Wahi Abd Rashid

GRAB VS BISNES KERETA SEWA

Salam artikel ini saya tulis untuk jawab soalan favourite yang ditanya kepada saya. Biasa bila saya berjumpa dengan seseorang, mereka akan bertanya Wahi macamana bisnes kereta sewa?

Saya pasti jawab Alhamdulillah sangat ok. Kemudian mereka akan tanya lagi, bagaimana persaingan dengan Grab, bisnes kereta sewa tak effect ke? Bagus juga soalan ni, sudah tentu beri kesan.

Tapi pada saya setiap masalah yang timbul pasti akan create peluang yang baru. Sebelum itu anda perlu faham perbezaan di antara model bisnes di antara Grab dan kereta sewa pandu sendiri.

Grab adalah on demand booking, maknanya kalau anda perlukan perkhidmatan kereta sewa bersama pemandu on the spot, memang terbaik pakai Grab. Selain itu kalau anda travel tidak bawa barang yang banyak, dan jarak perjalanan dekat terbaik pakai Grab.

Walau bagaimanapun kalau anda travel bersama family/kawan-kawan. Bawa barang yang banyak serta mahu bergerak dalam jarak yang jauh. Jadi agak tak praktikal untuk menggunakan Grab.

Pelanggan begini biasanya akan buat tempahan awal (advance booking), ada yang tempah 6 bulan sebelum travel. Mereka mahu selesaikan perkara-perkara penting seperti tiket flight, transport dan juga penginapan sebelum travel.

Tak mungkin hari yang sama mereka nak travel, baru nak beli tiket flight, booking kereta dan tempah hotel. Tambah-tambah kalau perjalanan tu melibatkan temujanji yang penting atau tempahan pakej pelancongan yang mahal.

Setakat ini setahu saya Grab belum dapat lagi anda tempah secara advance booking. Maknanya kalau anda nak travel minggu depan, hari ni nak buat tempahan Grab memang tak dapat la. Anda perlu berada di lokasi pick up, kemudian baru boleh order Grab. Sebab itu ianya on demand.

Kalau saya travel dengan family, sudah tentu saya akan buat tempahan awal siap-siap. Maklum lah dah spend duit yang banyak untuk travel, sekali nak jimat punya pasal kereta pula tak ada. Agak-agak ada tak ahli keluarga anda yang akan meroyan?

Jadi bisnes kereta sewa sesuai untuk pelanggan yang travel dalam group kecil dan jarak perjalanannya lebih jauh. Contohnya pelanggan turun ke KLIA dan nak pergi ke Penang, agak-agak ada tak driver Grab sanggup hantar? Kalau ada pun mungkin harga lebih mahal dari sewa kereta sebab driver akan balik kosong.

Selain itu, sebagai pengusaha kereta sewa, anda juga boleh ambil peluang, ramai orang yang nak buat Grab tapi tiada kereta. Anda boleh sewakan kereta kepada driver Grab. Cuma bayaran tu mungkin ikut cara penggunaan, makin jauh perjalanan, makin tinggi lah bayarannya.

Contohnya kereta disewa kepada driver Grab, sehari boleh dapat RM200. Sebulan dapat RM6K – komisen Grab 25% = RM4,500. Tolak installment, minyak, road tax, insuran dan servis (anggaran RM1,500) ada baki RM3K.

Baki sepatutnya bahagi ikut percentage, mungkin 50/50. Jadi pemilik kereta dapat RM1,500, driver dapat RM1,500 sebulan. Walau pun driver yang bekerja keras mencari income, tetapi pemilik kereta juga terpaksa menanggung risiko. Antaranya kereta makin susut nilai dan kerosakan-kerosakan yang ambil masa untuk berlaku.

Jadi Grab ni tidak juga membenamkan bisnes kereta sewa. Kalau pengusaha kereta sewa itu bijak, pasti dia mengambil peluang yang ada. Ada peserta kami yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa kepada pelajar di universiti.

Apabila pelajar bercuti, beliau tawarkan kepada pelajar yang nak cari side income untuk bawa Grab. Beliau sewakan kereta itu secara mingguan. Maknanya masa pelajar ada, beliau sewakan macam biasa, bila pelajar bercuti beliau sewakan kepada driver Grab. Jadi pendapatannya konsisten sepanjang masa.

Mahu mulakan bisnes kereta sewa dengan modal RM1 sehari boleh klik SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

 
Analytic Code