Wahi Abd Rashid

APA KELEBIHAN JOIN GREEN MATRIX BERBANDING BUAT BISNES KERETA SEWA SENDIRI?

Salam artikel ni saya tulis untuk jawab soalan yang ditanya oleh seorang rakan. Beliau ingin memulakan bisnes kereta sewa dan bertanya apa kelebihan kalau beliau join Green Matrix berbanding buat sendiri? Sebenarnya saya tak perlu pun cerita apa kelebihan join Green Matrix, mana yang dah buat bisnes kereta sewa tahu betapa peritnya buat bisnes kereta sewa sendiri. Tapi mungkin ramai yang masih belum tahu, jadi saya tulis artikel ni.

Ok sebelum saya terangkan apa kelebihan menyertai Green Matrix, elok saya terangkan apa cabaran anda bila buat bisnes kereta sewa sendiri.

1. Nak Belajar Kat Mana?

Setahu saya tak ada pengusaha kereta sewa yang sanggup mengajar anda buat bisnes kereta sewa sama macam dia buat. Siapa yang nak ajar kalau anda akan jadi pesaing dia nanti? Habis lah periuk nasi dia nanti. Apa yang biasa berlaku, kalau anda bertanya dengan orang yang salah, mereka akan cuba takut-takutkan anda, mereka akan beritahu bisnes ni terlalu berisiko, nanti penyewa curi kereta lah, pelanggan sewa kereta buat jenayah lah, macam-macam lagi. Anda yang mendengar pasti down.

2. Kalau Anda Buat Juga?

Ok kalau ada tekad nak buat juga, anda kena bina at least laman web sendiri. Kos beli domain RM50 dan hosting RM80 = RM130. Kalau anda pandai buat website sendiri Alhamdulillah dapat jimat kos. Kalau anda tak pandai nak buat laman web anda kena upah orang. Laman web mesti lengkap dengan sistem tempahan untuk memudahkan pelanggan. Jangan cerita pakai wordpress dan blogspot ya. Kos bina laman web bersistem biasanya RM2,500 ke atas. Saya sendiri dah spend lebih RM100K untuk bina laman web syarikat saya.

Jangan ingat anda dah buat laman web cantik punya, pelanggan terus serbu laman web anda dan buat tempahan. Anda kena juga spend bajet untuk iklan supaya pelanggan melawat laman web anda. Katakan anda spend bajet RM50 sehari iklan di Google Adwords, sebulan kos dah RM1,500. Kalau tak tahu nak setting iklan terpaksa la pergi masuk kelas Google Adwords, paling-paling kurang RM3K terbang.

Sifu Google Adwords boleh la ajar macamana nak buat iklan supaya booking masyuk, tapi lama-lama kos iklan jadi mahal, bajet pun kena tambah. Saya ada licensee Green Matrix spend RM4K sebulan untuk buat iklan Google Adwords. Dah habis segala strategi iklan, sales macam tu je, kos iklan makin lama makin mahal, apa lagi Sifu Google Adwords suruh anda masuk kelas dia lagi. Terbang lagi duit untuk belajar setting iklan.

Saya pernah hantar team Green Matrix belajar setting Google Adwords kos dalam RM3K. Last-last team saya pun surrender dengan Google Adwords, sebab settingnya sentiasa berubah. Mana taknya Sifu Google Adwords pun ajar pesaing korang benda yang sama. Semua orang buat iklan yang sama, siapa bayar mahal iklan dia la yang naik atas. Sudahnya yang untung Google dan juga Sifu Google Adwords. Mereka tak salah, tapi kita je tak tahu cara yang betul cara dapatkan pelanggan pada kos rendah.

Kalau anda tak mahu buat laman web, mungkin anda boleh buat facebook pages. Pages baru buka mestilah kena tarik banyak likes. Siapa nak buat booking kalau like 10 orang je? so kena spend paling murah RM0.30 untuk tarik 1 likes. Kalau 1,000 dah kena spend RM300 untuk tarik likes. Kalau tak tahu nak setting fb ads, kena la masuk kelas fb ads. Memang ada kelas yang murah, tapi end up anda kena masuk kelas mahal lagi untuk belajar ilmu yang lebih dalam.

Saya pernah masuk kelas belajar fb ads kos RM10K tau. Last-last saya pun surrender.  Sebab terlalu banyak setting yang kena belajar dan ianya sentiasa berubah.  Pening kepala nak follow.

Sebenarnya sales ni tak boleh bergantung kepada iklan semata-mata. Lama-lama kita pun penat, kos makin lama makin mahal. Mana taknya sifu-sifu Google Ads dan Fb Ads ajar benda yang sama kat student dia.

Bila semua orang buat benda yang sama, maka siapa yang spend duit iklan paling banyak, iklan dia la yang menang. Sudahnya Google, Facebook dan Sifu-sifu yang mengajar iklan ni yang kaya. Mereka tak salah, cuma kita je tak tahu cara yang betul untuk dapatkan pelanggan pada kos yang rendah.

Apa yang anda kena buat adalah anda kena bina jenama, sebab bila terlalu banyak sangat pesaing, pelanggan akan pilih company terbaik. Apa kriteria company terbaik? Pelanggan akan melihat beberapa aspek berikut.

  1. Berapa lama company dah beroperasi?
  2. Apa kata pelanggan-pelanggan company ni?
  3. Berapa besar company ni?
  4. Harganya ok tak?
  5. Proses tempahan mudah tak?
  6. Respon pantas atau tidak?
  7. Layanan bagaimana?

Banyak lagi kriteria pemilihan pelanggan. Kadang-kadang tempahan masuk sebab referral daripada pelanggan sedia ada. Kadang-kadang tempahan masuk sebab kerjasama syarikat dengan syarikat lain. Kadang-kadang tempahan masuk sebab networking sesama pengusaha kereta sewa.

Menjadi company terbaik bukannya boleh berlaku dalam sekelip mata. Ia memakan masa. Saya sendiri walaupun sudah lebih 12 tahun dalam bisnes kereta sewa, masih lagi berusaha dan belajar bagaimana nak jadi company terbaik. Bagaimana dengan anda yang baru hendak bermula?

3. Jenama Tak Kuat

Masalah seterusnya adalah bila anda baru bermula, jenama anda masih tidak dikenali. Jadi kebanyakan pelanggan-pelanggan yang datang adalah pelanggan yang tidak berkualiti. Mungkin mereka menyewa, lepas beberapa hari mereka melarikan diri sebab tak mampu bayar sewa. Mungkin mereka menyewa dan buat jenayah seperti seludup dadah, seludup manusia atau merompak. Mungkin mereka menyewa dan mencuri alat ganti kereta anda. Siapa pelanggan tak berkualiti?

  1. Suka buat tempahan melalui panggilan telefon. Biasanya last minute. Kalau suruh buat booking online macam-macam alasan, tak reti internet la macam-macam lagi.
  2. Bila minta bayaran, mereka lebih suka bayar cash. Company kereta sewa besar, tidak terima bayaran secara tunai untuk elakkan pelanggan tak berkualiti. Macam Green Matrix kita ada sistem di mana pelanggan boleh bayar melalui online transfer atau bayar menggunakan kad kredit ataupun debit. 100% online.
  3. Susah nak bagi maklumat lengkap. Biasanya booking orang lain, ambil kereta orang lain dan yang bawa orang lain. Bila ada masalah semua cuba lepas tangan.
  4. Bila ditanya tentang pekerjaan, mereka tak boleh tunjukkan mereka bekerja di mana. Maksudnya tak ada kerja tetap.

4. Kalau Ada Masalah Nak Rujuk Siapa?

Kalau anda ada masalah, contohnya pelanggan tak mahu bayar ganti rugi atau ada saman yang pelanggan tak mahu bayar? Anda nak rujuk siapa? polis atau peguam? Semuanya buang masa. Saya pernah habis puluhan ribu ringgit untuk bawa kes ke mahkamah, sudahnya kes hanya menang atas kertas. Tiada apa-apa tindakan dari pihak berkuasa. Polis dan peguam tidak salah, mereka hanya ikut undang-undang. Apa yang saya buat adalah syarikat saya subscribe sistem CTOS. Kos RM6,000 setahun. Anda mampu nak bayar kos tu? Bila anda join Green Matrix, sekiranya ada sebarang masalah anda boleh gunakan kemudahan CTOS, syaratnya mesti pakai dokumentasi dari Green Matrix.

Apa Faedah Join Green Matrix?

Berikut merupakan antara kelebihan kalau anda join Green Matrix.

1. Tak Perlu Modal Besar

Anda daftar program Bisnes Kereta Sewa Tanpa Modal (BKSTM) anda dah dapat laman web lengkap dengan sistem tempahan online secara percuma. Anda jimat RM2.5K. Melalui sistem ini pelanggan boleh bayar secara online samada melalui bank transfer atau kad kredit/debit. Sistem juga lengkap dengan sistem perjanjian sewa online (kos nak bangunkan sistem ni saja lebih RM3K). Dengan sistem ini masa pelanggan ambil kereta, anda hanya perlu bawa smartphone saja dan pelanggan boleh tandatangan secara online. Segala dokumen sewa akan di hantar melalui email kepada pelanggan. Anda jimat kos anda kerana tak perlu cetak borang sewa, resit dan sebagainya. Pelanggan akan buat bayaran kepada Green Matrix dan Green Matrix akan buat bayaran kepada anda. Green Matrix akan menolak 15% untuk menampung kos operasi di mana 6% adalah untuk SST dan 9% adalah pendapatan kepada Green Matrix. Ok la kan sebab anda tak keluar modal pun.

2. Latihan Percuma.

Anda juga dapat latihan daripada Green Matrix secara percuma, tak perlu langgar dinding buat sorang-sorang. Green Matrix sudah beroperasi lebih 12 tahun dalam bisnes kereta sewa. Segala macam benda kami dah hadap. Anda juga akan belajar strategi pemasaran yang sangat efektif tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar. Anda juga akan belajar bagaimana untuk sustain supaya anda dapat bertahan dalam masa yang lama. Bisnes kereta sewa kalau dilakukan secara serius boleh menjana pendapatan yang lumayan, anda patut gunakan aliran duit yang masuk untuk membina profail kewangan supaya anda boleh membeli banyak hartanah.

3. Berniaga Secara Berjemaah

Potensi bisnes kereta sewa sangat besar. Jumlah penduduk Malaysia adalah 32 juta orang. Kalau 1% penduduk Malaysia membelanjakan RM100 setahun untuk sewaan kereta bermakna RM32 juta x 1% x RM100 = RM32 juta ringgit. Anda tidak akan dapat duit sebanyak itu kalau anda berniaga sorang-sorang. Jadi penting berniaga secara berjemaah. Rezeki seharusnya dikongsi bersama.

Kesimpulan

Pada saya anda boleh memulakan bisnes kereta sendiri sekiranya bisnes model anda lain daripada yang lain. Tetapi sekiranya anda hanya meniru orang lain, nasihat saya anda fikir balik niat anda itu, Saya bukan nak bagi down atau apa. Pada saya membina jenama sesuatu syarikat tidak semudah yang disangka. Saya perhatikan banyak pengusaha kereta sewa terpaksa gulung tikar, bukan kerana permintaan makin kurang. Puncanya adalah mereka tidak sempat mengejar perubahan yang berlaku dengan sangat pantas.

Dahulu syarikat kereta sewa mengiklan di surat khabar, kemudian muncul internet, kemudian muncul pula internet di smartphone, dan kini muncul pula teknologi apps. Teknologi berubah dengan sangat pantas. Kalau anda tidak cukup kuat, maka anda pasti tertinggal. Kalau fokus anda untuk buat duit sahaja, baik anda join Green Matrix. Anda jimat banyak benda. Anda tak perlu fikir nak daftar syarikat, nak apply lesen, bina laman web, bina sistem dan sebagainya. Semuanya dah lengkap, join dan boleh terus run dalam masa 24 jam.

Sekiranya anda ada idea baru tentang bisnes kereta sewa dan tiada sesiapa lagi yang buat benda itu, mungkin anda boleh mulakan sendiri. Terpulang kepada anda. Dua belas tahun dahulu kalau ada syarikat yang tawarkan untuk join mereka pada kadar yang murah, sudah tentu saya join mereka. Niat saya hanya nak buat duit secepat mungkin. Sayangnya pada masa itu tiada program sama seperti yang Green Matrix tawarkan sekarang.

Testimonial

Tuan Muhamad Azuan Zakaria (Langkawi) – RM40K Sebulan.

Tuan Mohd Khaidzir (Miri) RM32K sebulan.

Tuan Hafiz Musa (Perak) – RM20K sebulan.

Tuan Khadar Karim (Kota Kinabalu) – RM16K sebulan.

Tuan Muhammad Syahir Suhaimi (Shah Alam) – RM15K sebulan.

Tuan Fazrol Che Isa (Chukai) – Income RM12K sebulan.

Bryan Edip (Subang) RM10K sebulan.

Sekiranya anda berminat untuk belajar bisnes kereta sewa boleh join group facebook ini. Klik SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code