Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES KERETA SEWA YANG SAH?

Salam ramai betul mesej saya bertanya bagaimana nak memulakan bisnes kereta sewa yang sah. Baik saya terangkan secara ringkas. Berikut merupakan perkara yang anda perlu lakukan.

  1. Daftar syarikat Sdn Bhd, nama syarikat mesti ada kena mengena dengan perniagaan kereta sewa atau pelancongan, contoh ABC CAR RENTAL SDN BHD atau ABC HOLIDAY SDN BHD. Syarikat mesti ada modal berbayar RM50K (kalau beroperasi di kawasan luar bandar) atau RM200K (kalau beroperasi di Bandar. Macam syarikat saya GREEN MATRIX ENTERPRISE TRAVEL & TOURS SDN BHD, saya buat modal berbayar RM200K sebab beroperasi di bandar. Kos pendaftaran RM4.4K.
  2. Lepas daftar syarikat Sdn Bhd, anda boleh buat kertas kerja memohon lesen Agensi Pengendali Pelancongan dan Pengembaraan dengan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. Anda boleh buat sendiri kertas kerja itu atau upah perunding (berhati-hati sebab ada perunding yang scam). Anda juga boleh dapatkan template kertas kerja melalui Ebook Panduan Bisnes Kereta Sewa yang saya sediakan. Harga RM200 saja. Pastikan anda memilih bidang Inbound untuk kereta sewa.
  3. Sekiranya permohonan anda berjaya, anda perlu menyediakan premis perniagaan. Premis perniagaan tidak boleh berkongsi dengan perniagaan lain. Keluasan minima 200 kaki per segi. Macam saya sewa office shop lot, bayar deposit, pasang signboard, beli perabot sikit kos habis RM30K. Sewaan RM1,500 sebulan x 12 bulan = RM18K.
  4. Anda juga perlu hadir kursus pelancongan dan menjadi ahli persatuan pelancongan, kos RM1,500.
  5. Bila semua sudah lengkap pegawai dari Kementerian pelancongan akan datang melawat premis anda, kalau semua ok mereka akan keluarkan lesen Pelancongan.
  6. Lepas dapat lesen pelancongan, anda boleh memohon permit kereta sewa pandu (kalau di semenanjung mohon dekat JPJ). Kalau di Sabah, Sarawak dan Labuan permit masih lagi di bawah kementerian pelancongan negeri. Kos dalam RM100 setahun untuk satu permit. Katakan anda mohon 10 permit bermakna anda kena stand by RM1,000.
  7. Dah dapat permit, anda boleh beli kereta di bawah nama syarikat. Insuran untuk kereta sewa pandu biasanya 10% daripada harga kereta. Kalau harga kereta RM45K, maknanya insurannya adalah RM4.5K setahun. Tak mungkin anda nak beli sebuah saja kan? mesti beli paling kurang 10 unit, jadi insuran RM4.5K x 10 = RM45K. Oh ya, kalau anda buat loan, paling kurang anda kena bayar 10% down payment. RM45K x 10% x 10 unit = RM45K. Hu hu downpayment RM45K + Insuran kereta sewa pandu RM45K = RM90K.
  8. Dah beli kereta pasti kena bayar installment dan maintainance, contoh installment dan maintainance RM700 sebulan x 10 unit x  12 bulan = RM84K.
  9. Opps sebelum itu anda pasti perlu bina laman web untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan kereta sewa. Kos pembinaan laman web yang bagus lebih kurang RM2.500.
  10. Buat laman web saja mungkin tidak cukup, anda perlu ada bajet untuk iklan, kos mungkin RM10 sehari x 30 hari x 12 bulan = RM3,600.
  11. Dah ada syarikat tak kan tak ambil gaji, paling kurang gaji RM1,500 x 2 orang x 12 bulan = RM36K.
  12. Dengan itu anda bolehlah memulakan bisnes kereta sewa secara sah selama setahun.

Sebelum itu, cuba anda kira berapakah kos yang anda perlu keluarkan untuk memulakan bisnes kereta sewa secara sah. Kita ambil contoh kiraan kos di atas.

  1. Daftar syarikat Sdn Bhd = RM4.4K
  2. Buat kertas kerja (buat sendiri) = RM200
  3. Kursus dan jadi ahli = RM1,500
  4. Setup premis = RM30K
  5. Sewaan premis RM1,500 x 12 bulan = RM18K
  6. Mohon 10 permit kereta sewa pandu x RM100 = RM1,000
  7. Insuran kereta sewa pandu RM4.5K x 10 = RM45K
  8. Downpaymen kereta RM4.5K x 10 = RM45K
  9. Installment + maintainance RM700 x 10 unit x 12 bulan = RM84K
  10. Buat laman web RM2.5K.
  11. Marketing RM300 x 12 bulan = RM3,600
  12. Gaji 2 orang RM1,500 x 2 x 12 bulan = RM36,000

Jumlah RM271,200

RM271,200/12 = RM22,600 sebulan

RM22,600/10 buah kereta = RM2,260 sebuah

kalau anda ada 10 buah kereta, minima anda kena dapat RM2,260 sebuah setiap bulan. Kalau anda dapat sewakan kereta pada amaun tu ianya baru balik modal tau, jangan cerita untung lagi. Jadi anda perlu jana income lebih tinggi lagi.

Apabila lesen dan permit anda tamat tempoh anda perlu memohon semula. Anda perlu nyatakan syarikat anda menjana keuntungan, untung sikit pun tak apa janji untung. Kalau untung barulah lesen dan permit anda diperbaharui.

Persoalannya adakah anda ada modal sebanyak itu? bagaimana anda buat untung kalau terlalu banyak persaingan? Terdapat ribuan pengusaha kereta sewa kecil-kecilan yang beroperasi tanpa lesen dan boleh menawarkan harga yang lebih murah.

Saya tidak menyuruh anda melanggar peraturan, tetapi sebelum anda keluarkan modal ratusan ribu, fikirkan dahulu berbaloi atau tidak untuk anda proceed. Kalau anda jenis lurus bendul dan takut risk, maka anda boleh ikut step di atas.

Di Malaysia ada lebih 6,000 syarikat pelancongan, apakah kelainan yang anda akan lakukan supaya pelanggan memilih perkhidmatan anda? Kalau anda tiada modal, mungkin boleh join syarikat saya, modal RM1 sahaja sehari, klik SINI untuk info lanjut.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code