Wahi Abd Rashid

ANUGERAH EXCELLENCE & INNOVATIVE IDEAS 2018

Majlis penyerahan Anugerah Excellence & Innovation Ideas 2018.

Salam hormat, pos ni saya nak kongsi tentang anugerah yang Green Matrix terima baru-baru ni iaitu Excellence & Innovative Ideas 2018. Anugerah ini diberikan untuk mengiktiraf usahawan yang komited dalam menghasilkan kualiti produk atau perkhidmatan yang tinggi.

Syarikat mereka juga telah melalui proses pertumbuhan perniagaan dengan kepakaran dalam industri yang terbukti serta melalui inovasi dan kreativiti dalam menawarkan produk dan perkhidmatan yang luar biasa.

KENAPA GREEN MATRIX DAPAT ANUGERAH NI?

Hasil tunjuk ajar dari Dr Azizan Osman, Green Matrix telah membina platform tempahan kereta sewa di mana kami boleh menerima tempahan kereta sewa di mana-mana lokasi di seluruh Malaysia dan Brunei.

Bagi memastikan kami dapat membekalkan perkhidmatan kereta sewa kepada pelanggan, pengusaha kereta sewa boleh mendaftar sebagai pembekal kereta sewa di dalam platform berkenaan. Setakat ini lebih 500 pengusaha kereta sewa sudah berdaftar sebagai pembekal kereta sewa di dalam platform berkenaan.

Untuk memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan kereta sewa terbaik, Green Matrix menyediakan garis panduan kepada semua pengusaha kereta sewa yang berdaftar. Pihak kami juga sentiasa memantau maklum balas pelanggan dari masa ke semasa untuk memastikan kualiti perkhidmatan.

Hasilnya Green Matrix mendapat banyak maklum balas positif dari pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kami akan terus memperbaiki perkhidmatan yang disediakan supaya pelanggan sentiasa mendapat perkhidmatan kereta sewa terbaik.

Sistem tempahan kereta sewa Green Matrix

Matlamat Green Matrix adalah untuk memastikan pelanggan kami mendapat perkhidmatan kereta sewa terbaik supaya mereka dapat sampai ke destinasi dengan hati yang gembira. Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebagai pembekal kereta sewa kepada Green Matrix, sila isi borang pendaftaran di bawah.

Syarat-syarat

  • Mempunyai perniagaan/syarikat berdaftar yang sah.
  • Sudah menjalankan perkhidmatan kereta sewa.
  • Boleh menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang baik.

DAFTAR SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code