Wahi Abd Rashid

KISAH ABAM BOMBA BUAT BISNES KERETA SEWA

Salam artikel ni saya nak kongsi cerita bagaimana mudahnya seorang anggota bomba memulakan bisnes kereta sewa dengan platform Green Matrix Untuk mudahkan anda faham gambar di bawah menunjukkan tempahan yang dibuat oleh seorang pelanggan melalui plaftorm Green Matrix.

Pelanggan berkenaan menempah sebuah kereta model Perodua Exora 1.6 (A) dari 4 hingga 9 Jun 2019. Tarikh dan masa tempahan adalah pada 8 May 2019 07:03:21 pagi. Kadar sewa yang dikenakan adalah RM227 x 5 hari = RM1,135.

Berdasarkan tarikh tempahan, ternyata tempahan berkenaan adalah untuk kegunaan ketika menyambut hari raya pada 4 – 5 Jun 2019 nanti. Pelanggan ini dikira sangat bijak kerana membuat tempahan hampir sebulan awal. Mungkin beliau tidak mahu pening kepala kalau buat tempahan saat akhir.

SIAPA TUAN MUHAMMAD TARMIZI BIN AHMAD NORDIN?

Sekiranya anda lihat pada bahagian SUPPLIER INFO anda akan nampak nama Muhammad Tarmizi Bin Ahmad Nordin. Beliau sebenarnya merupakan salah seorang peserta Green Matrix Independent Supplier. Selain itu beliau juga merupakan seorang anggota Bomba dan baru berjinak-jinak dengan bisnes kereta sewa. Beliau ada sebuah kereta model Proton Exora 1.6 (A) dan terfikir bagaimana beliau boleh jana pendapatan daripada kereta berkenaan.

Setelah lama tercari-cari, beliau ternampak peluang untuk menjadi  pembekal kereta sewa Green Matrix. Tanpa membuang masa beliau terus mendaftar program Green Matrix Independent Supplier pada 23 Jan 2019. Tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar.

Sebagai peserta beliau diberikan sistem tempahan kereta sewa yang dibangunkan oleh Green Matrix. Beliau juga diberikan akses untuk masuk dalam facebook group khas di mana beliau boleh belajar selok-belok menjalankan bisnes kereta sewa dengan betul dan selamat. Terdapat banyak video tutorial di dalam group berkenaan.

Sistem tempahan kereta sewa yang disediakan Green Matrix

Selain itu beliau juga dimasukkan dalam group support telegram dan boleh bertanya sebarang soalan tentang bisnes kereta sewa dengan pasukan Green Matrix. Dalam program ini Green Matrix tidak menjanjikan peserta akan mendapat tempahan namun setiap peserta akan diajar cara mendapatkan pelanggan menggunakan teknik pemasaran tanpa kos.

Komen Tuan Muhammad Tarmizi dalam group telegram

Tuan Muhammad Tarmizi mula membuat pemasaran di media sosial. Rezeki beliau, pelanggan berkenaan terjumpa iklan beliau di media sosial dan terus menghubunginya melalui Whatsapp. Pelanggan berkenaan rupanya memang sudah biasa menggunakan servis Green Matrix, jadi beliau tidak ragu-ragu buat tempahan dengan Tuan Muhammad Tarmizi kerana beliau menggunakan platform tempahan Green Matrix. Lihat perbualan beliau dengan pelanggan.

 

Tanpa banyak soal pelanggan terus membuat tempahan dan membayar RM1,135 melalui Maybank2u dalam tempoh 2 jam selepas membuat tempahan. Lihat masa bukti bayaran di bawah. Lihat betapa mudahnya beliau memulakan bisnes kereta sewa dengan modal yang sangat minima.

BAGAIMANA TUAN MUHAMMAD TARMIZI BUAT DUIT?

Green Matrix akan membuat bayaran kepada beliau dalam masa tidak lebih 10 hari selepas beliau menghantar kereta kepada pelanggan. Maknanya beliau akan terima bayaran sewa selewat-lewatnya pada 14 Jun 2019. Green Matrix akan menolak 15% daripada kadar sewa untuk menampung kos operasi dan cukai. Jadi baki keseluruhan yang beliau akan dapat adalah RM1,135 – 15% = RM964.75.

Jumlah berkenaan cukup baik kerana beliau hanya sewakan kereta selama 5 hari dan beliau boleh dapat bersih RM964.75. Cukup untuk bayar ansuran bulanan keretanya. Kalau beliau usaha lebih lagi, mungkin beliau boleh jana pendapatan RM2,000 – 2,500 sebulan. Beliau tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membuat pemasaran, cukup setakat menggunakan teknik Zero Kos Marketing yang beliau belajar dari Green Matrix.

Lihat begitu mudah untuk memulakan bisnes kereta sewa dengan platform Green Matrix. Beliau tidak perlu ada kemahiran IT yang tinggi dan modal yang banyak untuk memulakan bisnes kereta sewa. Cukup mulakan dengan apa yang ada. Bagi mereka yang serius dengan bisnes kereta sewa, ada yang sudah menjana pendapat lebih 5 angka setiap bulan. Lihat rekod jualan terkini pemilik kereta yang menggunakan platfom Green Matrix.

Top sales team Green Matrix April 2019

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Green Matrix Independent Supplier KLIK SINI. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang program Green Matrix Independent Supplier, jemput join group facebook ini. KLIK SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code