Wahi Abd Rashid

JANA INCOME RM1,800 SEBULAN DENGAN SEBUAH AXIA 1.0 (A)

Tuan Eshamruddin Musa (kanan) bersama pelanggannya.

Salam hormat, kali ini saya nak kongsi kisah salah seorang pengusaha kereta sewa yang berdaftar dengan Green Matrix. Pengusaha ini juga kami panggil Independent Supplier di mana mereka berdaftar dengan Green Matrix dan sedia membekalkan kereta sekiranya ada tempahan melalui sistem Green Matrix.

Pengusaha yang saya maksudkan adalah Tuan Eshamruddin Musa. Dahulu beliau merupakan bekas kakitangan awam. Sebaik berhenti kerja, beliau banyak fokus kepada perniagaan internet. Bagi menambah pendapatan beliau bercadang memulakan bisnes kereta sewa. Masalahnya beliau tiada pengalaman tentang perniagaan berkenaan.

Beliau nampak satu cara untuk belajar tentang bisnes kereta sewa adalah dengan mendaftar sebagai Independent Supplier untuk Green Matrix. Sebaik mendaftar pada 24 Nov 2018, beliau mula belajar melalui video-video tutorial yang disediakan. Pada 5 Disember 2018 beliau telah membeli sebuah kereta model Perodua Axia 1.0 (A).

Facebook pages beliau Kereta Sewa Senai.

Dari segi pemasaran, beliau telah mempromosikan perkhidmatan kereta sewa yang beliau tawarkan melalui facebook pages dan blog yang beliau wujudkan khas. Hasilnya beliau mula mendapat tempahan daripada pelanggan. Mengikut rekod berikut merupakan hasil pendapatan beliau sejak Disember 2018 hingga Feb 2019.

  • Disember 2018 RM665.67
  • Januari 2019 RM1,445.00
  • Februari 2019 RM1,845.00

Daripada rekod di atas, pendapatannya semakin meningkat dari masa ke semasa.

Blog beliau senaikeretasewa.blogspot.com

Sekarang beliau menghadapi masalah baru pula kerana stok keretanya tidak cukup. Walau bagaimanapun masalah berkenaan selesai kerana terdapat lebih 600 independent supplier yang berdaftar dengan Green Matrix. Jumlah kereta yang dibekalkan oleh independent supplier lebih 1,000 unit pelbagai model.

Apabila beliau mendapat tempahan, dan keretanya tiada, beliau boleh kongsikan tempahan berkenaan dengan independent supplier yang lain. Memandangkan tempahan berkenaan datang dari usaha beliau maka beliau layak mendapat komisen sebanyak 5% yang akan diberikan oleh pemilik kereta.

Komisen yang beliau dapat berjumlah RM44.10 daripada sistem Green Matrix

Beliau lebih suka pelanggannya membuat tempahan melalui sistem Green Matrix kerana kualiti pelanggan lebih baik dan kadar sewa juga lebih tinggi berbanding kalau beliau buat sendiri. Apa yang paling beliau suka adalah dapat berkongsi rezeki dengan rakan-rakan independent supplier lain.

Sekiranya tempahan menggunakan keretanya sendiri tanpa melalui orang tengah, beliau akan mendapat bersih 85% daripada apa yang pelanggan bayar. Sebagai independent supplier beliau boleh memulakan bisnes kereta sewa tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.

Latihan dan sistem tempahan disediakan oleh Green Matrix, beliau hanya fokus cari pelanggan dan buat duit sebanyak mungkin. Sangat mudah untuk memulakan bisnes kereta sewa. Sekiranya anda berminat untuk memulakan bisnes kereta sewa atau ingin menjadi independent supplier Green Matrix, klik SINI untuk mendaftar.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code