaan juga berjaya dijual dengan kutipan melebihi RM100,000.

D. LICENSING

Di kalangan pembeli DVD berkenaan, ada yang berminat bekerjasama dengan syarikat saya. Terdapat lebih kurang 45 orang yang berminat dan saya menawarkan kerjasama melalui program licensing.

Di dalam program berkenaan saya akan sama-sama membantu membangunkan bisnes kereta sewa mereka. Mereka juga diberikan kemudahan di syarikat seperti sistem perniagaan, lesen, dokumen rasmi syarikat, baju korporat, laman web, bimbingan yang berterusan. Saya berjaya mengutip yuran licensing lebih RM100,000.

Setiap bulan mereka perlu membayar royalti sebanyak 3% daripada kutipan sewa. Secara purata kutipan royalti licensing mencecah sehingga 4 angka sebulan.

E. BUKU KEDUA

Sungguhpun pendapatan di atas agak selesa, namun saya tidak terus berdiam diri. Saya terus cuba menambah pelbagai sumber pendapatan. Pada tahun 2012 saya berjaya menulis sebuah buku kedua bertajuk Hijrah Menjadi Usahawan. Buku berkenaan menerangkan bagaimana saya berjaya berhijrah daripada seorang pekerja yang selalu kesempitan wang dan akhirnya menjadi usahawan dengan pendapatan sehingga 6 angka sebulan.

hijrah-menjadi-usahawan-moresales-1210-16-moresales@3

Royalti buku berkenaan adalah RM2.79 senaskah. Setakat ini kutipan royalti tertinggi yang saya pernah terima adalah RM1,500 untuk setiap 6 bulan. Jumlahnya tidak besar, namun ianya sudah cukup bagus kerana saya memperolehinya tanpa perlu bekerja keras.

F. PELABURAN HARTANAH

Pada tahun 2013, saya cuba menambah pendapatan melalui kutipan rumah sewa. Setakat ini saya sudah memiliki 2 buah rumah sewa yang menjana pendapatan bersih sebanyak RM1500 sebulan.

G. PENULISAN EBOOK

Pengalaman membeli beberapa buah rumah itu saya kongsikan di dalam sebuah ebook Rahsia Pinjaman Rumah. Ebook berkenaan menerangkan bagaimana saya berjaya membeli 4 buah rumah berharga RM1.22 juta dalam masa 5 tahun. Hasil jualan ebook berkenaan setakat ini sudah mencecah RM50,000 sejak ia dilancarkan.

Ecover Nurul Luvleey

H. AFFILIATE

Selain itu saya juga berjaya menjana pendapatan daripada program affiliates. Affiliate merupakan satu sistem di mana kita mendaftar sebagai agen dan membantu menjual produk orang lain. Sekiranya agen affiliate berjaya menghasilkan jualan, mereka akan dibayar komisen  sehingga 50% daripada harga jualan.

Komisen

Komisen daripada program affiliate Sistem Jualan Pro 2.0

Sungguhpun begitu berdasarkan pengalaman saya sendiri, tanpa ilmu yang betul seseorang itu agak sukar menjana pendapatan daripada sistem affiliates. Justeru saya mencadangkan anda mendapatkan Sistem Jualan Pro 2.0 untuk belajar bagaimana menjana wang daripada sistem affiliate.

Sistem berkenaan merupakan panduan yang disediakan oleh pakar affiliate terkenal di Malaysia iaitu tuan Rahman Basri. Panduan berkenaan menerangkan bagaimana beliau berjaya menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan melalui sistem affiliate.

TIP BUAT DUIT MELALUI AFFILIATE

Berikut merupakan sedikit tip yang saya gunakan untuk menjana wang daripada sistem affiliates.

  1. Pastikan produk yang hendak dipromosikan itu berkualiti.
  2. Promosikan produk berkenaan sekiranya anda berpuashati.
  3. Promosikan produk berkenaan melalui facebook (pastikan jumlah friend list 1000 ke atas), fanpage (iklan berbayar), laman web dan mailing list.
  4. Elakkan memaksa pelanggan membeli produk berkenaan secara agresif. Gunakan kaedah didik dan jual. Anda boleh memberikan pendapat tentang produk berkenaan atau menceritakan bagaimana produk berkenaan boleh membantu memudahkan hidup anda.

Sekiranya anda ingin serius menjana wang melalui affiliate saya mencadangkan anda belajar melalui Sistem Jualan Pro 2.0. Saya sendiri berjaya menjana pendapatan lebih RM1,000 sebulan daripada ilmu yang beliau kongsikan.

WANG BUKAN LAGI SATU MASALAH

Begitulah serba sedikit panduan bagaimana saya menyelesaikan masalah hutang yang tidak sihat. Hasil daripada pendapatan berkenaan, saya berjaya membayar hutang tidak sihat saya sedikit demi sedikit. Ianya tidak mudah kerana memerlukan banyak masa, kesabaran dan disiplin yang tinggi.

Walaupun ia agak sukar, namun sangat berbaloi kerana daripada pengalaman berkenaan saya belajar bagaimana menjana wang tanpa memerlukan wang. Kini wang bukan lagi satu masalah. Pada saya sekiranya anda sabar, ingin belajar dan sentiasa berusaha, Insya Allah anda tidak akan menghadapi masalah kewangan lagi. Pendek kata, kalau anda pandai mencetak wang sendiri, anda tidak memerlukan bank untuk meminjam.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Insya Allah.

12 Thoughts on “BAGAIMANA SAYA SELESAIKAN MASALAH HUTANG?

  1. fourline Kundong on January 11, 2014 at 4:34 pm said:

    bagaimanakah caranya untuk mengikuti bisnes affiliate yang boleh menjana pendapatan sampingan ini?bolehkah tolong jelaskan..tq

    • Terima kasih di atas soalan

      Secara umumnya begini caranya

      1. Dapatkan produk terlebih dahulu. Pastikan produk mempunyai program affiliates.
      2. Sekiranya produk berkenaan berkualiti barulah anda kongsikan kepada rakan-rakan.
      4. Kongsikan pendapat anda tentang produk berkenaan di facebook, blog ataupun fanpages.

      contoh

      Saya baru mendapatkan produk ABC,
      tak sangka rupa-rupanya terdapat cara mudah
      dan murah untuk menyelesaikan masalah XYZ.
      Saya rasa produk ini wajib dimiliki oleh semua orang.
      Memang berbaloi-baloi.

      [link affiliate anda]

      cara anda kongsikan bergantung kepada kreativiti masing-masing.

      Tip :

      – Untuk beli produk pada harga diskaun, daftar sebagai agen affiliate dahulu, kemudian beli melalui link anda sendiri.
      – Biasanya pendaftaran agen affiliate boleh dilakukan melalui http://www.domain.com/affiliates contoh http://www.rahsiapinjaman.com/affiliates
      – Kongsikan produk berkenaan dengan penuh kasih sayang. Fikirkan apakah faedah-faedah pembeli akan dapat.
      – Pastikan anda gunakan url shortener seperti http://www.bit.ly.com untuk pendekkan link affiliate anda.

  2. Terima kasih Tuan Wahi. Perkongsian yang jujur dan detail tentang bebas hutang. Saya doakan Allah melapangkan rezeki tuan sekeluarga, amiin ya Allah.

  3. As salam tn..sy ingin minta pendapat tn tntng cara pengurusan kewangan
    sy mempnyai smpanan ASB sbyk 300k…pulangan dividen sy andaikan 24k sethn=2k sebulan
    komitmen sy hanya personal loan 1187 sebulan..kereta dah full settle
    sy ada perncngan utk bli rumah..
    soalan sy..

    1. sy beli rumah hrga 400k dgn bayaran 2k sebulan(30 thn)..sy apply loan rumah dn bayar dengan dividen ASB

    2. sy bli rumah harga 300k cash..tiada loan n komitmen

    mana yg terbaik?
    minta jasa baik tn

    • Wasalam

      kalau nak beli hartanah kena tahu matlamat pelaburan.

      beli untuk sewa

      Kita gunakan pinjaman sebanyak mungkin. Ansuran dibayar oleh penyewa.

      beli untuk jual (flipping)

      kita gunakan pinjaman sebanyak mungkin dengan modal yang kecil. Jana keuntungan hasil kenaikan harga hartanah.

      beli untuk tinggal

      Kurangkan guna duit pinjaman, sebab itu kira liabiliti

  4. satu pencerahan tentang hutang yang sangat menarik. Teruja saya membacanya walau pun artikal begitu panjang namun saya baca dengan penuh minat.

    Sangat infomative. Saya bersetuju dengan Tuan Wahi untuk menyelesaikan hutang dengan cara gali lubang tutup lubang bukanlah cara yang bijak walaupun ia begitu popular dikalangan orang yang berhutang.

    Ramai juga yang sesak kelemasan dengan hutang ini jika kita tidak pandai berenang dalam lautan hutang ini. Pada pandangan saya, hutang ini bermula apabila kita tidak dapat membezakan antara KEPERLUAN dan KEHENDAK yang bersifat kebendaan semata-mata.

    Sebelum ini saya memang banyak hutang dan apabila saya mula sedar saya akan lebih berhati-hati bila masa nak buat pinjaman. Selalunya sebelum saya bercadang nak buat pinjaman saya akan tanya diri saya dengan soalan ini ” Adakah pinjaman ini akan menjana wang ke dalam pendapatan aku atau ia merupakan hutang yang akan menyesakkan hidup aku nanti”…

    Alhamdulillah saya hingga kini sudah tidak punyai hutang lagi dan boleh dikatakan benas hutang daripada mana-mana bank. Setiap bulan saya hanya perlukan wang untuk basic needs saya sahaja…

    Memang tenang bila kita tiada hutang 🙂

  5. en wahi saya memiliki keluarga yang agak besar dan suami telah tidak bekerja semenjak perniagaannya tidak berjaya dan saya bekerja memilik hutang yang sgt banyak card kredit, loan( kereta sudah ditarik)
    dan personnal loan dan yg parah lagi saya tersilap langkah dengan meminjam along yang sekarang ni sudah masuk tahun ketiga sya hanya menbayar bunga sahaja.(x tau bila nak selesainya).Itu x termasuk hutang dgn kawan2 yg amat memeningkan kepala saya, Sekarang saya masih bekerja sambil menjalan kan perniagaan kecil-kecilan ( dibantu Suami) mengantar makanan ke 1 sekolah dan baru berjinak menghantar makanan ke petrol stesen tapi pendapatan ni masih lagi tidak mampu unttuk saya menyelesaikan hutang yang ada.Kekadang duit ,modal x mencukupi dan saya sudah mati akal..
    Saya amat bernasib baik sbb tinggal bersama in laws di kuala lumpur tapi pada masa yang sama memiliki condo di pd……wajar ke saya menjualnya untuk membuat modal bagi perniagaan saya.

  6. Anonymous on August 19, 2015 at 2:39 pm said:

    Encik,apa pendapat encik ttg projek bebas hutang yg byk diuar-uarkan seperti bebas hutang dlm masa 30 hari dan sebagainya.contohnya kita diminta modal 6k dan katanya kita dpt pulangan dalam masa sebulan.

  7. Anonymous on April 21, 2016 at 5:40 pm said:

    Assalamualaikum En Wahi, saya merupakan suri rumah dan dalam masa yang sama saya juga membuat bisnes pelamin. Masalah saya, saya menggunakan nama kakak saya yang bekerja di Goverment untuk apply loan RM200k, bayar balik hampir 350k.. setiap bulan saya harus membayar kereta RM1K, dan loan Bank Rakyat RM1800. Jikalau tiada income saya begitu sesak untuk membayar balik pinjaman.
    Saya tiada income lain selain bisnes.

    Mohon nasihat dari En. Wahi.

  8. hi im blacklisted apply loan rejected my salary below RM2000 but i need clear my name from Bank Negara pls advice me what can i do?

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code