Wahi Abd Rashid

GAJI CIPUT, NAK BELI HARTANAH RM2.5 JUTA?

Assalamulaikum

Beberapa hari yang lalu saya menerima mesej dari seorang kenalan di facebook. Beliau bercadang membeli sebidang tanah bernilai RM2.5 Juta. Tanah berkenaan mempunyai deretan kedai yang mempunyai kutipan sewa sebanyak RM30K. Walau bagaimanapun beliau tidak tahu bagaimana untuk membeli hartanah tersebut memandangkan beliau mempunyai pendapatan yang kecil. Berikut merupakan skrinshot soalan beliau.

beli tanah RM2.5 juta

PENDAPAT SAYA

Terus terang saya perlu mengaku bahawa saya bukanlah pakar hartanah. Saya pun masih belajar selok belok hartanah ni. Walau bagaimanapun memandangkan beliau sekadar meminta pendapat saya maka ini adalah jawapan saya.

Wasalam

Kalau nak diikutkan peluang pelaburan ini sentiasa ada. Walaupun tuan terlepas peluang membeli tanah tersebut, tidak perlu bimbang kerana di masa akan datang pasti ada peluang yang lain.

Apa yang penting pastikan tuan membuat persediaan sebelum melabur. Mulakan kecil-kecilan dahulu dan belajar selok belok tentang hartanah perlahan-lahan.

Untuk pelaburan dalam kuantiti yang besar sebegitu, ia memerlukan kerjasama berpasukan. Mungkin tuan perlu belajar bagaimana untuk mengumpul modal melalui penubuhan syarikat Investment Holding Company (IHC). Di dalam syarikat berkenaan para pemegang saham boleh menyumbang modal untuk membeli hartanah secara berjemaah.

Sungguhpun begitu ia memerlukan ilmu pengurusan kewangan yang tinggi untuk mencapainya. Justeru saya cadangkan supaya tuan belajar melalui buku, seminar dan dapatkan mentor untuk belajar tentang pelaburan hartanah.

Sekian.

JAWAPAN BALAS

Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan jawapan saya. Berikut merupakan jawapan balas beliau.

Assalamualaikum.

Terima kasih atas nasihat dan pandangan tuan yang positif, sebab bila tuan sebut mengenai peluang yang sentiasa ada dalam pelaburan, saya mulai sedar yang masa masih ada untuk saya mencari peluang lain dalam perniagaan dan menambah ilmu mengenai selok belok dunia ini.

Terima kasih banyak tuan atas nasihat, kerana jarang nak dapat nasihat yang positf dan membina dari orang kita. Terima kasih sekali lagi tuan.

SEBELUM MELABUR BELAJAR DAHULU

Seperti jawapan saya di atas, sebelum melabur, pastikan anda belajar dahulu. Kalau tidak wang yang dilabur pasti lebur. Setahu saya, banyak ebook, buku, DVD dan seminar mengenai pelaburan hartanah yang ada di Malaysia. Pakar hartanah yang saya kenal adalah Azizi Ali, Faizul Ridzuan, Saufi Karim, Tuan Bri, Abang Engsem, Zaidi Ismail, Dr Shah Razali dan Shafie Bustan. Boleh dikatakan saya memiliki semua hasil penerbitan mereka. Kalau boleh saya nak rekomen anda mendapatkan semua penerbitan mereka.

Hasil pembelajaran daripada buku, ebook, DVD dan seminar dapatlah saya menyewakan 2 buah rumah dengan keuntungan sebanyak RM19,200 setahun. Apa yang menariknya wang berkenaan saya dapat tanpa perlu bekerja keras dan hartanah berkenaan saya dapat secara percuma (dibayar oleh penyewa).

rumah

2 buah rumah sewa saya

Pengiraan kutipan sewa

Pendapatan

Sewa Rumah 1 = RM2,000
Sewa Rumah 2 = RM1,800
Jumlah = RM3800/sebulan

Perbelanjaan

Ansuran Bank Rumah 1 = RM800
Ansuran Bank Rumah 2 = RM1,000
Bil Air & Elektrik = RM200
Upah penjaga = RM100
Lain-lain = RM100
Jumlah = RM2,200/sebulan

Untung

RM3800 – RM2200 = RM1,600/sebulan

Keuntungan Setahun

RM1600 x 12 bulan = RM19,200

Kalau nak dibandingkan dengan pakar hartanah yang saya sebutkan di atas, pendapatan yang saya perolehi jauh lebih kecil daripada mereka. Namun saya bersyukur kerana jumlah berkenaan bolehlah digunakan untuk menampung serba-sedikit perbelanjaan saya setiap bulan. Semua itu tidak akan berlaku sekiranya saya tidak belajar ilmu pelaburan hartanah.

SAYA BOLEH, ANDA JUGA BOLEH

Salah satu masalah yang saya hadapi untuk belajar ilmu pelaburan hartanah adalah saya tinggal agak jauh (Bintulu) sedangkan sifu-sifu hartanah kebanyakannya tinggal di semenanjung. Jadi kos untuk pergi kursus agak tinggi.

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau sifu duduk sebelah rumah pun, tapi dalam hati tak ada niat nak belajar, dapat free pun tak guna.

4 Thoughts on “GAJI CIPUT, NAK BELI HARTANAH RM2.5 JUTA?

  1. Hasan Ganny Hanif on October 5, 2013 at 9:14 am said:

    Terima kasih Tuan Wahi ke atas sharing yang an “eye-opening” ini

  2. Zalmadi on October 5, 2013 at 8:52 pm said:

    Salam
    Saya pun students dsr jugak,memang best belajar dengan ya.banyak ilmu yang diperolehi
    Saya pun Dah join DOA…..ok apa apa pun boleh Kita bertukar fikir an untuk masa Akan datang yer….

  3. Assalam Tn Wahi,
    Syabas n tahniah tn kerana tidak kedekut utk berkongsi ilmu untuk berjaya. byk sy dpt cedok ilmu dr page tn. moga teruskan lagi perkongsian ini di lain hari.
    Terima kasih.

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code