Wahi Abd Rashid

BISNES KERETA SEWA INCOME RM8K SEBULAN

Tuan Syed Sulaiman bersama salah seorang pelanggannya

Salam artikel kali ni saya nak kongsi kisah salah seorang licensee Green Matrix iaitu Tuan Syed Sulaiman di Kuantan. Beliau mendaftar sebagai licensee Green Matrix pada 8 Jun 2018. Ketika itu beliau baru berumur 34 tahun.

Tujuan beliau mendaftar sebagai licensee Green Matrix tak lain dan tak bukan adalah untuk belajar bagaimana nak memulakan bisnes kereta sewa. Beliau memang tiada pengalaman dalam bisnes kereta sewa. Bukan itu saja, beliau juga tiada kereta dan tak mampu nak beli kereta untuk dibuat sewa.

Sebelum menyertai Green Matrix, beliau pernah terlibat dalam beberapa perniagaan, tetapi semuanya tidak kekal lama. Beliau dan keluarganya pernah kerugian lebih RM100K akibat melabur dalam skim cepat kaya.

Akibatnya ahli keluarganya mula hilang kepercayaan terhadap dirinya. Selepas jatuh terduduk dengan kerugian perniagaan-perniagaan yang beliau lakukan sebelum ini, beliau terpaksa kembali bekerja sebagai juruteknik komputer, cuma beliau terfikir sampai bila beliau nak kerja makan gaji?

Nalurinya kuat ingin berniaga, beliau ingin keluarganya hidup senang, beliau mahu ada lebih banyak masa bersama keluarga dan paling penting beliau ingin luangkan lebih banyak masa untuk beribadat. Semua itu nampak mustahil kalau beliau terus bekerja makan gaji.

Jadi beliau perlu mulakan perniagaan. Dipendekkan cerita, selepas beliau menyertai Green Matrix, baru beliau sedar bisnes kereta sewa bukan sesuatu yang mudah. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau. Perlahan-lahan beliau belajar selok belok tentang bisnes kereta sewa. Walaupun beliau tiada kereta dan tidak mampu membeli kereta, beliau tetap terus berusaha.

Daripada strategi pemasaran yang beliau pelajari dari Green Matrix, beliau mula mendapat pelanggan sedikit demi sedikit. Memandangkan beliau tiada kereta, buat permulaan beliau menyewakan kereta milik pengusaha kereta sewa lain dahulu. Beliau hanya makan komisen sahaja.

Setiap kali mendapat pelanggan beliau akan mendapatkan testimonial daripada mereka. Testimonial berkenaan beliau gunakan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Hasilnya tempahan kereta sewa semakin lama semakin meningkat. Masalahnya beliau masih tiada kereta.

Tanpa beliau sedari ada pihak yang memerhatikan beliau dan berminat untuk bekerjasama dengannya. Hasilnya beliau mendapat 4 buah kereta percuma melalui program pajakan. Daripada kereta pajak berkenaan, beliau dapat menjana pendapatan lebih RM8K sebulan.

Komen Tuan Syed Sulaiman dalam group Green Matrix

Setelah menolak segala bayaran, pendapatan bisnes kereta sewa lebih tinggi daripada kerjanya sebagai juruteknik. Tempahan kereta sewa semakin lama semakin meningkat dan konsisten. Pada bulan Julai 2019 beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin fokus kepada bisnes kereta sewa.

Beliau bercadang untuk menambah lagi bilangan kereta dan mengembangkan lagi bisnes kereta sewa bersama Green Matrix. Seperti orang lain, beliau ingin membeli rumah dan mempunyai simpanan untuk masa depannya. Begitulah kisah tuan Syed Sulaiman yang bermula tanpa kereta dan kini boleh menjana pendapatan sehingga RM8K sebulan. Anda pun boleh jadi seperti beliau sekiranya ingin berusaha.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code