Wahi Abd Rashid

PAJAKAN KERETA SEWA

Salam artikel ni saya tulis sebab banyak betul orang bertanya tentang program pajakan kereta sewa. Untuk makluman saya dah berkecimpung dalam bisnes kereta sewa lebih 10 tahun. Banyak syarikat kereta sewa yang menawarkan program pajakan. Tujuan mereka mengambil kereta pajak adalah untuk menampung tempahan kereta sewa yang semakin meningkat.

Masa saya memulakan bisnes kereta sewa pada tahun 2006, memang tak ada siapa yang percayakan saya untuk memajakkan kereta mereka. Saya mula dapat kereta pajak pada tahun 2009. Itu pun saya dapat kereta pajak daripada adik ipar saya sendiri. Majoriti keluarga masih tidak yakin dengan perniagaan saya masa tu.

Pada tahun 2010 perniagaan saya makin berkembang, permintaan semakin meningkat, jadi saya perlukan kereta tambahan. Nak beli kereta lagi memang tak lepas sebab komitmen saya dah paras hidung, masa tu saya dan isteri dah beli 30 buah kereta atas nama sendiri dan perniagaan.

Apa saya buat adalah saya tawarkan peluang pajakan kepada keluarga, kawan-kawan rapat dan pekerja saya sendiri. Mula-mula bayaran pajakan saya bayar ikut percentage, tapi bila kereta pajak dah makin banyak saya jadi pening kepala, sebab pening juga nak kira sales setiap buah kereta. Masa tu saya ada 40 buah kereta pajak (2010).

Apa yang berlaku setiap bulan owner bising, tanya pasal duit kereta pajak. Saya pula sampai tak sempat nak kira sales setiap bulan. Lama-lama saya rasa dah jadi macam hamba owner kereta pula. Kita sibuk urus bisnes kereta sewa, owner goyang telur, cukup masa mesej tanya duit mana?

Bila kita inform sales banyak, owner senyum sampai telinga, bila kita inform sales sikit owner kata kita tipu dia. Jadi untuk selesaikan masalah tu saya ambil keputusan bayaran pajakan saya bayar fix (installment + RM200) untuk sebuah kereta. Cukup bulan saya bank in je duit pajakan kepada owner kereta.

Bila buat macam tu, kerja saya jadi lebih mudah, saya boleh fokus buat sales saja. Owner pun tak payah bising-bising, cukup bulan duit masuk dalam akaun. Pajakan tu saya continue sampai 5 tahun, maknanya setiap kereta owner dapat RM200 x 12 bulan x 5 tahun = RM12,000. Lepas 5 tahun saya bayar je installment, kemudian bila loan dah makin kurang saya jualkan saja kereta tu.

Paling sikit 1 owner beli kereta 2 buah dan paling banyak 1 owner beli 6 buah kereta. Jadi setiap owner kereta dapat paling rendah RM400 hingga RM1,200 pasif income setiap bulan. Duit pajakan tak ada la banyak, tapi ada owner kereta yang boleh tampung pengajian anak kat univerisiti hasil duit pajakan.

Ada owner kereta yang boleh settlekan hutang kad kredit. Ada ahli keluarga saya yang boleh minta isterinya berhenti kerja duduk di rumah dan jaga anak sahaja. Setiap bulan dapat duit pajak RM400, boleh la buat belanja dapur, dulu makcik saya kerja kilang gaji RM600 je sebulan.

Lepas dapat duit pajak, dia berhenti kerja dan jaga anak di rumah saja, lagi pun masa tu anaknya tak sihat. Sekarang anaknya dah besar panjang dan boleh jaga diri sendiri. Begitulah serba sedikit pengalaman saya ambil kereta pajak. Biasanya saya hanya ambil kereta pajak antara keluarga dan kawan-kawan terdekat saja.

Kalau ada pun saya ambil kereta pajak dari owner kereta yang desperate, contohnya mereka yang kena buang kerja, bercerai dan hadapi masalah kewangan. Maklumlah bayaran pajakan yang saya tawarkan tak tinggi mana. Tapi saya syukur boleh bayar duit pajakan sampai 5 tahun, jarang ada company yang dapat bayar pajak sampai 5 tahun.

Biasa saya dengar tak sampai setahun dah goyang, ada yang tak sampai 3 bulan dah tak boleh bayar duit pajakan. Jadi sebelum anda memajak kereta fikir dulu dalam-dalam, sebab banyak scammer kat luar sana.

Kalau cerita bab kena tipu dengan syarikat pemajak ni saya dah naik lali, mana yang saya dapat bantu, saya bantu, mana yang tak dapat bantu minta maaf lah. Untuk makluman anda, kebanyakan yang menjadi licensee di syarikat saya adalah mangsa skim pajakan.

Apa yang berlaku, pada mulanya mereka ditawarkan bayaran pajakan yang tinggi, tetapi dalam masa beberapa bulan mereka tak dapat apa yang dijanjikan. Kereta dah beli, jadi mahu tak mahu mereka terpaksa sewakan sendiri. Masalahnya bila tak ada orang nak ajar buat bisnes kereta sewa, memang pening kepala beb.

Beli kereta ingatkan nak tambah income, tiba-tiba terpaksa sewakan sendiri. Nak kena cari pelanggan, buat marketing belum lagi nak kena hadap karenah pelanggan lagi. Masa ni biasanya syarikat saya akan dapat kereta free la, owner dah jatuh desperate, asalkan dapat lepas installment owner kereta dah syukur.

Malangnya banyak yang tak dapat diselamatkan sebab condition kereta teruk sangat. Nak repair pula perlu keluar duit yang banyak. Jadi bila ada owner kereta demand bayaran pajakan tinggi, kami tengok saja la, tak lama lepas tu confirm dia akan mesej balik minta rescue kereta dia.

Itulah bila kita yang minta kereta, owner akan demand, tapi bila owner merayu minta ambil kereta, masa tu bolehlah dapat best price, cuma biasanya nasi dah jadi bubur. Orang kata orang tamak selalu rugi. Daripada pemerhatian saya, sebelum anda memajak kereta, mungkin tip ini dapat membantu.

  1. Sebelum anda memajak kereta, tengok laman web syarikat pemajak tu, adakah mereka pakai domain yang berbayar macam blog saya ni www.wahiabdrashid.com atau pakai domain percuma macam www.domain.wordpress.com atau www.domain.blogspot.com. Kalau syarikat tu pakai domain percuma, maka berhati-hatilah, sebab bila pengusaha tu pakai domain percuma, maknanya dia tak serius dengan bisnesnya sendiri. Tak sanggup nak keluar duit untuk beli domain yang berbayar untuk jaga branding. Kalau ada masalah mereka boleh lari saja.
  2. Lihat status pemajak tu Sdn Bhd atau Perniagaan. Kalau pemajak tu pakai Perniagaan maka berhati-hati la juga sebab orang yang pakai Perniagaan ni malas nak buat audit report, dapat duit masuk dalam poket je. Tujuan nak lari cukai. Jadi kalau mereka ambil kereta pajak, tak mustahil mereka akan lari bayar duit pajak.
  3. Bayaran pajakan yang mengiurkan. Biasanya pemajak ni hanya orang tengah, ada juga mereka ini diupah oleh warga asing untuk dapatkan kereta pajak. Lepas dapatkan kereta pajak, mereka dapat duit sikit, apa yang berlaku kereta ini akan diserahkah kepada warga asing. Ada juga pemajak yang sewakan kereta kepada pemandu ehailing, bayaran memang masyuk, tapi lepas 6 bulan kereta macam dah pakai 6 tahun. Sebab tu saya cakap bila owner dapat balik kereta dan minta syarikat saya selamatkan, memang susah sebab nasi dah jadi bubur, kos nak repair macam boleh beli kereta baru.
  4. Sebelum anda memajak, tengok juga review syarikat yang memajak kereta tu, kalau banyak sangat review negatif, maka berhati-hati lah, sebab kalau pelanggan asyik komplen, confirm syarikat pemajak tu tak jaga keretanya. Apa akan jadi kepada kereta anda dipajak kepada syarikat itu? Kalau syarikat tu tak ada apa-apa review, anda kena lagi berhati-hati sebab ada sesetengah syarikat memang tak benarkan sesiapa pun bagi review. Cari syarikat Sdn Bhd yang ada lesen dan review yang bagus. Insya Allah kereta anda selamat. Dapat duit pajak sikit tak apa janji konsisten. Kereta once dah beli bukan mudah nak patah balik. Kalau anda tersilap pajak, sekali tersontot memang pedih.

Harap artikel ni membantu lah.

ps : syarikat saya dah tak ambil kereta pajak, kalau anda nak pajak kereta, ada team saya akan tanya licensee yang berminat. Urusan pajakan adalah antara pemilik kereta dengan licensee. Jadi kalau ada hal-hal berkaitan terutamanya bayaran, pemilik kereta kena bertanya kepada licensee. Saya nak ingatkan walaupun syarikat saya cuba menjaga nama baik dan reputasi, namun ada juga licensee yang tidak amanah, jadi risiko tetap ada walaupun memajak kepada licensee syarikat saya. Cuma untuk play safe saya nasihatkan licensee bayar duit pajak mengikut apa yang mereka mampu, bisnes teruk macamana sekali pun duit pajakan tetap boleh bayar. Tapi kalau dah janji duit pajak tak masuk akal, silap hari bulan dua-dua boleh tersontot.

Sekiranya anda berminat untuk belajar bisnes kereta sewa boleh join group facebook ini. Klik SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code