Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA GREEN MATRIX BANTU LELAKI INI SEHINGGA PENDAPATAN BISNES KERETA SEWANYA MENCANAK NAIK 250%?

Muhammad Bakhit Zainal (aka Tuah) dan isteri Puteri Balkes Mohd Jamil

Salam artikel kali ini saya ingin kongsi kisah Tuan Muhammad Bakhit Zainal (juga dikenali sebagai Tuah). Beliau merupakan licensee Green Matrix di Perlis sejak 5 Jun 2018. Sebelum menyertai Green Matrix beliau sudah mengusahakan bisnes kereta sewa secara sendiri-sendiri hampir 2 tahun.

Sebenarnya beliau memulakan bisnes kereta sewa kerana “terpaksa” setelah keluarga angkatnya tertipu dengan program pajakan kereta sewa yang diperkenalkan oleh seorang pengusaha kereta sewa di Negeri Sembilan. Setelah mengambil balik kereta dari pengusaha kereta sewa berkenaan, secara tiba-tiba beliau sudah ada 5 buah kereta yang perlu diuruskan.

Kereta-kereta berkenaan tidak dapat dijual kerana masih baru dan baki hutang masih banyak, kalau keluarganya tidak dapat membayar ansuran bulanan kepada pihak bank, kemungkinan mereka akan jatuh bankrap. Jadi mahu tidak mahu beliau terpaksa mencari jalan bagaimana untuk menjana pendapatan daripada kereta berkenaan.

Satu cara yang beliau nampak adalah menyewakan kereta itu. Cuma beliau memang tiada pengalaman tentang bisnes kereta sewa. Mahu tidak mahu beliau terpaksa belajar sendiri bagaimana untuk memulakan bisnes kereta sewa.

Pada peringkat awal beliau mula mendapat tempahan kereta sewa, tetapi pendapatannya tidak menentu, kadang-kadang langsung tak balik modal. Tetapi demi nak membantu keluarga angkatnya, beliau usahakan juga. Sebenarnya beliau hampir putus asa untuk meneruskan bisnes kereta sewa pada masa itu.

Pada 5 Jun 2018, beliau ambil keputusan untuk menyertai program licensing Green Matrix. Sebaik menyertai Green Matrix, pendapatan beliau tidaklah terus meningkat, tetapi banyak perubahan yang berlaku. Pertama sekali beliau mula sefahaman dengan isterinya, sebelum itu mereka sering tidak sefahaman.

Seterusnya beliau sudah berani ambil pekerja dan mengagihkan tugas yang selama ini beliau dan isterinya lakukan. Selain itu beliau sudah ada sistem untuk monitor progress perniagaannya. Kutipan sewa ada turun naik kerana beliau mengusahakan bisnes kereta sewa di UITM Arau Perlis. Apabila pelajar bercuti pendapatannya akan menurun (Ogos 2018 dan Jan – Feb 2019) seperti yang anda lihat melalui graf di bawah.

 

Kutipan sewa (Jan – Feb 2018) vs (Jan – May 2019)

Selain itu beliau sudah berani buat pemasaran melalui fb live, sebelum itu beliau tidak pernah terfikir untuk buat pemasaran secara fb live. Apa yang berlaku tempahan kereta sewa semakin lama semakin meningkat. Sebelum menyertai Green Matrix, beliau mempunyai 7 buah kereta (2 Myvi, 2 Viva, 1 Axia, 2 Kancil). Masalah beliau pada masa itu ialah 4 buah kereta yang beliau miliki sudah berusia lebih 5 tahun dan tidak sesuai disewakan.

Nak beli kereta baru beliau tidak mampu kerana namanya telah disenarai hitam. Beliau bernasib baik kerana selepas menyertai Green Matrix, ada seorang rakannya yang berminat memajak 8 buah kereta baru kepadanya mulai Nov 2018. Bila ditanya kenapa baru sekarang rakannya itu berani memajak kereta kepadanya? rupanya rakannya itu hanya yakin setelah beliau menyertai Green Matrix.

Itu merupakan turning point kepada beliau, pendapatan beliau mula meningkat sejak itu, tetapi menurun pada Jan – Feb 2019 kerana pelajar bercuti ketika itu. Namun sekiranya dibandingkan peningkatan pendapatan di antara 2018 dan 2019, ada bulan yang kutipan sewanya meningkat sehingga 250%.

Peningkatan kutipan sewa 2018 vs 2019

Secara keseluruhan, kutipan sewanya meningkat sehingga 69.39% pada tahun 2019 berbanding 2018. Apa yang lebih menyeronokkan beliau kini ada lebih banyak masa bersama isteri dan anaknya. Perniagaannya sudah boleh beroperasi sendiri walaupun beliau tiada di Perlis. Bilangan kereta pula sudah meningkat kepada 11 unit. Isterinya kini mempunyai gaji dan sudah layak memohon pinjaman bank.

Itulah yang berlaku kepada Tuah yang sebelum ini hampir putus asa dengan bisnes kereta sewa. Namun semua itu tidak akan berlaku, kerana Green Matrix hanya mengajar beliau berdasarkan pengalaman dan ilmu yang kami ada. Terpulang kepada beliau untuk belajar, dan ambil tindakan.

Tiada jaminan mereka yang menyertai Green Matrix akan berjaya, tetapi mereka yang sentiasa berusaha pasti akan berjaya seperti Tuah. Sekiranya anda berminat untuk menjadi seperti Tuah, jemput join group facebook ini untuk maklumat lanjut. Klik SINI untuk join.

Comments are closed.

Post Navigation

 
Analytic Code