Wahi Abd Rashid

BERAPA NILAI MASA ANDA?

Salam artikel ni saya tulis sebab ramai betul mesej nak jumpa saya. Sebenarnya saya jarang sangat berjumpa orang kalau benda tu tak penting. Jadi mungkin ada yang salah anggap, kata saya sombong, susah nak jumpa dan sebagainya.

Untuk explain benda ni, saya akan beri anda faham nilai masa setiap orang. Ini formula yang saya belajar dari mentor saya. Kalau anda tahu formula ini, anda akan berfikir panjang kalau nak jumpa sesiapa.

Menurut mentor saya setiap orang ada nilai. Nilai kita diukur daripada pendapatan yang kita jana setiap tahun. Secara purata seorang manusia akan bekerja 2,000 jam setahun. Sebagai contoh.

  • Waktu kerja 8 pagi – 5 petang = 9 jam
  • Seminggu kerja 5 hari x 9 jam = 45 jam
  • Sebulan 4 minggu x 45 jam = 180 jam
  • Setahun 12 bulan x 180 jam = 2,160
  • Tolak cuti umum 17 – 18 hari (160 jam) kira kita kerja 2,000 jam la setahun.
  • Katakan gaji anda RM3,000 sebulan x 12 bulan = RM36,000.
  • Jadi nilai masa anda adalah RM36,000 / 2000 = RM18 sejam.

Jadi kalau ada orang nak jumpa dengan anda, nilainya mestilah lebih RM18 sejam. Bukan bermaksud mereka perlu bayar anda RM18 sejam. Tetapi nilai pertemuan itu mestilah lebih RM18 sejam.

Contohnya anda berjumpa untuk berbincang pasal bisnes atau belajar sesuatu benda baru. Tapi kalau anda berjumpa hanya untuk berborak kosong, maka anda hanya membuang masa. Pendapatan anda tidak akan meningkat.

Sekiranya anda ingin meningkatkan pendapatan anda, maka anda perlu fokus kepada kerja-kerja yang bernilai tinggi dan jangan buat kerja-kerja bernilai rendah. Apakah kerja-kerja bernilai tinggi?

  • Baca buku.
  • Pergi seminar.
  • Berkawan dengan orang berjaya.
  • Luangkan masa berkualiti bersama keluarga.
  • Bercuti untuk tenangkan fikiran.
  • Beribadat.

Apakah pula kerja-kerja bernilai rendah?

  • Buang masa layan facebook dan IG.
  • Buang masa layan group whatsapp kawan sekolah lama.
  • Mengutuk orang sana, mengutuk orang sini.
  • Borak kosong di kedai mamak.
  • Apa saja kerja yang tak berfaedah.

Baik katakan anda ingin menjadi jutawan, berapakah nilai masa anda?

RM1 juta / 2,000 jam = RM500 sejam.

Jadi kalau ada orang nak jumpa anda, fikir balik adakah nilai perjumpaan itu lebih RM500 sejam. Kalau perjumpaan itu hanya untuk borak kosong, maka semakin tipis peluang anda nak menjadi jutawan.

Bukan tak boleh jumpa langsung, tapi kalau benda tu tak penting dan tak menyumbang apa-apa, maka sebolehnya anda elakkan. Sama juga dengan saya, kalau saya ingin jana pendapatan RM10 juta setahun, maka saya kena buat kerja-kerja bernilai RM5K sejam.

Kalau ada orang nak jumpa saya sekadar nak tanya pasal bisnes kereta sewa, maka saya akan fikir balik, adakah perjumpaan itu akan contribute RM5K sejam kepada saya. Kalau tidak, maka target saya untuk capai RM10 juta makin tipis.

Tetapi kalau perjumpaan itu boleh berikan nilai yang lebih tinggi, contohnya  saya berikan coaching kepada licensee saya, hasil daripada coaching berkenaan akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan mereka sekaligus menyumbang kepada peningkatan pendapatan syarikat saya.

Jadi untuk kerja-kerja begitu saya tiada masalah untuk berjumpa. Sebab itu saya biasanya akan berjumpa dengan team saya sahaja, sebab semakin saya train mereka, mereka jadi semakin bagus dan menyumbang kepada pendapatan syarikat.

Saya harap anda semua faham, sesungguhnya perkara yang paling berharga yang kita ada adalah masa, masa sekali dah hilang tiada gantinya. Kalau saya berjumpa dengan seseorang lepas tu krik-krik, anda tentu faham bagaimana perasaannya.

Saya akan marah pada diri sendiri, Argggh menyesalnya jumpa, buang masa aku saja, baik berkepit dengan wife ada juga faedahnya. Faham ke faham?

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code