Wahi Abd Rashid

BUAT BISNES KERETA SEWA UNTUK SELAMATKAN KELUARGA JATUH BANKRAP

Muhamamad Bakhit Zainal (Tuah).

Tuan Muhammad Bakhit Zainal atau juga dikenali Tuah merupakan licensee Green Matrix di bawah program Mycampus. Beliau mengusahakan bisnes kereta sewa di UiTM Arau, Perlis. Sebenarnya beliau tidak pernah merancang untuk memulakan bisnes kereta sewa. Namun disebabkan musibah yang menimpa keluarga angkatnya, beliau terpaksa memulakan bisnes kereta sewa.

Apa yang berlaku, keluarga angkatnya tertipu dengan program pajakan sebuah syarikat kereta sewa. Syarikat berkenaan tidak membayar wang pajakan seperti yang dijanjikan. Jumlah keseluruhan kereta yang dipajak adalah 5 unit. Ansuran bulanan kepada pihak bank semakin lama semakin meningkat. Sekiranya keadaan berkenaan berterusan, keluarga angkatnya mungkin akan jatuh bangkrap.

Hadir sesi coaching bisnes kereta sewa.

Mengenangkan keluarga angkatnya pernah membantunya ketika beliau susah maka Tuah mengambil keputusan untuk membantu mereka. Tanpa sebarang ilmu perniagaan kereta sewa, Tuah memberanikan diri untuk mengusahakan bisnes kereta sewa di UiTM Arau, Perlis. Namun semuanya tidak semudah disangka, kutipan sewa kadangkala tidak menentu. Kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi.

5 unit kereta baru yang beliau baru tambah pada 3 Mac 2019.

Beliau hampir putus asa dengan bisnes kereta sewa. Namun pada Jun 2018, beliau mengambil keputusan untuk menyertai program licensing Green Matrix. Beliau tidak sangka program berkenaan banyak mengubah bisnes kereta sewanya. Daripada hampir tutup, kini beliau mula menambah 9 unit kereta baru.

Daripada strategi pemasaran yang beliau belajar dari Green Matrix, permintaan tempahan kereta sewa semakin meningkat. Beliau juga sudah menambah 2 orang kakitangan untuk membantunya menguruskan bisnes kereta sewanya. Beliau mensasarkan boleh menjana pendapatan sebanyak RM20K setiap bulan.

Komen Muhammad Bakhit Zainal (Tuah) lepas sesi coaching.

Sekiranya anda memerlukan bantuan servis kereta sewa di Perlis, boleh hubungi beliau melalui 012-948 9865. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui program licensing Green Matrix boleh sertai group facebook ini. Klik SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code